Ahad, 5 Julai 2009

Kursus Pemulihan Khas


Dua minggu berturut-turut saya berpeluang menghadiri kursus yang berkaitan dengan pengajaran pemulihan di sekolah. Nampaknya kemahiran mengajar murid-murid yang tercicir daripada arus perdana ini tidak boleh dikesampingkan kerana golongan ini menyumbang peratusan yang tinggi dalam sistem pendidikan di Malaysia.


Pada 24-26 Jun 2009 bertempat di Hotel Heritage Ipoh, telah diadakan Kursus Kongsi Baca yang dikelolakan oleh Pn Jamaeyah dari Kuala Lumpur. Beliau berpengalaman luas dalam dunia pendidikan kanak-kanak prasekolah. Banyak input yang diperoleh terutamanya dari aspek pembinaan bahan dan strategi pengajaran berkesan untuk murid-murid prasekolah. Para pensyarah turut diberi peluang untuk menyediakan bahan bantu mengajar dalam sesi perbengkelan.


Pada 1-3 Julai 2009 pula, saya berpeluang menghadiri Bengkel Bina Bahan Bantu Mengajar bagi Kelas Pemulihan. Bertempat di Hotel Regency, Alor Setar para pensyarah sekitar Zon Utara memperoleh input yang berguna hasil daripada ceramah yang disampaikan oleh beberapa orang pakar yang didatangkan khas oleh pihak penganjur. Antaranya ialah pengenalan kepada Modul Seelan Osni yang diperkenalkan oleh En Roslan Nikmat dari Pahang dan Strategi Pengajaran Pemulihan oleh Pn Noraini Hazri iaitu seorang guru cemerlang pemulihan yang bertugas di Daerah Manjung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan