Jumaat, 21 Ogos 2009

FONETIK

  • Bidang Fonetik
    Fonetik ialah bidang bidang yang mengkaji bunyi – bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberi lambang kepada bunyi tersebut.
    Fonetik ialah kajian mengenai bunyi – bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia. Bunyi bahasa adalah bunyi – bunyi yang digunakan dalam bahasa untuk berkomunikasi.

    Bidang Fonemik
    Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu
    bahasa secara sinkronik, khususnya untuk mengenal pasti fonem – fonem dalam bahasa
    tersebut dan menghasilkan sistem tulisan.

    # Fonem adalah unit penggalan bahasa yang terkecil yang dapat membezakan makna. Banyak bunyi boleh diujarkan oleh alat artikulasi dan digolongkan kepada beberapa bunyi yang penting sahaja.
    #Bunyi – bunyi yang tergolong ke dalam keluarga yang sama dikenali sebagai fonem. Setiap fonem itu mempunyai anggota – anggota yang terdiri daripada fon – fon yang mempunyai ciri – ciri fonetik yang sama.
    #Setiap fon yang menjadi anggota fonem itu dipakai dalam lingkungannya sendiri.


Kesimpulannya
a)Fonem adalah unit penggalan bahasa yang terkecil yang dapat membezakan makna.
b)Fonem segmental bahasa Melayu terdiri daripada vokal, konsonan dan diftong.
c)Vokal bahasa Melayu terbahagi kepada vokal hadapan, vokal tengah, dan vokal belakang.
d)Konsonan bahasa Melayu terdiri daripada konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan bahasa Melayu terbahagi kepada jenis – jenis letupan, letusan, geseran, getaran, sisian, sengau, dan separuh vokal.
Diftong adalah rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan.
Fonem supra-segmental bersifat fonemik dan terdiri daripada unsur – unsur tekanan, panjang-pendek, tona, dan persendian.