Ahad, 25 April 2010

Pemakanan Yang SIhat


Nikmatilah Pelbagai Jenis Makanan


Makanan yang berlainan membekalkan kombinasi tenaga (kalori)
dan nutrien (seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral
dan gentian) yang berbeza. Memakan pelbagai jenis makanan
adalah cara yang terbaik untuk memenuhi keperluan tenaga dan
nutrien anda untuk membesar, berkembang, bergerak, bekerja,
bermain, berfikir dan belajar.


Kepelbagaian boleh dicapai dengan mengambil diet yang
menggabungkan kesemua kumpulan makanan dalam Piramid
Makanan . Di dalam setiap kumpulan
makanan, pelbagaikan jenis makanan yang diambil.
Makanan yang diambil seharian sepatutnya dipilih lebih banyak
daripada paras Piramid yang paling bawah, manakala paling
sedikit daripada puncak Piramid. Hal ini membantu menjaminkan
keseimbangan dalam pemakanan anda.


Kesederhanaan harus diutamakan untuk mengelakkan daripada
makan terlampau banyak. Panduan Piramid Makanan menyarankan
jumlah (atau hidangan) yang boleh dimakan dari setiap
kumpulan makanan setiap hari untuk individu yang normal dan sihat.


MAKAN MENGIKUT KEPERLUAN ANDA


Keperluan nutrien dan kalori setiap individu adalah berbeza
mengikut umur dan paras aktiviti fizikal mereka. Misalnya,
kanak-kanak membesar, remaja dan wanita memerlukan
lebih banyak kalsium untuk membina tulang yang sihat.
Kanak-kanak kecil, gadis dan wanita pada peringkat
reproduktif, harus mengambil cukup makanan yang kaya
zat besi, seperti daging tanpa lemak, telur dan produk bijirin
sepenuh untuk memenuhi keperluan zat besi mereka.


Kekalkan Berat Badan Yang Sihat

Dengan mengekalkan berat badan yang sihat, anda boleh mengelakkan masalah kesihatan dan akan kelihatan lebih menarik. Sebaliknya, jika anda terlalu kurus atau terlalu gemuk, risiko anda mendapat masalah kesihatan akan meningkat.


ADAKAH BERAT BADAN ANDA SIHAT?(Untuk dewasa berumur 18 tahun ke atas)


1. Kira Indeks Jisim Tubuh (IJT) anda

2. Bandingkan IJT anda dengan nilai di dalam jadual di bawah untuk melihat penjelasannya.

3. Masalah berat badan berlebihan atau obes (mempunyaiIJT yang tinggi) meningkatkan risiko anda terhadap penyakit jantung koronari, strok, diabetes,tekanan darah tinggi dan sesetengah jenis kanser(terutamanya kanser hempedu, kanser ovari dan kanser payudara).

Keadaan ini juga memburukkan masalahartritis dan pernafasan.

4. Jika IJT anda berada dalam julat yang sihat, tetapi mempunyai ukuran pinggang lebih daripada punggung,anda masih berisiko tinggi menghidapi penyakit penyakit kronik. Nisbah pinggang-punggung yang lebih daripada 1.0 (untuk lelaki) atau lebih daripada 0.85 (untuk wanita) adalah kurang sihat.


MENGAWAL BERAT BADAN BERLEBIHAN


Mengurangkan berat badan anda sebanyak 5% hingga 10% boleh mengurangkan risiko kesihatan anda dengan ketara.Dalam kebanyakan kes, kelebihan berat badan atau keadaan obes berpunca daripada pengambilan kalori berlebihan dan kekuranganaktiviti fizikal. Anda boleh mengurangkan berat badan dengan meningkatkan aktiviti fizikal dan mengurangkan pengambilan makanan anda. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil:


• Tetapkan matlamat untuk mengurangkan tidak lebih daripada0.5 hingga 1 kg seminggu.

• Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20-30minit setiap kali.– Pergi berjoging, berenang, berbasikal atau berjalan dengan pantas.– Mainlah sukan rekreasi.– Mainlah golf (tanpa menggunakan ‘buggy’)

• Ikuti kehidupan yang lebih aktif– Gunakan tangga daripada menggunakan lif atau eskulator.– Biasakan berjalan kaki untuk jarak yang dekat daripada memandu.– Cucilah kereta anda sendiri, berkemas dan bersihkan rumah,berkebun atau memotong rumput di rumah.

• Awasilah apa yang anda makan– Kurangkan pengambilan makanan dan snek yang tinggi lemak dan kalori.– Elakkan daripada makan terlalu banyak, makan sedikit-sedikittetapi kerap dan makan pada masa yang tidak menentu.– Elakkan diet mengurangkan berat badan yang terlalu menghadkan pengambilan kalori dan zat-zat lain.– Cuba mengurangkan berat badan dengan memaksa dirimemuntah atau menggunakan laksatif atau diuretik adalah membahayakan.


Sumber : Persatuan Pemakanan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan