Sabtu, 8 Mei 2010

Masalah Disleksia : Guru Perlu Peka

Pengenalan
Istilah ini diambil daripada dua perkataan Yunani “DYS”(sukar) dan “LEXIA” (tulisan), bererti ‘kesukaran terhadap perkataan’.
Orang disleksia bermasalah dalam pembelajaran bahasa seperti penambahan , pengguguran, pengulangan,penggantian,kesalahan sebutan, dan lain-lain.
Susah menguasai kemahiran membaca dan menulis, tetapi memiliki bakat, kepintaran, atau kecerdasan yang lain.
Mereka lazimnya cenderung menggunakan otak kanan. Cara berfikir dan belajar mereka juga berlainan.
Hal ini disebabkan oleh perbezaan dalam cara otak memproses maklumat - terutama sekali berkenaan dengan bunyi, simbol dan makna.
10-15% mengalami masalah tahap ringan manakala 4% mengalami masalah yang teruk.
Lebih ramai kanak - kanak lelaki mengalami disleksia berbanding perempuan dengan nisbah 3:1. Melibatkan campuran beberapa kesukaran yang berhubungkait.

Mengenalpasti kanak-kanak disleksia
• Dapat dikenalpasti melalui pelbagai jenis ujian diagnostik piawai.
• Instrumen Semak Disleksia (ISD), iaitu mekanisme ujian saringan bagi mengenal pasti kebarangkalian kanak – kanak mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia.
• Boleh dikenalpasti melalui pemerhatian yang teliti dan interaksi dengan kanak - kanak.
• Tidak kelihatan dari sifat fizikal.
• Satu petunjuk tidak mencukupi kerana petunjuk adalah tanda, bukannya bukti.
• Pemeriksaan perubatan perlu untuk mengenalpasti tidak ada masalah kurang upaya lain.
• Kita tidak dapat ‘merawat’ disleksia tetapi kita tidak boleh mengubah cara otak berfungsi.
• Kaedah pengajaran yang sesuai boleh membantu .
• Kebanyakan kanak-kanak disleksia boleh belajar membaca dan menulis dengan memuaskan.

Masalah kanak-kanak disleksia
• Cantuman kesukaran berbeza – cth:- kekeliruan bunyi, susah mengingati turutan, lemah kemahiran kawalan otot.
• Lemah daya ingatan dan @ atau kemahiran susunan.
• Tidak pasti / sering keliru dengan abjad - abjad seperti ‘b’& ‘d’, ‘p’& ‘q’, ‘n’& ‘u’.
• Membaca perkataan terbalik seperti “saw” menjadi “was”, “itu” menjadi “uti”.
• Kemajuan pertuturan yang lambat kerana susah faham dan / atau ingat arahan.
• Lemah kemahiran gerakan kasar, cth. sentiasa melanggar barang sekitar, sukar membaling atau menangkap bola.
• Menulis perkataan / huruf dengan terbalik atau salah.Misalnya ‘b’ ditulis ‘d’ dan bila mengeja perkataan ‘play’ menjadi ‘paly’, ‘left’ menjadi ‘felt’, ‘gajah’ menjadi ‘jagah’.
• Tertinggal huruf semasa menulis.
• Tidak dapat memahami hubungkait di antara huruf dan bunyi.
• Tulisan cakar ayam, saiz huruf yang ditulis tidak konsisten dan tiada ruang pemisah di antara 1 perkataan dengan perkataan yang lain.
• Ayat - ayat ditulis bercantum dan tidak dijarakkan.
• Tidak dapat menyalin dengan tepat dari papan tulis dan sering membuat kesilapan bila menulis.
• Menulis dengan amat perlahan.
• Dari aspek pertuturan pula biasanya sebutan tidak jelas.
• Menyampaikan sesuatu perkara / menceritakan sesuatu kejadian tidak mengikut urutan.
• Ayat - ayat yang digunakan tidak tersusun dan sering terbalik menyebabkan orang yang mendengar tidak memahami maksud sebenar ayat itu.
• Lemah kemahiran gerakan halus, cth. memegang alat tulis atau menggunting
• Tiada tangan yang dominan.
• Sukar mengesan perkataan berirama.
• Sukar bertepuk mengikut irama.
• Sering lupa perkataan yang telah dipelajari.

Bersambung........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan