v Aktiviti menulis merupakan satu proses komunikasi dan terjemahan idea secara bertulis tanpa melibatkan interaksi semuka.
v Kemahiran menulis karangan menjadi satu elemen penting dalam pembelajaran bahasa Melayu, selain keperluan menguasai kemahiran asas seperti mendengar, bertutur dan membaca.
v Sehubungan dengan itu, penguasaan kemahiran menulis perlu dititikberatkan kepada semua pelajar sedari awal.
Definisi
v Raminah Sabran menyatakan karangan merupakan suatu latihan untuk melahirkan fikiran, perasaan dan idea secara bebas tetapi terkawal oleh arahan, peraturan dan tajuk yang telah ditetapkan.
v Secara ringkasnya, karangan dapat didefinisikan sebagai satu bentuk susunan idea yang diterjemahkan ke dalam bentuk tulisan secara teratur, dan tepat tatabahasanya.
Proses menulis karangan
1. Penulisan karangan hendaklah menggunakan tulisan yang kemas,dapat dibaca, dan mudah difahami.
2. Karangan yang sempurna harus memiliki ciri-ciri tertentu,termasuklah mengikut kehendak tajuk atau soalan, pendahuluan dan penutup yang menarik serta isi yang cukup, tersusun dan lengkap.
3. Pengetahuan yang luas diperlukan untuk menghasilkan sesebuah karangan yang sempurna.
4. Pengetahuan yang luas dapat diperoleh dengan banyak membaca bahan bacaan yang pelbagai bentuk.
5. Perancangan yang baik perlu ke arah penghasilan karangan yang sempurna
Pemilihan tajuk
1. Baca semua tajuk atau soalan yang dikemukakan terlebih dahulu dengan teliti.
2. Gariskan perkataan atau rangkai kata yang menjadi kata kunci dalam tajuk karangan.
3. Kata kunci seperi hurai, bincang, beri pendapat, bahas, lapor dan ulas mungkin menjadi panduan yang berguna kepada anda ketika menulis karangan.
4. Pilih satu tajuk yang benar-benar anda kuasai dan anda pasti boleh menghasilkan karangan yang sempurna
5. Perhatikan jenis karangan yang perlu anda tulis dan pastikan karangan yang ditulis mengikut format yang betul.
6. Anda perlu mempunyai pengetahuan yang lengkap dan pemahaman yang jelas tentang tajuk karangan yang dipilih.
7. Kumpulkan seberapa banyak isi dan pastikan anda berupaya menghuraikan dan mengembangkan tajuk tersebut hingga menjadi karangan yang sempurna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan