Isnin, 12 April 2010

Satus Makanan Halal

Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam JAKIM telah dipertanggungjawabkan sebagai institusi kerajaan yang mengeluarkan sijil pengesahan halal dan logo halal untuk pihak industri yang terlibat dengan industri pengeluaran makanan, minuman, barangan gunaan, rumah sembelih dan premis makanan. Bahagian ini juga bertanggungjawab menjalankan pemantauan ke atas setiap pemegang sijil pengesahan halal JAKIM agar sentiasa mematuhi piawaian halal yang telah ditetapkan.

Namun begitu status makanan halal di Malaysia masih lagi diperkatakan dari semasa ke semasa. Adakalanya satus 'halal' itu dipersendakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam usaha menjatuhkan kredibiliti umat Islam. Hal ini amat mengelirukan pengguna-pengguna Islam yang rata-ratanya kurang peka terhadap kesan pemakanan terhadap tumbesaran tubuh dan perkembangan minda. Sebagai pengguna kita perlu meneliti logo halal yang disediakan oleh Jakim.

Logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM adalah berbentuk bulat terdapat perkataan Malaysia dalam huruf rumi dan jawi disekeliling bulatan manakala di tengah bulatan terdapat perkataan halal jawi dan rumi. Bagi logo halal yang dikeluarkan oleh Jab. Agama Islam Negeri, logo yang sama tetapi terdapat perbezaan di bawah perkataan halal tulisan rumi iaitu terdapat kolum bertulis H - diikuti oleh no. pendaftaran mengikut negeri sebagai contoh bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur H -14, bagi logo halal yang dikeluarkan oleh Jab. Agama Islam Selangor ( H-10), bagi logo halal yang dikeluarkan oleh Jab. Agama Islam Johor ( H- 01) dan begitulah seterusnya mengikut no. pendaftaran negeri-negeri.

Sumber : www.halal.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan