Menurut
William Wordsworth (1988:4) puisi merupakan suatu pengucapan tentang perasaan
ghairah yang imiginatif, biasanya berentak dan berlaku secara spontan, dalam
suasana tenang.
Samuer
Taylor Coledridge (1988:4) mendefinisikan puisi sebagai ,”the best words in
the best order”
Muhammad
Hj Salleh (1988:10) mentakrifkan puisi sebagai…bentuk sastera yang kental
dengan muzik bahasa serta kebijaksanaan penyair dan tradisinya.
Ciri-ciri Puisi
q Penggunaan
bahasa yang baik, ekspresif, kental, ada nilai keindahan serta menimbulkan kesan kepada pengalaman dan perasaan.
q Mempunyai
bentuk yang tertentu, berkerat-kerat / berurutan dalam baris yang sejajar sama
ada berpola atau bebas
q Ungkapan
kata dipengaruhi unsur muzik, lagu, intonasi, kadensa, rentak, irama dan
keharmonian bunyi.
q Baris,
rima, dan irama disusun mengikut pola atau tanpa pola
q Dalam
puisi tradisional wujud pembahagian unit dalam menyatakan idea.
q Digunakan
dalam kehidupan masyarakat untuk hiburan, keramaian,ritual,keagamaan,pengajaran
dan sebagainya.
q Ada
yang diangap suci dan berhubung rapat dengan sistem kepercayaan dan menjadi
taboo bagi masyarakat tertentu.
q Bahasa
mengandungi unsur imajan, perlambangan, kiasan dan perbandingan
Aspek-aspek Dasar Puisi
Medan Makna
- Maksud (isi):Gambaran idea
- . Tema : Inti atau isi pokok
- . Persoalan : Isi-isi kecil / sampingan
- . Perutusan/mesej/amanat: gagasan nilai
- . Sikap dan perasaan : Penggunaan diksi
- . Unsur/nilai murni: Nilai dan norma kehidupan
- . Sejarah genre : Memahami latar belakang perkembangan puisi
- . Biodata penyair : Pengetahuan tentang penyair
- . Penghasilan karya : Menghasilkan puisi secara terancang dan terbimbing mengikut prinsp penulisan kreatif
Medan Kata
} Diksi
: Pemilihan kata khusus/khas secara puitis
} Imej/citra
alam: Gambaran atau tiruan bentuk atau objek alam
} Kiasan:
Kata atau ungkapan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu dengan cara
bersandarkan
} Rima
: Persamaan gugus kata dari segi konsonan dan vokal
} Aliterasi
: Pengulangan bunyi konsonan
} Asonansi
: Pengulangan bunyi vokal
Jeda : Titik perhentian seketika, peralihan
nafas sewaktu melafazkan puisi.
} Simile:
Tamsil atau kiasan yang membandingkan dua objek yang mempunyai nilai dan sifat
yang sama secara langsung
} Metafora:
Kiasan atau analogi yang melambangkan sesuatu bagi sesuatu yang lain bagi
menyarankan antara keduanya terdapat persamaan
} Personifikasi
: Kiasan yang memberikan sifat manusia.
} Hiperbola:
Kiasan dalam bentuk ungkapan yang menggambarkan sesuatu secara berlebih-lebihan
} Rentak : Tingkahan tinggi-rendah,
panjang-pendek, cepat-lambat
Medan Rasa
} Bentuk
: Susunan luaran puisi yang merangkumi jumlah kata, suku kata, baris, bait,
skema, dan pembahagian unit.
} Struktur/binaan:
Susunan dalaman puisi seperti perkaitan antara pembayang dan maksud pantun.
} Timbangan
: Adalah ciri dan sifat yang menentukan keharmonian pengucapan kata.
} Ciri
dan sifat : Aspek-aspek khusus yang menjelaskan puisi-puisi berlainan.
} Perbandingan
bentuk: Membandingkan perbezaan dan persamaan antara puisi berlainan dari aspek
bentuk, bahasa, isi dan lain-lain
Pencinta Puisi Sentiasa Punya Hati dan Rasa |
Casino in Coos Bay, Washington - Mapyro
BalasPadamThe casino complex features more than 40 충청북도 출장마사지 slot 논산 출장마사지 machines. 영천 출장샵 The 군산 출장안마 casino's gaming floor includes over 인천광역 출장안마 10,000 games: Roulette, Blackjack, Video Poker, Roulette