Sabtu, 3 Julai 2010

TAKRIF BAHASA

ž Bahasa ialah suatu sistem lambang bunyi suara yang arbitrari yang digunakan oleh anggota sesuatu kelompok manusia untuk berhubungan.

ž Bunyi suara ini disebut bunyi bahasa.

ž Bunyi-bunyi bahasa dilahirkan manusia dengan dengan alat-alat pertuturannya dan digabungkan untuk membentukkan kata.

ž Contohnya: perkataan rumah terdiri daripada lima bunyi:

[r], [u], [m], [a], [h].

ž Kombinasi bunyi-bunyi ini menghasilkan [rumah].

ž Apabila bunyi-bunyi itu membezakan erti, misalnya [rumah] berbeza dengan [ramah], maka sifat pembeza bunyi [u] dan [a] itu disebut fonem dan fonem-fonem tersebut dapat diberi lambang /u/ dan /a/. Kata yang terhasil daripada fonem-fonem itu mempunyai makna.

ž Anda mungkin bertanya: dari mana datangnya makna kata itu?

ž Makna sesuatu kata itu ditentukan oleh masyarakat pengguna bahasa yang didalamnya terkandung kata itu tetapi penentuan itu dibuat sewenang-wenangnya menurut persetujuan anggota masyarakat.

ž Kata rumah misalnya mempunyai maknanya yang kita fahami sekarang kerana masyarakat Melayu, iaitu masyarakat yang di dalam bahasanya terdapat kata itu, telah bersetuju, sungguhpun dengan tidak disedari, memberikan makna itu kepadanya.

ž Kalau masyarakat Melayu memberi kata itu makna yang sekarang ini diberikan kepada kata harimau, maka ia akan bermakna ‘harimau’.

ž Bahawa penentuan makna kata ini dibuat oleh anggota-anggota masyarakat penutur bahasa itu secara sewenang-wenangnya terbukti daripada kenyataan bahawa ada kata yang mempunyai lebih daripada satu makna, misalnya kata haus;dan ada pula beberapa kata yang mempunyai makna yang sama, misalnya tendang dan sepak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan