Ahad, 19 September 2010

Pembelajaran Berpusatkan Murid


Pengenalan
-Memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran (murid sebagai individu).
-Memberi pilihan kepada murid (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari).
-Mewujudkan kolaborasi ( membina pengetahuan dan persekitaran positif ), terlibat dalam penilaian berterusan.

-Sikap guru yang mendengar pandangan murid dan melibatkan murid untuk merancang.


Ciri-ciri pembelajaran berpusatkan murid
-Murid bertanggungjawab atas pembelajarannya. Melibatkan murid secara terus dan dalam menemui pengetahuan.

-Menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baru yang mendalam.

-Pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial.

-Menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran.


-Menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai resos.

Tujuan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.
(1)Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat murid serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
(2)Memberikan peluang kepada murid untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas.
(3)Melibatkan murid dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan muridr.
(4)Memberi murid kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran.
(5)Mewujudkan prosedur pemantauan agar murid bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh mereka.
(6)Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan