Jumaat, 9 April 2010

Penulisan Kertas Cadangan/Kertas Konsep

1. ISI KERTAS CADANGAN / KERTAS KONSEP

1.1 Tajuk

Tajuk kertas cadangan atau kertas konsep hendaklah ringkas dan dapat menerangkan perkara dibentangkan. Sekiranya sesuatu perkara pernah dipertimbangkan atau dibincangkan oleh mesyuarat, maka tajuk yang sama hendaklah digunakan.

1.2 Tujuan

Tujuan kertas cadangan atau konsep hendaklah ditumpukan kepada menerangkan tujuan kertas ini, contohnya:

1.2.1 “Tujuan kertas ini adalah untuk memohon ahli mesyuarat menimbang dan meluluskan cadangan bagi mengadakan kelas pemulihan di semua SK”.

1.3 Latar Belakang

Latar Belakang hendaklah mengandungi maklumat penting untuk menjelaskan secara ringkas tetapi padat perkara-perkara yang dikemukakan. Fakta mengenai sesuatu perkara hendaklah dimasukkan ke dalam latar belakang. Latar belakang hendaklah mengandungi :

1.3.1 rujukan kepada keputusan yang lepas sama ada dalam Mesyuarat Jemaah Menteri atau mesyuarat-mesyuarat lain atau jawatankuasa-jawatankuasa lain, jika ada mengenai perkara-perkara yang sama. Tarikh mesyuarat dan nama mesyuarat berkaitan juga perlu dinyatakan bagi tujuan pengesanan pelaksanaan.

1.3.2 Rujukan kepada peruntukan undang-undang yang berkenaan jika ada, mengenai perkara yang dikemukakan; dan

1.3.3 Sejarah ringkas atau asal usul sesuatu perkara;

1.4 Asas Pertimbangan

Asas pertimbangan hendaklah dinyatakan selengkapnya dan disokong dengan hujah yang kukuh. Perkara-perkara yang perlu diberi penekanan dalam asas pertimbangan adalah seperti berikut :

1.4.1 sebab-sebab atau justifikasi Sesuatu syor wajar diluluskan dan kika mengenai penggubalan atau pindaan sesuatu dasar atau undang-undang, nyatakan perhatian khusus perkara tersebut perlu dipinda;

1.4.2 faedah dan kebaikan yang akan diperoleh sama ada dari segi ekonomi, sosiual dan sebagainya; dan

1.4.3 masalah-masalah yang dapat diatasi dengan lulusnya sesuatu cadangan tersebut.

1.5 Implikasi

Implikasi yang dijangka apabila sesuatu syor atau cadangan diluluskan, sama ada implikasi pentadbiran, ekonomi, sosial, kewangan,keselamatan sebagainya hendaklah dijelaskan dengan lengkap. Ini adalah supaya perkara tersebut diambil perhatian dan langka awal boleh dirangka dan dipertimbangkanuntuk mengatasi atau mengurangkan masalah yang mungkin timbul. Jika pelaksanaan sesuatu cadangan atau konsep tidak menimbulkan implikasi, perlu dinaytakan sedemikan dib bawah tajuk kecil ini.

Jika sesuatu cadangan memerlukan peruntukan kewangan, nyatakan implikasi kos yang diperlukan suapau mendapat pertimbangan dan kelulusan Ahli Mesyuarat.

1.6 Kesimpulan

Kesimpulan hendaklah menggulung asas pertimbangan dan implikasi dalam kertas cadangan atau kertas konsep tersebut dengan memberi penekanan secara ringkas akan sebab-sebab utama, faedah-faedah penting yang akan diperoleh dan masalah yang dapat diatasi dengan lulusnya sesuatu cadangan atau konsep tersebut.

1.7 Ulasan

Ulasan dari bahagian-bahagian berkenaan hendaklah diperoleh jika perkara-perkara yang dikemukakan mempunyai implikasi seperti kewangan, perjawatan, perundangan dan sebagainya. Ulasan perlu dimasukkan sepenuhnhya dalam bentuk petikan.

1.8 Syor

Syor hendaklah selaras dengan Tujuan dan Kesimpulan dan dengan sendirinya menerangkan maksudnya. Syor hendaklah ditulis mengikut contoh seperti berikut :

1.8.1 “Ahli Mesyuarat adalah diminta menimbang dan meluluskan cadangan bagi mengadakan kelas pemulihan di semua SK”.



Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan