BACAAN MEKANIS
v Merupakan satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran, dan perasaan seseorang pengarang
v Orang yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa saja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca
v Lazimnya ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta pandangan mata yang jauh
v Membaca mekanis merupakan satu ketrampilan yang serba rumit dan kompleks
v Dalam P & P membaca mekanis digunakan lebih tertumpu kepada usaha menganalisis pengucapan daripada pemahaman.
v Guru pula harus memahamkan proses komunikasi dua arah
TUJUAN BACAAN MEKANIS
Ø Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas
Ø Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul
Ø Membaca dengan irama membaca yang betul
Ø Tahu menggunakan tanda baca serta penggunaan jeda dan mora yang tepat
Ø Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata pelajaran yang lain
Ø Membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca bersuara
BACAAN MENTALIS ( SENYAP / AKALIAH)
v Membaca senyap atau membaca dalam hati (silent reading) ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual ( visual memory) dan pengaktifan mata dan ingatan
v Tujuannya bagi memperoleh informasi dan pemahaman
v Merupakan kuncibagi segala ilmu pengetahuan
v Dikenali juga sebagai personalized reading
v Program membaca persaorangan adalah salah satu strategi yang menarik dan dapat memenuhi keperluan individu tersebut secara berkesan
v Membaca senyap ini melibatkan bacaan intensif dan ekstensif
TUJUAN
Ø Melatih murid-murid supaya boleh membaca sendiri
Ø Membaca dan memahami apa yang dibacanya
Ø Melatih murid-murid membaca dengan senyap dan pantas
Ø Membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan
Ø Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap utuk hiburan
SKIMMING -– KEGIATAN MEMBACA YANG DILAKUKAN SEKILAS PANDANG UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT SERTA-MERTA. UNTUK MENDAPATKAN KESAN UMUM DARIPADA SESEBUAH TEKS YANG TELAH DITELAAH
SCANNING -– DILAKUKAN SEPINTAS LALU ATAU MEMBACA TINJAUAN. BIASANYA PEMBACA MENELITI TERLEBIH DAHULU BAHAGIAN-BAHAGIAN BUKU YANG HARUS DITELAAH.
MEMBACA PANTAS -– DILAKUKAN DENGAN KADAR KELAJUAN TERTENTU DAN TUJUANYA UNTUK MENJIMATKAN MASA
JENIS BACAAN
BACAAN INTENSIF
v Kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama
v Melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan
v Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan
v Dua perkaa yang terlibat ialah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa
v Bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat
TUJUAN
Ø Membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik
Ø Mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu
Ø Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya
Ø Menilai dan mengulas isi-isi yang diperolehi
Ø Mengesan, memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa
Ø Mengenal pasti laras bahasa yang berbagai-bagai
Ø Membuat rumusan atau kesimpulan
BACAAN EKSTENSIF
v Kegiatan membaca secara luas
v Meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat
v Tujuannya untuk memahami isi yang penting-penting dengan cepat
v Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara berikut:
a)membaca tinjauan
b)membaca sekilas
c)membaca dangkal
KONSEP-KONSEP
Ø Merupakan kegiatan membaca yang dilakukan oleh pelajar-pelajar di luar kelas secara bersendiri
Ø Mengandaikan pelajar membaca sesuatu bahan tanpa menghadapi kesukaran
Ø Bahan bacaan harus luas
Ø Harus daripada bahan-bahan yang berbeza
Tiada ulasan:
Catat Ulasan