Jumaat, 30 April 2010

Kemahiran Berkomunikasi

A) Komunikasi lisan sehala
Ø Taklimat
Ø Pengumuman
Ø Pengucapan awam
Ø Memberi arahan/ panduan
Ø Pengacaraan majlis

B) Komunikasi lisan dua hala
Ø Dialog
Ø Forum
Ø Wawancara/temu bual
Ø Perbincangan
Ø Perbahasan
Ø Bermesyuarat

C) Komunikasi penulisan
Ø Surat rasmi/tidak rasmi
Ø Karangan ekspositori
Ø Laporan

A)
1) Taklimat

v Keterangan ringkas mengenai sesuatu yang berlaku atau sesuatu yang dihasilkan
v Ucapan memaklumkan dan disampaikan secara hubungan sehala
v Dalam situasi formal dan tidak formal

2) Pengumuman
v Aktiviti penyampaian dan penyebaran sesuatu maklumat kepada orang ramai
v Arbak Othman (1995:98) pengumuman ialah hal yang disebarkan atau makluman
v Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994:1518)- pihak yang mengumumkan, pemberitahuan kepada orang ramai atau pemakluman
v Menggunakan bahasa yang mudah untuk menyampaikan isi-isi penting sahaja

3) Pengucapan Awam
v Komunikasi lisan dengan bantuan anggota-anggota komunikasi bukan lisan
v Anggota komunikasi bukan lisan termasuklah seluruh tubuh pengucap seperti mata, kepala, tangan, badan, nada suara dan juga mimik muka
v Berucap di khalayak atau berpidato merupakan contoh pengucapan awam

4) Pengacaraan Majlis
v Individu yang memainkan peranan utama dalam menghidupkan sesuatu majlis
v Individu pertama yang tampil ke hadapan dalam setiap apa jua majlis
v R.Terry Ellimore (1991) => “Master of Ceremonies (MC) is an individual who acts as a host an a radio or television”.
v Tidak terhad dalam media elektronik sahaja tetapi digunakan dalam majlis rasmi atau tidak rasmi.

=bersambung=

Khamis, 29 April 2010

Kawasan Rekreasi Semakin Berkurangan


Arus pembangunan telah menyebabkan kawasan hijau semakin pupus. Hutan-hutan batu yang naik bagai cendawan tumbuh menjadikan tempat-tempat rekreasi tidak lagi menjadi keutamaan. Anak-anak terpaksa menghabiskan hujung minggu di pasar-pasaraya yang menyediakan sedikit ruang untuk beriadah. (itu pun kalau boleh dipanggil riadah) Dalam masa yang sama, ibu bapa menghabiskan masa di situ untuk membeli-belah barangan keperluan seharian.
Bagi keluarga yang ada keupayaan bolehlah membawa anak-anak ke tempat-tempat rekreasi seperti air terjun dan pantai untuk mandi -manda tetapi jarak perjalanannya yang jauh begitu memenatkan. Pulau Pinang sendiri ketandusan kawasan rekreasi seperti hutan lipur dan air terjun. Kalau adapun hanyalah pantai-pantai di sekitar Batu Ferringhi dan Teluk Bahang yang menjadi tumpuan pelawat pada hujung minggu. Di kawasan Seberang Perai sendiri sangat kurang tempat rekreasi kecuali di Cherok Tokkun dan Bukit Panchor. Padang-padang permainan yang disediakan di kawasan-kawasan perumahan juga tidak diselenggarakan dengan baik dan biasanya hanya digunakan oleh anak-anak penghuni taman tersebut.
Kerajaan haruslah prihatin tentang kebajikan rakyat yang memerlukan kawasan untuk beriadah setelah berpenat lelah bekerja seharian. Kawasan-kawasan riadah yang dahulunya menjadi tumpuan hendaklah dibangunkan serta dinaik taraf agar kebajikan rakyat terbela. Antara tempat rekreasi yang dahulunya menjadi tumpuan ialah sekitar Robina Park di Butterworth dan Taman Rekreasi Ampang Jajar. Kawasan itu masih wujud tetapi sudah hilang 'seri'nya apatah lagi tidak diselenggarakan dengan sewajarnya.




Ahad, 25 April 2010

Pemakanan Yang SIhat


Nikmatilah Pelbagai Jenis Makanan


Makanan yang berlainan membekalkan kombinasi tenaga (kalori)
dan nutrien (seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral
dan gentian) yang berbeza. Memakan pelbagai jenis makanan
adalah cara yang terbaik untuk memenuhi keperluan tenaga dan
nutrien anda untuk membesar, berkembang, bergerak, bekerja,
bermain, berfikir dan belajar.


Kepelbagaian boleh dicapai dengan mengambil diet yang
menggabungkan kesemua kumpulan makanan dalam Piramid
Makanan . Di dalam setiap kumpulan
makanan, pelbagaikan jenis makanan yang diambil.
Makanan yang diambil seharian sepatutnya dipilih lebih banyak
daripada paras Piramid yang paling bawah, manakala paling
sedikit daripada puncak Piramid. Hal ini membantu menjaminkan
keseimbangan dalam pemakanan anda.


Kesederhanaan harus diutamakan untuk mengelakkan daripada
makan terlampau banyak. Panduan Piramid Makanan menyarankan
jumlah (atau hidangan) yang boleh dimakan dari setiap
kumpulan makanan setiap hari untuk individu yang normal dan sihat.


MAKAN MENGIKUT KEPERLUAN ANDA


Keperluan nutrien dan kalori setiap individu adalah berbeza
mengikut umur dan paras aktiviti fizikal mereka. Misalnya,
kanak-kanak membesar, remaja dan wanita memerlukan
lebih banyak kalsium untuk membina tulang yang sihat.
Kanak-kanak kecil, gadis dan wanita pada peringkat
reproduktif, harus mengambil cukup makanan yang kaya
zat besi, seperti daging tanpa lemak, telur dan produk bijirin
sepenuh untuk memenuhi keperluan zat besi mereka.


Kekalkan Berat Badan Yang Sihat

Dengan mengekalkan berat badan yang sihat, anda boleh mengelakkan masalah kesihatan dan akan kelihatan lebih menarik. Sebaliknya, jika anda terlalu kurus atau terlalu gemuk, risiko anda mendapat masalah kesihatan akan meningkat.


ADAKAH BERAT BADAN ANDA SIHAT?(Untuk dewasa berumur 18 tahun ke atas)


1. Kira Indeks Jisim Tubuh (IJT) anda

2. Bandingkan IJT anda dengan nilai di dalam jadual di bawah untuk melihat penjelasannya.

3. Masalah berat badan berlebihan atau obes (mempunyaiIJT yang tinggi) meningkatkan risiko anda terhadap penyakit jantung koronari, strok, diabetes,tekanan darah tinggi dan sesetengah jenis kanser(terutamanya kanser hempedu, kanser ovari dan kanser payudara).

Keadaan ini juga memburukkan masalahartritis dan pernafasan.

4. Jika IJT anda berada dalam julat yang sihat, tetapi mempunyai ukuran pinggang lebih daripada punggung,anda masih berisiko tinggi menghidapi penyakit penyakit kronik. Nisbah pinggang-punggung yang lebih daripada 1.0 (untuk lelaki) atau lebih daripada 0.85 (untuk wanita) adalah kurang sihat.


MENGAWAL BERAT BADAN BERLEBIHAN


Mengurangkan berat badan anda sebanyak 5% hingga 10% boleh mengurangkan risiko kesihatan anda dengan ketara.Dalam kebanyakan kes, kelebihan berat badan atau keadaan obes berpunca daripada pengambilan kalori berlebihan dan kekuranganaktiviti fizikal. Anda boleh mengurangkan berat badan dengan meningkatkan aktiviti fizikal dan mengurangkan pengambilan makanan anda. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil:


• Tetapkan matlamat untuk mengurangkan tidak lebih daripada0.5 hingga 1 kg seminggu.

• Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20-30minit setiap kali.– Pergi berjoging, berenang, berbasikal atau berjalan dengan pantas.– Mainlah sukan rekreasi.– Mainlah golf (tanpa menggunakan ‘buggy’)

• Ikuti kehidupan yang lebih aktif– Gunakan tangga daripada menggunakan lif atau eskulator.– Biasakan berjalan kaki untuk jarak yang dekat daripada memandu.– Cucilah kereta anda sendiri, berkemas dan bersihkan rumah,berkebun atau memotong rumput di rumah.

• Awasilah apa yang anda makan– Kurangkan pengambilan makanan dan snek yang tinggi lemak dan kalori.– Elakkan daripada makan terlalu banyak, makan sedikit-sedikittetapi kerap dan makan pada masa yang tidak menentu.– Elakkan diet mengurangkan berat badan yang terlalu menghadkan pengambilan kalori dan zat-zat lain.– Cuba mengurangkan berat badan dengan memaksa dirimemuntah atau menggunakan laksatif atau diuretik adalah membahayakan.


Sumber : Persatuan Pemakanan Malaysia

Panduan Perkhemahan


Pemilihan Kawasan/ Tapak Perkhemahan


1. Tanah atau tapak yang rata.

A) Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat.

B) Sebaik-baiknya walau pun tapak yang rata, cuba elakkan daripada kawasan yang terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah tersebut.

C) Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai tempat laluan air ketika hujan turun.


2. Berhampiran punca air.

A) Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, perkara yang utama harus difikirkan ialah mengenai punca air bersih.

B) Air yang bersih digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya.

C) Tapak perkhemahan haruslah berhampiran dengan punca air tidak kira sungai, anak sungai, telaga, kolam atau sebagainya tetapi air tersebut hendaklah dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini seperti sakit perut atau penyakit lain yang boleh dijangkiti melalui air yang tidak bersih.

D) Punca air ini juga seharusnya diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang tiada pencemaran.


3. Jauh daripada dahan mati.

A) Pemilihan tapak perkhemahan juga mesti berdasarkan kepada kawasan sekitar, khasnya perlu melihat pokok-pokok yang besar di sekeliling kawasan perkhemahan tiada dahan mati atau ranting yang boleh membahayakan peserta perkhemahan.

B) Ini penting kerana jika berlaku tiupan angin yang kuat atau hujan, ranting serta dahan mati tersebut boleh menimpa khemah dan orang yang terdapat di tapak perkhemahan tersebut.


4. Tapak yang lebih tinggi dari punca air.

A) Pemilihan tempat atau tapak yang tinggi dan rata ini adalah penting untuk mengelakkan daripada dihanyutkan air jika berkhemah di tepi sungai dan air pasang jika berkhemah di pantai.


5. Mudah untuk mendapatkan bantuan.

A) Tapak perkhemahan yang dipilih juga haruslah berdasarkan kepada keadaan tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan.

B) Tapak perkhemahan tersebut mungkin berhampiran kawasan kampung, laluan orang atau mudah dihubungi.

C) Setiap aktiviti perkhemahan juga haruslah dimaklumkan kepada pihak berwajib seperti Polis dan Jabatan Perhutanan.


6. Mudah untuk mendapatkan bahan bakar.

A) Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar yang digunakan untuk memasak perlu diambil kira.

B) Jika memasak menggunakan dapur kayu iaitu ranting-ranting mati, tapak perkhemahan yang dipiiih mestilah di kawasan yang mudah dan banyak untuk mendapatkan bahan tersebut.


7. Keselamatan kawasan perkhemahan.

A) Keselamatan kawasan perkhemahan adalah penting.

B) Pastikan bahawa kawasan tersebut adalah bukan kawasan binatang buas dan mudah diganggu oleh penceroboh luar.


Keselamatan Khemah
1.Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan khemah.
2. Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.
3. Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.
4. Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau binatang lain daripada memasuki khemah.
5. Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya.
6. Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas.
7. Merokok adalah di larang sama sekali di dalam khemah.
8. Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan.


Penjagaan Khemah
1. Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul.
2. Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan.
3. Tidak mencuci khemah dengan menggunakan sabun atau bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia.
4. Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat daripada ancaman haiwan perosak dan di tempat yang kering.
5. Pastikan semua alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah diperiksa dan lengkap sebelum disimpan.
6. Peraturan Keselamatan Perkhemahan
7. Setiap peserta perkhemahan mestilah patuh kepada semua arahan keselamatan, kawalan dan penerangan perkhemahan pada setiap masa.
8. Menjaga kebersihan kawasan perkhemahan.
9. Mengutamakan faktor kesihatan dan aspek makanan, minuman, pakaian dan tapak perkhemahan.
10.Berhati-hati melakukan sebarang aktiviti dan sentiasa menghormati serta menghargai kawasan sekitar.
11. Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi sebarang gangguan keselamatan.
12. Merokok, berjudi, minuman keras adalah dilarang.
13. Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan semua aktiviti.
14. Memaklumkan kepada ketua pasukan/kumpulan, fasilatator atau kepada pengerusi jawatankuasa perkhemahan jika menghadapi kesulitan seperti masalah kesihatan dan keselamatan.
15. Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat tanpa berhenti sehingga rakan datang membantu jika berlaku sebarang kecemasan.
16. Peserta tidak dibenarkan berenang selain pada waktu yang telah ditetapkan jika berkhemah berhampiran sungai, pantai atau tasik.
17. Dilarang memiliki apa-apa senjata yang merbahaya seperti senjata api, dadah dan alat-alat yang menyalahi undang-undang.
18. Tidak dibenarkan merosakkan atau memusnahkan tanaman dan tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan perkhemahan.


Sumber : Nota KRS/2008

Rabu, 21 April 2010

Jalan-jalan di Cameron Highlands





Bagi yang belum berpeluang ke Cameron Highlands, atau sudah lama tidak menjengah ke sana, tempat ini merupakan destinasi pelancongan yang mampu menjanjikan ketenangan setelah berpenat lelah bekerja ataupun ingin bercuti bersama-sama keluarga. Walaupun cuacanya tidak sedingin 10 tahun lalu,namun banyak lokasi menarik yang boleh dikunjungi.

Terdapat dua laluan utama ke sana jika kita memilih untuk menggunakan lebuh raya PLUS iaitu menerusi susur keluar Simpang Pulai ataupun susur keluar Tapah. Namun laluan Simpang Pulai menjadi pilihan ramai kerana perjalanannya lebih cepat dan mudah dilalui. Destinasi pertama yang akan kita temui ialah Pekan Brincang sebelum kita tiba di Tanah Rata yang menjadi pusat pentadbiran Cameron Highlands. Jika kita meneruskan perjalanan kita akan singgah pula di pekan Ringlet.

Ladang teh dan kebun-kebun sayur yang menghijau dengan saujana mata memandang mampu menggamit perhatian pengunjung untuk terus leka sepanjang perjalanan ke sana. Pengunjung juga boleh menikmati minuman teh segar yang disediakan di lokasi-lokasi tertentu dengan harga yang berpatutan. sambil menikmati panorama indah ciptaan Tuhan. Jangan lupa membeli teh sebagai buah tangan untuk dibawa pulang

Cameron Highlands juga terkenal dengan tanaman lain seperti strawberry, kaktus, sayur-sayuran dan jagung madu yang boleh dimakan mentah. Jangan lupa menikmati cendawan goreng dan strawberry coklat yang banyak di jual di kawasan Brincang. Banyak cenderamata seperti pakaian, kusyen, rantai kunci, payung dan lain-lain lagi yang bertemakan strawberry dijual di merata-rata gerai di sekitar Tanah Rata dan Brincang.

Jangan lupa melawat tempat-tempat menarik seperti ladang strawberry, taman ros,taman kaktus dan homestay yang turut menjadi tarikan pelancong. Makanan dan tempat tinggal juga tidak menjadi masalah asalkan kita pandai memilih.






















Menangani Sifat Marah

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang lambat marahnya dan segera pula reda bila sudah marah. Sejahat-jahat manusia ialah yang lekas marahnya dan lambat pula reda marahnya"
HADIS RASULULLAH S.A.W

Kemajuan yang berlaku dari semasa ke semasa telah mempengaruhi dan menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku dan perangai manusia secara individu ataupun kelompok. Manusia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Secara tidak langsung kita belajar mengenal erti kehidupan.

Dalam menjalani kehidupan, manusia telah dipengaruhi pelbagai perkara. Antaranya,
*kelemahan
*sakit
*kerosakan
*pertentangan
*kelesuan akal fikiran
*kelemahan kudrat dan lain-lain

Manusia dicipta oleh Allah s.w.t dengan memiliki pelbagai bentuk emosi. Marah merupakan salah satu bentuk emosi yang dialami oleh manusia. Sifat marah berpunca daripada perasaan tertekan, berasa dizalimi, dikhianati diperkecilkan dan adakala kemarahan tercetus akibat rasa kecewa atau terluka. Marah dalam diri umpama senjata di tangan; boleh memberi kebaikan dan boleh juga membinasakan.

Kesan apabila marah
1) Mudah menerima penyakit - cepat tua, darah tinggi, jantung
2) Mudah kena selsema, batuk dan sakit otot
3) Merangsang tabiat buruk - merokok, dadah, alkohol
4) Tulang rusuk mudah rapuh
5) Mematikan syahwat
6) Wajah menjadi hodoh
7) Hati menjadi kotor
8) Susah khusyuk dalam solat
9) Pintu rezeki tertutup
10) Persahabatan terputus dan lain-lain

Petua menangani marah
1) Diam
2) Mengambil wuduk
3) Istighfar & zikir
4) Mengubah posisi - keluar dari lokasi
5) Baiki cara pernafasan
6) Solat
7) Ubah kepada aktiviti lain
8) Membaca doa
9) Minum air dan menjaga diet pemakanan
10) Berfikiran positif dan lain-lain

Sumber : Olahan Buku Motivasi Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Selasa, 20 April 2010

Sajak

Tika Aku Masih Bersuara

Walaupun kau bosan mendengarnya
anggaplah suaraku laksana lagu
memang iramanya tidak merdu
tapi itulah suara hatiku
ikhlas nun jauh di dalam kalbu

Walaupun berdesing di hujung kuping
anggaplah kata-kataku persis azimat
aku tak petah menyusun kalimat
bicaraku jua kurang berhemat
tapi suaraku mewakili hasrat
prihatinku tetap membulat

Hari ini aku perlu bersuara
untuk menolak anggapan durja
merungkai sebuah tanda tanya
agar yang keruh menjadi jernih
agar yang kusut kembali pulih
bukan niatku mencari sengketa
apa lagi melarik sengsara

kalau aku berhenti bersuara
jangan kaucari ke mana kupergi
bukan lari bukan membenci
kenanglah daku dalam doamu
kumohon permisi
kuundur diri.

Nukilan
Arbakyah Hassan
20 April 2010

Isnin, 12 April 2010

Satus Makanan Halal

Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam JAKIM telah dipertanggungjawabkan sebagai institusi kerajaan yang mengeluarkan sijil pengesahan halal dan logo halal untuk pihak industri yang terlibat dengan industri pengeluaran makanan, minuman, barangan gunaan, rumah sembelih dan premis makanan. Bahagian ini juga bertanggungjawab menjalankan pemantauan ke atas setiap pemegang sijil pengesahan halal JAKIM agar sentiasa mematuhi piawaian halal yang telah ditetapkan.

Namun begitu status makanan halal di Malaysia masih lagi diperkatakan dari semasa ke semasa. Adakalanya satus 'halal' itu dipersendakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam usaha menjatuhkan kredibiliti umat Islam. Hal ini amat mengelirukan pengguna-pengguna Islam yang rata-ratanya kurang peka terhadap kesan pemakanan terhadap tumbesaran tubuh dan perkembangan minda. Sebagai pengguna kita perlu meneliti logo halal yang disediakan oleh Jakim.

Logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM adalah berbentuk bulat terdapat perkataan Malaysia dalam huruf rumi dan jawi disekeliling bulatan manakala di tengah bulatan terdapat perkataan halal jawi dan rumi. Bagi logo halal yang dikeluarkan oleh Jab. Agama Islam Negeri, logo yang sama tetapi terdapat perbezaan di bawah perkataan halal tulisan rumi iaitu terdapat kolum bertulis H - diikuti oleh no. pendaftaran mengikut negeri sebagai contoh bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur H -14, bagi logo halal yang dikeluarkan oleh Jab. Agama Islam Selangor ( H-10), bagi logo halal yang dikeluarkan oleh Jab. Agama Islam Johor ( H- 01) dan begitulah seterusnya mengikut no. pendaftaran negeri-negeri.

Sumber : www.halal.gov.my

Jumaat, 9 April 2010

Penulisan Kertas Cadangan/Kertas Konsep

1. ISI KERTAS CADANGAN / KERTAS KONSEP

1.1 Tajuk

Tajuk kertas cadangan atau kertas konsep hendaklah ringkas dan dapat menerangkan perkara dibentangkan. Sekiranya sesuatu perkara pernah dipertimbangkan atau dibincangkan oleh mesyuarat, maka tajuk yang sama hendaklah digunakan.

1.2 Tujuan

Tujuan kertas cadangan atau konsep hendaklah ditumpukan kepada menerangkan tujuan kertas ini, contohnya:

1.2.1 “Tujuan kertas ini adalah untuk memohon ahli mesyuarat menimbang dan meluluskan cadangan bagi mengadakan kelas pemulihan di semua SK”.

1.3 Latar Belakang

Latar Belakang hendaklah mengandungi maklumat penting untuk menjelaskan secara ringkas tetapi padat perkara-perkara yang dikemukakan. Fakta mengenai sesuatu perkara hendaklah dimasukkan ke dalam latar belakang. Latar belakang hendaklah mengandungi :

1.3.1 rujukan kepada keputusan yang lepas sama ada dalam Mesyuarat Jemaah Menteri atau mesyuarat-mesyuarat lain atau jawatankuasa-jawatankuasa lain, jika ada mengenai perkara-perkara yang sama. Tarikh mesyuarat dan nama mesyuarat berkaitan juga perlu dinyatakan bagi tujuan pengesanan pelaksanaan.

1.3.2 Rujukan kepada peruntukan undang-undang yang berkenaan jika ada, mengenai perkara yang dikemukakan; dan

1.3.3 Sejarah ringkas atau asal usul sesuatu perkara;

1.4 Asas Pertimbangan

Asas pertimbangan hendaklah dinyatakan selengkapnya dan disokong dengan hujah yang kukuh. Perkara-perkara yang perlu diberi penekanan dalam asas pertimbangan adalah seperti berikut :

1.4.1 sebab-sebab atau justifikasi Sesuatu syor wajar diluluskan dan kika mengenai penggubalan atau pindaan sesuatu dasar atau undang-undang, nyatakan perhatian khusus perkara tersebut perlu dipinda;

1.4.2 faedah dan kebaikan yang akan diperoleh sama ada dari segi ekonomi, sosiual dan sebagainya; dan

1.4.3 masalah-masalah yang dapat diatasi dengan lulusnya sesuatu cadangan tersebut.

1.5 Implikasi

Implikasi yang dijangka apabila sesuatu syor atau cadangan diluluskan, sama ada implikasi pentadbiran, ekonomi, sosial, kewangan,keselamatan sebagainya hendaklah dijelaskan dengan lengkap. Ini adalah supaya perkara tersebut diambil perhatian dan langka awal boleh dirangka dan dipertimbangkanuntuk mengatasi atau mengurangkan masalah yang mungkin timbul. Jika pelaksanaan sesuatu cadangan atau konsep tidak menimbulkan implikasi, perlu dinaytakan sedemikan dib bawah tajuk kecil ini.

Jika sesuatu cadangan memerlukan peruntukan kewangan, nyatakan implikasi kos yang diperlukan suapau mendapat pertimbangan dan kelulusan Ahli Mesyuarat.

1.6 Kesimpulan

Kesimpulan hendaklah menggulung asas pertimbangan dan implikasi dalam kertas cadangan atau kertas konsep tersebut dengan memberi penekanan secara ringkas akan sebab-sebab utama, faedah-faedah penting yang akan diperoleh dan masalah yang dapat diatasi dengan lulusnya sesuatu cadangan atau konsep tersebut.

1.7 Ulasan

Ulasan dari bahagian-bahagian berkenaan hendaklah diperoleh jika perkara-perkara yang dikemukakan mempunyai implikasi seperti kewangan, perjawatan, perundangan dan sebagainya. Ulasan perlu dimasukkan sepenuhnhya dalam bentuk petikan.

1.8 Syor

Syor hendaklah selaras dengan Tujuan dan Kesimpulan dan dengan sendirinya menerangkan maksudnya. Syor hendaklah ditulis mengikut contoh seperti berikut :

1.8.1 “Ahli Mesyuarat adalah diminta menimbang dan meluluskan cadangan bagi mengadakan kelas pemulihan di semua SK”.



Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia

Kemahiran Menulis

Tajuk : Kemahiran Menulis

Peringkat untuk pelahiran & Kesalahan-kesalahan biasa dalam tulisan.
• Peringkat pramenulis (persediaan)
• Peringkat mendirikan asas
(peringkat mekanis)
• Peringkat untuk pelahiran

Peringkat Pramenulis
•Tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul.

•Pelajaran tulisan yang dirancang haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pramenulis yang berbentuk bebas.

Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut :
• Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan.
• Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna.
• Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.
• Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata.

Aktiviti-aktiviti Pramenulis

• Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan.
• Latihan mewarna dari kiri ke kanan atau sebaliknya.
• Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir atau di rumput tanpa menggunakan alat tulis.
• Latihan-latihan gerak jari dengan memainkan jari, menekannya, meramaskannya, menggoyangkan tangan, dan sebagainya.
• Latihan-latihan membentuk garisan lurus.
• Latihan membentuk corak-corak dan garisan lurus.
• Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat

Peringkat mendirikan asas(peringkat mekanis)
• Setelah latihan pramenulis, murid-murid boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan.
. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan.
• Setelah itu, barulah dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan.
• Ia harus bermula daripada garisan yang lebar hingga kepada lembaran satu garis.
• Latihan Menulis Terkawa Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal.
• Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua.

Akitiviti-aktiviti Peringkat Mendirikan Asas
• Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan.
• Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan.
• Memadam dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan bermakna.
Sa-ya a-da bu-ku.

• Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang kosong
Di m_na d_a ana_ ka_bing say_.
• Menyalin perkataan yang mudah.
tidur
• Menyalin ayat-ayat yang mudah.
Azwan suka tidur

Peringkat untuk pelahiran

• Setelah menguasai menulis mekanis, murid-murid patut digalakkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis.
• Cara-cara yang dicadangkan ialah berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong, melengkapkan ayat-ayat dan perenggan sehingga boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan.

Kesalahan-kesalahan biasa dalam tulisan

• Bentuk huruf buruk, tidak sama besar atau kecilnya.
• Jarak huruf atau perkataan tidak seimbang, begitu juga dengan kedudukannya, tegak dan condong.
• Tulisan kotor kerana terlalu banyak menggunakan getah pemadam.


CONTOH-CONTOH KESALAHAN BAHASA
• PELAJAR-PELAJAR Melayu di Negara Brunei Darussalam
• pada kebiasaannya menggunakan dialek Melayu
• Brunei untuk berinteraksi di antara satu dengan yang
• lain. Walaupun ketika di sekolah, mereka masih juga
• menggunakan dialek tersebut untuk berkomunikasi
• dengan guru mereka. Sehingga dialek tersebut
• mempengaruhi pembelajaran bahasa melayu mereka.

Rabu, 7 April 2010

LARAS BAHASA

4.1 Konsep Laras

v Laras bahasa

– gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa.
– variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi atau jenis bahasa yang ada pada tiap-tiap pengguna bahasa.

– Ure dan Ellis, 1977: jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan.

– Halliday, 1968: variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Laras berubah-ubah mengikut situasi. Apabila kita mengamati perlakuan bahasa yang wujud dalam berbagai-bagai konteks, kita dapati kelainan dan jenis-jenis bahasa yang digunakan disesuaikan dengan situasi yang berlainan.

v Jumlah laras seseorang itu menggambarkan keseluruhan pengalaman bahasanya dan peranan yang dimainkan olehnya dalam masyarakat. Semakin besar jumlah peranannya, semakin banyak laras bahasa yang dikuasainya.

v Jumlah laras yang wujud dalam masyarakat bahasa menggambarkan pengalaman bahasa masyarakat itu kerana kemunculan laras bahasa selari dengan kewujudan situasi-situasi penggunaan bahasa.

v Laras berubah selaras dengan perubahan sosial dan kebudayaan yang berlaku dalam masyarakat. Ferguson, 1968: satu ukuran bagi menentukan taraf kemajuan ialah menerusi jumlah laras yang wujud dalam bahasa berkenaan.

4.2 Ciri Laras Bahasa

v Ciri keperihalan
v Ciri linguistik

4.2.1 Ciri keperihalan

Ø Situasi luaran

ü Latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.

ü Ruang lingkup yang luas meliputi: struktur sosial dan keseluruhan cara hidup.

ü Laras bahasa Melayu lama hendaklah dikaitkan dengan situasi istana dan tradisi sastera lisan.

ü Laras ucapan rasmi hendaklah mengambil kira bentuk sapaan, teknik berucap, dan bentuk penutup ucapan yang sesuai.

Ø Situasi persekitaran

ü Aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa:
(i) Cara penyampaian
(ii) Hubungan sosial dan peribadi antara pengguna bahasa
(iii) Bahan yang diperkatakan
(iv) Fungsi sosial perlakuan bahasa.
4.2.2 Ciri linguistik

Ø Unsur-unsur sistem bahasa yang melibatkan aspek bunyi, perkataan, frasa, dan ayat. Tiap-tiap laras dapat dikenali melalui penggunaan ciri-ciri linguistik tertentu.

4.3 Jenis dan format laras

v Sesetengah laras mempunyai format tersendiri sekaligus membezakan laras berkenaan. Antara laras yang mempunyai format tersendiri ialah laras undang-undang (akta), laras ucapan, laras iklan (tender) dan laras laporan berita dalam akhbar.

v Laras-laras lain:
- laras sukan
- laras sains (kepelbagaian laras sains)
- laras sastera
- laras agama
- laras ekonomi
- laras undang-undang

Kesimpulan

Laras perlu dipelajari sebagai satu kemahiran. Laras dalam bahasa Melayu moden terutama laras formal dan rasmi merupakan laras khusus yang amat penting bagi mereka yang amat visible dari segi penggunaan bahasa.

Perkhemahan

Pengenalan

 Merupakan kemahiran asas yang perlu
dipelajari untuk menghadapi cabaran alam
semulajadi dalam kegiatan luar.
 Pengetahuan dalam kraf perkhemahan
adalah penting dan digunakan apabila
individu melakukan aktiviti perkhemahan
atau pengembaraan


Rasional

 Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan
berkeyakinan dalam menghadapi cabaran
alam semulajadi dan habitatnya
 Memupuk perasaan cinta terhadap alam
semulajadi dan mensyukuri ciptaanNya
 Mengamalkan nilai-nilai murni dan
menghayati keindahan flora dan fauna
yang terdapat di muka bumi

Objektif

 Mengalakkan masyarakat untukmengaplikasi kemahiran dan teknik krafperkhemahan dalam kegiatan luar
 Memahami habitat dan alam semulajadidan mengetahui cara untuk hidup apabilaberada di dalam hutan
 Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan cara yang sepatutnya

Jenis-jenis Kraf Perkhemahan

 Fire craft
 Ropes craft
 Woodcraft
 Tool craft
 Khemah
 Shelter (tempat berteduh)

Fire craft
 Api penting digunakan dalam kehidupan
seharian
 Selain itu, digunakan untuk membekalkan
cahaya, memanaskan suhu badan,
keselesaan, memasak dan sebagainya
 Api juga boleh merosakkan alam sekitar
jika disalahgunakan iaitu tanah menjadi


Membuat Unggun Api
 Kaedah “Fire Triangle” – bentuk huruf A
 Menggunakan 3 elemen iaitu:
 Haba, angin dan bahan bakar
 Bentukkan huruf‘A’ menggunakan
ranting kayu dengan bukaan huruf ‘A’
menghala arah angin
 Letakkan rabuk/bahan mudah
terbakar di dalam huruf ‘A’ dan
nyalakan api
 Kipas secara perlahan dan letakkan
lagi bahan bakar untuk menyalakan api

Selasa, 6 April 2010

Kesenian Melayu

Pengenalan

Kesenian orang Melayu adalah perihal keahlian orang Melayu dalam mengekspresikan idea-idea estetika sehingga menghasilkan benda, suasana, atau karya lainnya yang menimbulkan rasa indah dan mengagumkan. Kesenian ini diciptakan sendiri oleh masyarakat tersebut dan menjadi milik mereka secara bersama.

Kesenian telah menjadi sebahagian daripada unsur dalam kehidupan masyarakat Melayu yang merupakan kesepaduan antara keindahan dan kemanfaatan. Antara unsur-unsur budaya yang melahirkan kesenian ialah agama, kepercayaan, adat istiadat dan juga bahasa. Seni juga terkandung bentuk-bentuk yang menyenangkan, indah dan mengesankan.

Fungsi Seni

Dalam zaman sains dan teknologi, fungsi seni telah beruah dan meliputi amalan ritual agama hinggalah kepada pemikiran psikollogi manusia yang kompleks. Menurut Kamarudin Husin (1989:132), fungsi seni dapat dibahagikan seperti berikut
1) Objek hiburan
2)Unsur pendidikan
3)Upacara ritual dan agama
4)Integrasi dan tanda sosial dalam masyarakat
5)Perantaraan komunikasi

Jenis

Kesenian dapat dipecahkan kepada beberapa kategori. Menurut laman sesawang melayuonline seni boleh dpecahkan kepada
a) Seni Tari
b) Seni Muzik
c) Seni Tenun
d) Seni Ukir
e) Teater rakyat
f) Permainan rakyat
g) Seni lukis
h) Seni mempertahankan diri
i) Seni pertunjukan
j) Seni kerajinan

Manakala Masuri S.N pula membahagikan kesenian kepada beberapa pecahan iaitu
1) Seni suara
2) Seni kata
3) Seni rupa
4) Seni lakon
5) Seni tari

Isnin, 5 April 2010

Kadet Remaja Sekolah

SEJARAH KRS

Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pasukan ini pada mulanya dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA) Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar daripada tingkatan 1 dan 2.

Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan, selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020.
Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD-DEEN). Mulai tahun 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM.

Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah sekolah menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan; bernaung di bawah Kementerian Pendidikan telah dimulakan pada 10 Ogos 1993, dan satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid b. Wan Mohd Nordin, iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Tesis mengenai KPIM telah dibentangkan dalam pertemuan ini. Hasil daripada pertemuan tersebut, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet, dan jawatankuasa ini telah mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA-PUTERI ISLAM (KPIM).

Walau bagaimanapun, nama pasukan ini telah ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS). Sementara itu, taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-pengarah bahagian Kementerian Pendidikan yang telah diadakan pada bulan Oktober 1993 telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah yang membuka keahliannya kepada semua kaum sama ada lelaki atau perempuan.
Upacara Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharram 1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.
Pada bulan November-Disember tahun yang sama, seramai 300 orang guru telah dilatih sebagai jurulatih Kadet Remaja Sekolah peringkat negeri. Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah sebenarnya mempunyai keunikan konsep dan falsafahnya yang tersendiri yang membezakan pasukan ini dari pasukan-pasukan beruniform yang lain. Kegiatan yang dijalankan, digandingkan dengan unsur-unsur pengukuhan dan pemantapan jiwa dan rohani setiap anggota pasukan. Pelajar yang meanggotai pasukan ini bukan sahaja dibangunkan dari aspek jasmaninya melalui kegiatan kegiatan yang mencabar inteleknya melalui kegiatan-kegiatan kreatif, bahkan juga jiwa dan rohaninya melalui amalan-amalan langsung ibadah khusus dan umum.

OBJEKTIF KRS
1.Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.
2.Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.
3.Menangani masalah salah laku di kalangan para remaja seperti salah guna dadah, melepak dan juvana.
4.Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan para pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
5.Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara.
6.Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.
7.Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.

LAGU KRS
Kadet Remaja Sekolah
Menuju satu ikatan bersaudara,
Bersatu menjulang keamanan negara,
Menjayakan Iman dan Amal.


Marilah kita membina peribadi,
Menjadi insan yang kreatif,
Bersama kecemerlangan diri,
Sepanjang masa yang berterusan.

Remaja sambutlah cabaran,
Menjadi bangsa Malaysia,
Maju dan cemerlang remaja berwawasan,
Jangan kita lupa kepada pencipta,

Remaja hayati budaya,
Ilmu, Iman dan Amal,
Kekalkan di hati dan jiwamu,
Wawasan kadet remaja sekolah.

Warna Hijau Melambangkan:
a.Tunas muda / remaja yang masih boleh dibentuk
b. Laluan hidup yang jelas untuk masa hadapan
c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS

Cogan kata KRS "ILMU IMAN AMAL"
ILMU = Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS.IMAN = Keimanan yang mendalam merupakan pembinaan diri.AMAL = Penghayatan dan perlakuan gaya hidup yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin.

Khamis, 1 April 2010

Warga Emas

Pengenalan

Banyak faktor mendorong anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan atau membiarkan mereka bersendirian. Mereka memberi alasan tersendiri berbuat demikian walaupun ada yang mendakwa melakukannya demi kebaikan dan keselesaan ibu bapa. Ada anak yang mendakwa menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan bagi memastikan mereka mendapat layanan sempurna seperti makan dan minum terurus kerana anak sendiri tidak mempunyai banyak masa berbuat demikian.Tidak kurang anak yang menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan kerana tidak terdaya untuk merawat atau menjaga mereka yang sakit. Dengan menghantar ke rumah orang tua, masalah kesihatan ibu bapa akan dijaga dengan baik. Apa pun alasan mereka sama ada dengan niat baik atau sebaliknya, perbuatan itu tidak murni.

Punca Warga Tua Terbiar

Sifat individualisme dan mementingkan diri masyarakat kita di Malaysia. Tamadun manusia walau apa pun agamanya, meletakkan kedudukan yang tinggi kepada orang yang lebih tua, terutamanya kedua ibu-bapa. Tamadun itu semakin hari semakin ditelan arus pembangunan. Akibatnya anak-anak yang sudah berkeluarga bukan sahaja tidak lagi berminat tinggal dengan ibu bapa malah jumlah orang menghubungkaitkan di antara punca masalah sosial dengan cara penyelesaiannya.

Mengabaikan norma moral dalam penyelesaian masalah sosial. Memandangkan pelbagai masalah sosial yang timbul di negara barat, masyarakat harus mengekalkan nilai moral yang sedia ada tanpa terikut-ikut budaya barat. Nilai moral seperti menghormati orang tua merupakan suatu nilai luhur yang diamalkan oleh masyarakat kita. Kita mesti berpegang kepada nilai moral yang menjadi asas dalam menghuraikan permasalahan sosial seperti masalah warga tua terbiar dan lain-lain.

Banyak faktor menyebabkan orang tua diabaikan sehingga ada anak yang sanggup menghantar mereka ke rumah orang tua atau membiarkan mereka tinggal bersendirian. Kecacatan, nyanyuk, tidak bersefahaman di antara anak atau menantu dengan ibu bapa, kesibukan anak dengan tugas seharian dan masalah kewangan antara sebab berlakunya gejala ini dalam masyarakat hari ini.

Tidak sewajarnya kita meletakkan orang tua kita di rumah kebajikan kerana ia bermakna menderhaka dan mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak lebih-lebih lagi jika anak itu lelaki. Mereka juga memerlukan kasih sayang dan perhatian dari kita sepertimana kita memerlukan orang tua kita sewaktu kita masih kanak-kanak. Anak-anak harus bijak mengatur jadual harian untuk menggelakkan daripada meletakkan orang tua mereka di rumah kebajikan.

Seumpamanya jika orang tua mereka mempunyai anak yang ramai, mereka boleh bergilir-gilir menjaga orang tua mereka. Anak-anak mereka juga boleh menggajikan pembantu rumah untuk menjaga orang tua mereka jika mereka bertugas daripada menghantar orang tua mereka ke rumah kebajikan yang jauh dari pertalian keluarga. Bukankah perbelanjaan di rumah kebajikan tiada bezanya jika dibandingkan dengan menggajikan pembantu rumah? Dari satu aspek yang lain, punca pengabaian warga tua juga mungkin disebabkan oleh tindakan ibu bapa itu sendiri.

Pengabaian terhadap kedua ibu bapa juga mungkin disebabkan oleh pengalaman anak-anak itu sendiri di alam kanak-kanaknya. Mungkin semasa mereka kecil, kedua ibu bapa mereka bersifat bengis, suka mendera sama ada dari aspek fizikal atau mental, ditambah pula dengan kurangnya pendidikan agama. Maka, anak-anak akan bertindak balas dan menyimpan perasaan untuk membalas dendam terhadap kedua ibu bapanya yang dianggap kejam itu. Oleh itu, salah satu cara untuk memuaskan hati ialah dengan mengabaikan kebajikan dan kesihatan kedua ibu bapa mereka setelah ia uzur dan tidak berkeupayaan sebagaimana yang dialami oleh anak- anak mereka dulu. Perasaan dendam terhadap orang tua kita seharusnya diluputkan kerana pintu kemaafan itu terletak di telapak kaki ibu dan ayah.

TEKANAN DARAH TINGGI

Pengenalan

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam yang akan menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

Bacaan Tekanan Darah

Kategori Tekanan Darah Tinggi
Tekanan Darah Systolic(Angka bacaan di atas)mmHg
Tekanan Darah Diastolic(Angka bacaan di bawah)mmHg

Normal
< 120
And < 80

Pra Hypertensi
120- 139
or 80 – 89

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
140 - 159
or 90 – 99

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
> 160
or > 100

Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala?

Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan sama ada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.
Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.

Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?

Antara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi ialah:
1.Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga anda dan kerja anda.
2.Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi

Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?

90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala 10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.

Sebab yang tidak diketahui (90%)

Sebab sekunder (10%)
Penyakit buah pinggang
Penyakit sistem endokrin
Penyakit pembuluh darah

Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?

Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.

Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi

Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi ialah:
1.Cara hidup tidak aktif
2.Umur melebihi 35 tahun
3Merokok
4.Kegemukan
5.Paras kolesterol tinggi
6.Sejarah keluarga
7.Pengambilan alkohol yang berlebihan
8.Pengambilan garam yang tinggi

Tanda dan Gejala
Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakannya tidak mengalami sebarang gejala
Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya situasi tersebut berlaku pada waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana keadaan tersebut mungkin telah terlambat.

Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan. Di antara komplikasi/kesan akibat penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:
1. Otak
2. Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
3. Penyakit jantung seperti :
-Coronary Heart Disease
-Congestive Heart Failure
-Left Ventricular Hypertrophy
4.Komplikasi pada mata
5.Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
6.Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy
7.Komplikasi pada buah pinggang
8.Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).
9.Peripheral vascular disease seperti
-Aneurysm
-Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit Hypertensive/Darah Tinggi?
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat tanpa menggunakan ubatan
1.Perlu mengubah amalan cara hidup anda
2.Amalkan permakanan sihat
3.Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
4.Melakukan senaman berkala
5.Kurangkan berat badan jika berlebihan
6.Atasi tekanan secara berkesan
7.Berhenti merokok

Kategori tekanan darah normal/optima
Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat .
Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.

Pra Hypertensi
Amalkan gaya hidup sihat
Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
-Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
-Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
-Amalkan pemakanan sihat
-Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
-Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
-Kurangkan berat badan jika berlebihan
-Atasi tekanan secara berkesan
-Berhenti merokok
-Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
-Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan
Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat.
-Amalkan gaya hidup sihat
-Berhenti merokok
-Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
-Pengesanan komplikasi terutamanya :
-Jantung
-Ginjal
-Mata
-Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

PROGRAM LINUS



PROGRAM LINUS
National Key Results Areas (NKRA’s)
Menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan menguasai asas
literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah
menjelang 2012

NKRA’S
1.Pra sekolah
2.Tawaran Baru
3.LINUS
4.Sekolah Berprestasi Tinggi

Setiap murid berkeupayaan menguasai asas literasi
dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.

LINUS is an acronym for Literacy and Numeracy Screening
LINUS is a remedial programme designed to ensure students acquire basic literacy (Bahasa Malaysia) and numeracy skills at the end of 3 years of primary education

LINUS is targeted at students who have difficulties in 3Rs
i.e. Reading, wRiting and aRithmetic

LITERASI
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian”

Kemahiran :
1.Membaca
2.Menulis
3.Memahami perkataan
4.Ayat tunggal
5.Ayat majmuk mudah
6.Aplikasi pengetahuan dalam pembelajaran dan komunikasi harian



Tahun 1 :
Menguasai dan memahami minimum 500 patah perkataan, membaca , menulis dan memahami ayat tunggal

Tahun 2 :
Menguasai dan memahami minimum 800 patah perkataan,membaca , menulis dan memahami ayat tunggal, dan ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung ‘dan’

Tahun 3 :
Menguasai dan memahami minimum 1000 patah perkataan,membaca , menulis dan memahami ayat tunggal, dan ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung ‘dan’ dalam perenggan pendek.