Sabtu, 31 Disember 2011

Selamat Tinggal 2011...Selamat Datang 2012




Alhamdulillah....dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana sentiasa berada dalam rahmat dan rahimNya sepanjang 2011. Banyak peristiwa berlaku sepanjang tahun 2011 yang boleh dijadikan kenangan manis sepanjang hayat. Syukur juga kerana sentiasa sihat dan bersemangat ketika melaksanakan tugas yang diberikan hingga sukses dan mencapai matlamat. Moga-moga tahun-tahun mendatang juga tidak banyak diuji dengan halangan dan masalah...insyaallah.

Antara kenangan manis sepanjang 2011 ialah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang buat kali kedua sepanjang bertugas sebagai pendidik. Syukur kehadrat Ilahi atas rezeki yang dikurniakan. Terima kasih banyak2 kepada Ketua Jabatan Tn Hj Yussof Said atas kepercayaan yang diberikan. Insyaallah saya akan lipatgandakan usaha agar terus menjadi pendidik yang cemerlang. Kenangan manis seterusnya ialah ditauliahkan sebagai Mejar (KRS) dalam satu majlis penuh istiadat. Sampai juga hajat di hati setelah beberapa lama menyumbang khidmat bakti dalam unit uniform tersebut. KRS dan saya memang sukar dipisahkan. Saya berasa puas dapat memberikan sumbangan walaupun kadang-kadang terasa perit.

Tahun 2011 berakhir dengan satu lagi episod manis iaitu dinaikkan pangkat ke DG48 walaupun tidak menjangka sama sekali. Syukur sangat-sangat kerana dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan-rakan guru yang fresh graduate. Biarlah kenangan manis ini terus kekal dalam lipatan sejarah seorang pendidik yang bernama Arbakyah Hassan. Kejayaan peribadi ini juga akan dijadikan sandaran untuk berusaha dengan lebih gigih dan tidak lupa kepada nikmat yang Allah berikan. Moga Allah sentiasa tetapkan iman dan kuatkan semangat untuk menjadi mukmin yang sejati....insyaallah.

Hikmah Al Fatihah




Assalamualaikum warahmatullah,

Kita ulang al-Fatihah sebanyak 17 kali dalam solat wajib lima kali sehari. Al-Fatihah sebaik-baik doa, tetapi kita jarang-jarang ambil tahu akan makna yang tersirat dan tersurat disebalik ayat Ummul Kitab ini.

Tahukah kita bahawa al-Fatihah adalah ‘penyembuh’ hati, pedoman bagi segala kecerdasan bagi hati dan fikiran, bekalan untuk mencapai cita-cita dan harapan serta ungkapan rasa syukur atas segala hasil dan pencapaian.

  1. Bismillahirrahmannirrahim (Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang)
  2. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam.
  3. Yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
  4. Yang memiliki hari pembalasan.
  5. Hanya Engkau yang kami sembah dan mohon perlindungan.
  6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
  7. Jalan yang Engkau berikan nikmat, bukan jalan yang dimurkai, bukan pula jalan yang sesat.
  8. Amin (Kabulkanlah).

Al-Fatihah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam al-Fatihah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan 'mim' dan ada ayat yang akhirnya dengan 'nun'. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.

Sebenarnya dalam jumlah ayat al-Fatihah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan. Antaranya ialah:

1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu

Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati al-Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat al-Fatihah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau al-Fatihah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.

2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan

Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; ke semua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah 'sesuatu' tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.

Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:

  • Kepala - ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
  • Dua tangan - ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
  • Kedua-dua lutut
  • Kedua-dua tapak kaki

Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, "Hidupku dan matiku adalah untuk Allah." Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.

3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga

Al-Fatihah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati al-Fatihah. Kalau al-Fatihah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.

4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi

Di langit ada macam-macam makhluk Tuhan yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.

Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.

Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.

Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.

Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin.

Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan manusia. Firman Allah di dalam al-Quran:
Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan al-Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, 'Diamlah kamu (untuk mendengarkannya).' Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan." (Surah Al Ahqaf ayat 29)

Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Kalau tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.

5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat.

Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat al-Fatihah yang tujuh itu. Makin kita hayati, makin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:

  1. Nafsu ammarah
  2. Nafsu lawwamah
  3. Nafsu mulhamah
  4. Nafsu mutmainnah
  5. Nafsu radhiah
  6. Nafsu mardhiah
  7. Nafsu kamilah


Isi al-Quran itu terkandung dalam al-Fatihah yang terdiri dari tujuh ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat al-Fatihah juga ada tujuh. Itu bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, kalau al-Fatihah ini dihayati, nafsu boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia, patuh atau tidak patuhnya kita pada Tuhan. Paling-paling lemah, al-Fatihah atau isi al-Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh. Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap serta tidak mudah goyang.
Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan nafsu yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik kalau dia benar-benar mengendalikan nafsunya itu. Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya dari tahap ke tahap. Dia akan dapat meningkatkan dirinya daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan rasul. Manusia biasa boleh menjangkau sampai nafsu mardhiah sahaja kalau dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.

Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada al-Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapa yang boleh menguasai al-Quran sepenuhnya dan mempraktikkan al-Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap. Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi memang berperanan. Kalau manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk kepada al-Quran.

Ayat al-Quran itu terlalu banyak, namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita memberi tumpuan kepada tujuh ayat sahaja. Kalau kita boleh mengambil tujuh ayat ini untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada di dalamnya maka kita akan boleh mengendalikan nafsu kita. Yang sebenarnya kalau kita boleh kuasai tujuh ayat itu, kita boleh sampai ke peringkat ke tujuh, yang mana nafsu itu boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh melakukannya hingga mereka sampai peringkat ke tujuh itu.

Allah yang menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, tahu untuk memadankannya dengan tujuh ayat dari surah al-Fatihah itu. Allah SWT menetapkan kekuatan tujuh ayat al-Fatihah itu boleh mengendalikan tujuh peringkat nafsu itu walaupun sifatnya tidak sama. Namun kita seperti diberi amaran bahawa kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk mengambil seluruh kekuatan al-Fatihah itu untuk memerangi nafsu sehingga peringkat tertinggi melainkan setakat mulhamah atau paling tinggi mutmainnah.

Maha Besar Tuhan yang mampu mencipta tujuh ayat yang dengan kekuatannya mampu berhadapan dengan tujuh peringkat nafsu. Saintis pun tidak pernah boleh mengesan kehadiran nafsu itu tetapi Allah boleh wujudkannya dan Allah berkata bahawa Dia membuatnya sebanyak tujuh jenis. Namun orang rohani yang diberi ilham oleh Allah boleh melihat kekuatan al-Fatihah ini yang dirangkum dalam tujuh ayat. Rupanya walaupun ilmunya ilham tetapi ia bersifat falsafah. Iaitu melihat keajaiban ciptaan Tuhan merangkumkan kekuatan 6,666 ayat itu ke dalam tujuh ayat sahaja yang mana ia boleh dipakai untuk mengendalikan tujuh peringkat nafsu. Ia bukan kebetulan. Seseorang yang dhaif dalam mengambil tujuh ayat ini maka dia akan dhaif dalam mengendalikan tujuh tahap nafsu itu.

Jadi di sini kita sudah nampak kebesaran al-Fatihah padahal baru memperkatakan kulit atau muqaddimahnya sahaja. Baru di pintu al-Fatihah, belum masuk ke dalam tetapi sudah nampak besar isinya. Oleh sebab itulah saya lebih suka mengatakan al-Fatihah itu 'Surah Yang Dapat Kemenangan' daripada menamakan ia 'Surah Pembukaan'.

Kalau ulama masyhurkan al-Fatihah itu sebagai Surah Pembukaan kerana ia diletak di depan al-Quran, itu tidak salah tetapi bagi saya elok dimasyhurkan sebagai Surah Kemenangan sebab pengertiannya lebih luas. Ini kerana ia merangkumi semua kehidupan langit dan bumi, yang ghaib dan rohani seperti Syurga, Neraka, nafsu dan lain-lain. Tuhan sendiri dalam menamakan surah ini menggunakan isim fi'il - 'yang telah mendapat kemenangan'. Lebih baik makna ini kita masyhurkan kerana Surah al-Fatihah itu menentukan seseorang itu mendapat kemenangan atau tidak sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Agar dengan itu hidup ini dipandang berat dan tidak disia-siakan. Jangan dianggap semuanya kebetulan. Ia ada hubung kaitnya dengan hidup kita.

Renung-renungkan dan selamat beramal!


Description: http://signatures.mylivesignature.com/54487/397/24C6918A507B91191BA2A1C8911556C5.png

MUSTAFFA BIN IBRAHIM AMP;PMP;PJB
UNIT KOKURIKULUM
JABATAN PELAJARAN PERLIS
01990 KANGAR, PERLIS

Khamis, 3 November 2011

If you wish to live longer,,,,,

1. Always eat until 70% full. Do not exceed 80% full. You may want to stop eating when you feel slightly full.

2. Avoid having buffet style meal which makes it harder to control how much you eat. Instead, prepare the food you want to eat in a plate. After finishing it, don't add anymore food. 3. Leaving the dining table earlier may prevent you from picking some extra food to eat.

4. It is always a good idea to prepare lesser food in the first place. Some people are afraid of having not enough food for everyone. Actually, lesser food is beneficial for everyone..

In a restaurant, order in small amount first. You can always add in some extra order if necessary. But if you can get by with the original smaller order, that's great.

Remember this:
You have higher chance of overeating if you serve more food on the table.

You have better chance of not overeating if you serve less food.

5. Avoid stuffing your fridge with ice cream, chocolate or other dessert. You cannot eat what you do not have.

6. When someone prepares a big plate of food for you, look at it first. Ask yourself, "Do I want to stuff it all into my stomach?"

If your answer is no, just put aside some food to another empty plate first. After finishing your food, look back at the extra food on that new plate. Say to yourself, "Phew! Luckily I didn't stuff that portion into my stomach."

7. When you get too hungry before your meal time, just take some fruit instead of heavy meal.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Permaidani (Lagu Ketuhanan yang menarik)


Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari


Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini

Khamis, 2 Jun 2011

Pelangi Senja



Hadirmu sesudah gerimis berlalu
terpancar nun jauh di ufuk sana
berseri-seri melingkungi mega
persis Sang Putri yang sedang tersenyum

Lembayung pun memberikan laluan
agar kau bertahta di singgahsana
menabur janji seribu erti
dan kitapun makin terkesima
diulit ilusi yang kian sirna

Tatkala tabir malam mengambil giliran
kaupun tampak berbalam-balam
dan pabila senja menutup tirai
kaupun hilang ditelan kegelapan
dan kitapun termanggu-manggu
menunggu jawapan
pada janji yang tiada pasti

(Huh...lama x menulis puisi nih...hehe)

Ahad, 29 Mei 2011

Kata-kata hikmat


Life's too short to wake up in the morning with regrets.
Love the people who treat you correctly.
Forget about the one's who don't.
Believe that everything happens for a reason!
Never take someone for granted.
Hold family close to your heart.
Because you might wake up one day,
And realise that you have lost a diamond,
While you were too busy collecting stones!!


Isnin, 23 Mei 2011

Pengaruh Laman Sosial


Sedar atau tidak sudah hampir separuh daripada tahun 2011 meninggalkan kita. Begitu cepat masa berlalu.Kesibukan harian sama ada dalam kerjaya maupun keluarga membuatkan saya makin mengasingkan diri dengan dunia realiti . Sesuatu yang paling membimbangkan saya ialah keasyikan terhadap dunia tanpa sempadan ini. Paling ketara ialah pengaruh laman sosial seperti FB yang meninggalkan impak yang besar terhadap penggunaan ruang dan masa saya dalam menghadapi dunia realiti. Interaksi secara maya ini bagaikan kuasa magnet yang semakin hari semakin kuat cengkamannya.

Laman sosial kini umpama nadi bagi sesetengah orang, Tidak akan sempurna hari seseorang tanpa melayari internet dan menggapai laman-laman sesawang seperti Twitter, Facebook, My Space, YM dan lain-lain lagi. Interaksi sosial begini sudah menular hingga ke gedung-gedung ilmu seperti pusat sumber dan pusat-pusat pengajian. Kalau kita rajin berkunjung ke pusat sumber awam, didapati sebahagian besar penggunanya sibuk melayari laman sosial. Maknanya kehidupan senahagian besar pelajar banyak dipengaruhi oleh laman-laman sosial tersebut.

Tidak hairan jika kanak-kanak sekolah rendah menggunakan identiti palsu semata-mata bagi membolehkan mereka mendaftar sebagai ahli di mana-mana laman sosial. Anak-anak remaja juga sanggup berjaga sepanjang malam kerana leka berchating dengan rakan-rakan di FB masing-masing. Keasyikan melayari laman sosial ini sudah menjadi stigma yang sukar dibendung. Pengguna juga tidak perlu lagi mengusung laptop ke sana kemari untuk melayari internet. Cukup sekadar memiliki telefon bimbit yang membekalkan kemudahan internet dan singgahlah di mana-mana premis yang menyediakan kemudahan wifi. Mereka sudah boleh berinteraksi secara santai dan percuma di sana.

Baik kanak-kanak. remaja maupun orang dewasa kini sudah tenggelam dalam dunia tanpa sempadan ini. Golongan dewasa juga menggunakan laman sesawang tersebut sebagai modus operandi dalam menyampaikan maklumat dan tentunya matlamat. Banyak agenda berjaya disampaikan menerusi ruang interaksi yang cukup pantas ini. Ada sahaja pihak yang dengan rela hati menjadi penyampai maklumat secara percuma. Buka sahaja mana-mana laman sosial, pasti ada info yang update dan up to date.

Berdepan dengan Si Pemarah

1. Jangan ikut kemarahannya

Kemarahan tak boleh dibalas dengan kemarahan. Tenangkan diri anda! Tariklah nafas dalam-dalam lalu hembuskan perlahan-lahan. Istighfar banyak2 la.

2. Diam

Kunci mulut anda rapat-rapat. Bila dia menyerang anda, jangan berusaha membela diri. Berilah kesempatan padanya untuk mengemukakan perasaannya. Tahanlah diri anda kuat-kuat. (sabar tahap gaban ni)

3. Dengarkan dan fahami

Dengarkan apa yang menjadi keluhannya. Kemarahan orang lain perlu diatasi. Salah satu caranya ialah dengan memahami apa yang menyebabkan amarahnya. Maka, berusahalah untuk memahami apa yang disampaikannya. Dengan demikian anda boleh mencari jalan menyelesaikan persoalan tersebut.

4. Tunjukkan perhatian anda

Tunjukkan minat dan berikan perhatian anda..Nyatakan bahwa anda memang benar-benar memperhatikan dan ingin membantunya. Berikan tatapan mata yang tenang. Bila perlu jadilah "cermin" bagi orang tersebut.

5. Berbicaralah dengan tenang

Bila saatnya tiba, berbicaralah dengan tenang, jelas dan tegas. Jangan ada nada lemah karena dia akan mengira kemarahannya bermanfaat. Jangan pula dia salah anggap perkataan anda. Ketenangan anda akan menurunkan emosinya. Ambillah masa di antara kata-kata anda untuk menenangkan dirinya. Tunjukkan empati anda tanpa membenarkan dirinya. Dan, jangan pula membandingkan dengan orang lain. Tugas anda adalah meredakan kemarahannya, bukan memberikan ‘bahan bakar’ baru baginya dengan membuat perbandingan.

Mengatasi Masalah Lupa


1. Menggerakkan minda

Lakukan aktiviti yang mampu merangsangkan otak seperti membaca, mempelajari sesuatu kemahiran, melakukan hobi, melancong dan lain-lain lagi. Kekurangan tidur dan stress juga membantu mempercepatkan proses lupaan..

2. Interaksi sosial

Perhubungan sosial dengan teman dan keluarga juga dapat membantu terhindarnya penyakit lupa. Kajian menujukkan bahawa lebih banyak seseorang itu berinteraksi , semakin kurang mereka mengalami kerosakan fungsi kognitif

3. Makan makanan yang meningkatkan daya ingatan

Ini mungkin tidak termasuk dalam latihan mental, tetapi sayuran mentah dan buah-buahan segar merupakan makanan yang memiliki peranan besar menstimulus fungsi otak seperti daya ingatan. Gula yang terkandung dalam buah-buahan sebenarnya dapat membantu kita berfikir dan mengingat kembali informasi dengan lebih cepat.

4. Bersenam

Senaman seperti berenang, jalan kaki dan berbasikal dapat meningkatkan aliran darah dalam otak sehingga hasilnya otak lebih mudah mengingat sesuatu. Aerobik juga bagus....hehehe.

5. Buat petunjuk sistem memori

Semakin banyak informasi yang kita peroleh, semakin besar peluang kita menjadi lupa. Petunjuk sistem itu termasuklah mencatat maklumat, meletakkan sesuatu di tempat yang mudah dilihat, menyiapkan tugasan dengan segera, meminta ahli keluarga mengingatkan perkara2 penting dan lain-lain yang difikirkan perlu.

6. Berdoa

Sebelum memulakan perjalanan atau aktiviti gunakan sedikit masa untuk berdoa Sentiasa beristighfar dan selalu dalam keadaan tenang juga mampu menghindarkan sifat lupaan dalam diri.

Kelebihan Senyum....senyumlah

  1. Senyum membuatkan kita lebih menarik. Kita akan selalu tertarik terhadap orang yang selalu tersenyum.
  2. Senyum mengubah mood kita. Ketika kita berasa kecewa atau “down” cubalah untuk tersenyum. Mungkin mood kita akan berubah menjadi lebih baik.
  3. Senyum dapat merangsang orang lain tersenyum. Ketika seseorang tersenyum maka senyuman tersebut akan membuat suasana menjadi lebih ceria, mengubah mood orang lain yang ada di sekitarnya dan membuatkan orang sekeliling menjadi senang. Orang yang suka tersenyum membawa kebahagiaan terhadap orang yang berada di sekitarnya. Seringlah tersenyum maka anda akan disukai oleh banyak orang.
  4. Senyum dapat mengurangi stress. Stress secara jelas dapat muncul di wajah anda. Senyuman membantu menutupi kesan bahwa kita sebenarnya sedang berduka atau berasa “down”. Jika anda sedang stress cubalah untuk tersenyum, maka stress anda akan berkurang dan anda akan berasa lebih baik untuk meneruskan langkah selanjutnya.
  5. Senyum meningkatkan sistem imunisasi (kekebalan) tubuh anda. Senyum dapat membantu tubuh agar dapat bekerja dengan baik.
  6. Senyum menurunkan tekanan darah anda. Ketika anda tersenyum, maka tekanan darah anda akan menurun. Jika anda tak percaya, anda boleh mencubanya sendiri, jika anda memiliki alat pengukur tekanan darah di rumah anda.
  7. Senyum mengeluarkan endorphins (meredakan rasa sakit secara alamiah) . Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa senyum dapat merangsang pengeluaran endorphin.
  8. Senyum dapat melenturkan kulit wajah dan membuat anda kelihatan lebih muda. Otot-otot yang digunakan untuk tersenyum ikut membuat anda terlihat lebih muda. Jika anda ingin sesuatu yang berbeza, maka berikan senyuman anda sepanjang hari, maka anda akan kelihatan lebih muda dan bmerasa lebih baik.
  9. Senyum membuat anda kelihatan berjaya. Orang yang tersenyum kelihatan lebih berkeyakinani dalam menjalani kehidupan.
  10. Sudah pasti senyum menjanjikan kita pahala. Tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan pahala . Ukirkan senyumlah kepada saudara mara, rakan2, & pelajar......hehehe....cuma janganlah senyum sendirian ya...Bahaya!

Mari kita berjalan untuk mengubati & mencegah penyakit

Berikut merupakan 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut. Insyaallah...

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.

2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Healthyang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar,

4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar

6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.

7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).

8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi.

Sabtu, 2 April 2011

10 Tips Mengurangkan Stress

1. Ambil wuduk, solat, beristighfar dan berzikir - insyallah dapat menyejukkan perasaan yang membara.

2. Tarik nafas dalam-dalam- pasti anda akan berasa sedikit kelegaan

3..Fikirkan ha2l yang menyenangkan- Fikirkan perkara2 menarik yang telah, sedang atau akan dilakukan.

4. Lakukan perubahan kecil terhadap rutin anda- Ubah selera makan @ sekali sekala ambil angin di luar @ bersenam dll.

5. Berilah pujian terhadap orang sekeliling anda- Pujian boleh memberikan kita ketenangan

6. Jadilkan hari Isninn sebagai hari yang menyenangkan anda - Contohnya pakai pakaian yang cantik, jumpa kawan2 lama, makan t/hari di tempat istimewa.....hehehe

7. Gunakanh waktu 15 minit untuk menenangkan fikirani sebelum pulang ke rumah- Supaya anda tidak membawa balik masalah kerja di rumah....kalau nak bawa balik juga...hmmm...lagi tambah stress

8. Senaraikan hal-hal yang membuatkan anda risau.- Cari jalan untuk mengatasinya @ minta bantuan aje la.

9. Menghirup wangi tanam-tanaman- Menurut Sue Jonas ahli aromaterapi, mencium wangian boleh membuatkan kita lebih tenang

10. Minta bantuan @ nasihat daripada keluarga & kawan rapat- Biasanya keluarga tidak akan membiarkan kita susah....

Tanda-tanda Hati Mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

~Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya

~ Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda

~Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya

~Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya

~ Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya

~Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya

~Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya

~Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya

~Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri

~Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil


Pengajaran daripadanya:


Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.

Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).


Firman Allah:

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ (٢٨)


(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
(Al-Rad, Ayat 28)



Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
...dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."


Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.

Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:

ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِيثِ كِتَـٰبً۬ا مُّتَشَـٰبِهً۬ا مَّثَانِىَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّہُمۡ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَہۡدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِنۡ هَادٍ (٢٣)


"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya."



Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.


Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati."


Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).

Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.


Sumber : Hj Samsudin Ab Rahman IPGKPP

Ahad, 20 Mac 2011

KITA BERTANYA AL-QURAN MENJAWAB

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " – Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." – Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

- Surah Ali-Imran ayat 200

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" – Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…"– Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. " – Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB "… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." – Surah Yusuf ayat 12

Tahajjud Cinta- Ct Nurhaliza

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud



Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2009/09/lirik-tahajjud-cinta-siti-nurhaliza.html#ixzz1H4D5IJbf

Selasa, 15 Mac 2011

Jenis-jenis Bacaan

BACAAN MEKANIS

v Merupakan satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran, dan perasaan seseorang pengarang

v Orang yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa saja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca

v Lazimnya ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta pandangan mata yang jauh

v Membaca mekanis merupakan satu ketrampilan yang serba rumit dan kompleks

v Dalam P & P membaca mekanis digunakan lebih tertumpu kepada usaha menganalisis pengucapan daripada pemahaman.

v Guru pula harus memahamkan proses komunikasi dua arah

TUJUAN BACAAN MEKANIS

Ø Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas

Ø Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul

Ø Membaca dengan irama membaca yang betul

Ø Tahu menggunakan tanda baca serta penggunaan jeda dan mora yang tepat

Ø Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata pelajaran yang lain

Ø Membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca bersuara


BACAAN MENTALIS ( SENYAP / AKALIAH)

v Membaca senyap atau membaca dalam hati (silent reading) ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual ( visual memory) dan pengaktifan mata dan ingatan

v Tujuannya bagi memperoleh informasi dan pemahaman

v Merupakan kuncibagi segala ilmu pengetahuan

v Dikenali juga sebagai personalized reading

v Program membaca persaorangan adalah salah satu strategi yang menarik dan dapat memenuhi keperluan individu tersebut secara berkesan

v Membaca senyap ini melibatkan bacaan intensif dan ekstensif

TUJUAN

Ø Melatih murid-murid supaya boleh membaca sendiri

Ø Membaca dan memahami apa yang dibacanya

Ø Melatih murid-murid membaca dengan senyap dan pantas

Ø Membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan

Ø Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap utuk hiburan

* SKIMMING -– KEGIATAN MEMBACA YANG DILAKUKAN SEKILAS PANDANG UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT SERTA-MERTA. UNTUK MENDAPATKAN KESAN UMUM DARIPADA SESEBUAH TEKS YANG TELAH DITELAAH

* SCANNING -– DILAKUKAN SEPINTAS LALU ATAU MEMBACA TINJAUAN. BIASANYA PEMBACA MENELITI TERLEBIH DAHULU BAHAGIAN-BAHAGIAN BUKU YANG HARUS DITELAAH.

* MEMBACA PANTAS -– DILAKUKAN DENGAN KADAR KELAJUAN TERTENTU DAN TUJUANYA UNTUK MENJIMATKAN MASA

JENIS BACAAN

BACAAN INTENSIF

v Kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama

v Melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan

v Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan

v Dua perkaa yang terlibat ialah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa

v Bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat

TUJUAN

Ø Membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik

Ø Mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu

Ø Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya

Ø Menilai dan mengulas isi-isi yang diperolehi

Ø Mengesan, memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa

Ø Mengenal pasti laras bahasa yang berbagai-bagai

Ø Membuat rumusan atau kesimpulan

BACAAN EKSTENSIF

v Kegiatan membaca secara luas

v Meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat

v Tujuannya untuk memahami isi yang penting-penting dengan cepat

v Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara berikut:

a)membaca tinjauan

b)membaca sekilas

c)membaca dangkal

KONSEP-KONSEP

Ø Merupakan kegiatan membaca yang dilakukan oleh pelajar-pelajar di luar kelas secara bersendiri

Ø Mengandaikan pelajar membaca sesuatu bahan tanpa menghadapi kesukaran

Ø Bahan bacaan harus luas

Ø Harus daripada bahan-bahan yang berbeza