Isnin, 25 Oktober 2010
Sinar Cahaya Ayat Kursi
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah di sekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat....'
'Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu'
Subhanallah. ...
Ahad, 24 Oktober 2010
Kepentingan Berselawat
Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Apakah rahsianya selawat itu?
Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tidak seronoklah berselawat apabila kita
tidak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, pagi ini kita akan membincangkan tentang
keajaiban selawat.
1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (Hadis Riwayat Muslim.)
2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.
25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Hadis Riwayat Abu Naim.
30. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - Hadis Riwayat Thabrani
Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu,
marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah
s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di
akhirat, insya-Allah.
Khamis, 21 Oktober 2010
Antara mak dan pasangan
-Bila seronok, aku cari....pasanganku
-Bila sedih, aku cari....Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu... Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
-Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......
-Tapi kalau Mak sudah tiada....... ...
-MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya...... .
-berapa ramai yang sanggup..... .. membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
-"Jika kamu menyayangi ibumu, sebarkanlah bahan ini kepada sahabat- sahabat anda.
-§ 1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
-§ 2-4 orang : Kamu sayang ibumu
-§ 5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
-§ 10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu
Didik Anak Sebelum Tidur
1. Bersihkan diri sebelum tidur.
i. Gosok gigi dan mengambil wuduk.
ii. Ingatkan anak supaya membaca doa dan ayat-ayat Al-Qur'an sebelum tidur.
iii. Baca doa sebelum tidur.
( بِْاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَحْيَاوَاَمُوتُ )
iv. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas.
( Sapu ke seluruh tubuh hingga ke bawah ).
2. Cium ubun-ubunnya sebelum tidur dan hembuskan doa-doa terbaik untuk kebaikan si anak.
Diantara doa-doanya ialah :
Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".
Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; dia memberi rezki kepada yang di kehendaki-Nya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
"Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh."
KAEDAH MENGEJUT ANAK BANGUN DARI TIDUR
Ibu-Ibu, bapa-bapa serta saudara-saudari seislamku..
Ingatlah,
Setiap Insan pasti mahu memulakan harinya dengan ceria dan bersemangat. Jika bangun pagi sudah dimulai dengan perkara kurang baik, ditakuti ia akan merosakkan mood sepanjang hari.
Sebelum tidur, pasti kebanyakan individu menyimpan cita-cita untuk masa depan, mengenangkan peristiwa lalu serta memikirkan perkara yang akan dilakukan pada keesokkan harinya.
Ingatlah wahai saudara-saudariku...
Cuba kita ingat dan kenang kembali bagaimana ibu mengejutkan kita bangun pagi setiap hari untuk ke sekolah serta hari-hari cuti. Namun apabila besar dan mula ke sekolah menengah kita sudah pandai mengunci jam sendiri untuk bangun pagi ke sekolah dan sebagainya.
Sedang kita lena enak dibuai mimpi, tiba-tiba kita dikejutkan dengan kasar atau perkataan yang menyakitkan telinga yang mendengar serta menyakitkan hati, sudah pasti hati berasa sangat marah. Apabila sudah dewasa dan berkeluarga, bagaimana pula kita mengejutkan anak-anak bangun dari tidur..?
Kadang-kala ibu berasa letih dan marah apabila anak yang dikejut berkali-kali tidak juga bangun dari tidurnya. Sudah digerakkan supaya bangun, tetapi masih juga mengalihkan tubuhnya ke posisi lain untuk menyambung tidurnya. Apabila dikejutkan sekali lagi, ia mendengus kerana marah diganggu.
Ibu dan bapa yang dirahmati Allah sekalian...,
Kejutlah anak kita dengan penuh kasih-sayang, bukan menjerit dan menggegarkan tubuh si anak dengan kasar.Ini akan membuatkan si anak bertambah malas untuk bangun daripada tidur akibat sikap ibu yang suka menjerit atau menggunakan kekerasan semasa mengejut si anak.
Biasanya kita menyuruh si anak segera bangun daripada tidur, sedangkan ada masanya anak mahu bermalas-malasan seketika sebelum bangun daripada tidur.
Sesungguhnya,kata-kata yang baik akan membuat si anak berasa bersemangat untuk bangun daripada tidur.
Jika si anak jenis yang liat bangun tidur, maka usahakanlah membelainya dengan kata-kata lembut dan mengusapnya. Dia akan merasa bahagia dan tahu dirinya disayangi .
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Ingat..!
jangan lupa baca doa bangun daripada tidur.
Jika tidak berjaya mengejutkan anak dengan belaian dan kata-kata lembut, cubalah gerakkan tangan dan kakinya seolah-olah sedang bersenam. Anak yang masih mengantuk juga akan cepat tersedar apabila ibu atau bapa mengejutkannya dengan cara membuat kelakar atau bergurau. Ketika masih mengantuk,dia mungkin akan ketawa apabila mendengar gurauan ibu bapanya , dan akan memulakan paginya dengan perasaan ceria dan bahagia.
Sebaliknya ,cara kekerasan seperti meleteri,merentap kain selimut dan menarik telinga si anak untuk mengejutkannya daripada tidur, hanya akan menyebabkan si anak merasa malas dan tertekan bangun daripada tidur.
Tidak kira samada anak tidur pada waktu pagi, tengahari atau malam, seharusnya ibu dan bapa menggunakan pendekatan baik untuk mengejutkan anak. Perkataan kasar atau kesat akan menyebabkan anak merasa jauh hatinya.
Jika cara kekerasan di gunakan dalam mengejutkan anak daripada tidur, bimbang ia akan merosakkan personaliti si anak. Emosi anak juga akan terganggu dan tidak menentu serta merasakan suatu seksaan untuk bangun daripada tidur setiap hari.
Tidak dinafikan, ada si anak yang mempunyai tabiat bangun pagi dengan merengek atau sering saja buat hal, Namun seharusnya kasih sayang dimanfaatkan bagi memujuk si kecil bangun daripada tidur.
SEMOGA GENERASI-GENERASI SEISLAMKU ADALAH GENERASI YANG CEMERLANG DI DUNIA & AKHIRAT.
AMIN.....
Isnin, 18 Oktober 2010
Senyum...senyum..senyum...
Kta sedia maklum bahawa senyum mempunyai hubungan erat dengan karektor seseorang, serta dapat dikaitkan dengan perasaan hati, kondisi jiwa dan mood.
Senyum juga dapat mempengaruhi kesihatan, mengurangkan stres dan mampu menjadi daya tarikan. Dipercaya bahawa senyum sebagai salah satu jalan jika ingin awet muda.
Berdasarkan kajian dan pemerhatian senyum diketahui mempunyai manfaat untuk kesihatan, antaranya :
- Senyum membuat kita lebih menarik. Kita akan selalu tertarik pada orang yang selalu tersenyum. Orang yang selalu tersenyum punya daya tarik tersendiri. Wajah yang berkerut, cemberut, membuat orang menjauh dari kita , tetapi sebaliknya senyuman dapat membuat mereka tertarik.
- Senyum mengubah mood kita. Ketika kita merasa jatuh atau “down” cubalah untuk tersenyum. Mungkin saja mood kita akan berubah menjadi lebih baik.
- Senyum dapat merangsang orang lain tersenyum. Ketika seseorang tersenyum maka senyum tersebut akan membuat suasana menjadi lebih cerah dan ceria, mengubah mood orang lain yang ada disekitarnya dan membuat semua orang menjadi senang gembira dan. Orang yang suka tersenyum membawa kebahagiaan buat orang yang ada di sekitarnya. Seringlah tersenyum maka anda akan disukai oleh banyak orang.
- Senyum dapat mengurangi stres. Stres secara nyata dapat muncul di wajah anda. Senyum membantu mencegah kesan bahawa kita sebenarnya sedang kepenatan atau merasa “down”. Jika anda sedang stres cubalah untuk tersenyum, maka stres anda akan berkurang dan anda akan merasa lebih baik untuk membuat langkah selanjutnya.
- Senyum meningkatkan sistem imun (kekebalan) tubuh anda. Senyum dapat membantu kerja imun tubuh agar dapat bekerja dengan baik. Ketika anda tersenyum, fungsi imun meningkatkan kemungkinan anda menjadi lebih rileks.
- Senyum menurunkan tekanan darah anda. Ketika anda tersenyum, maka tekanan darah anda akan menurun. Jika anda tak percaya, anda boleh mencubanya sendiri, jika anda memiliki alat pengukur tekanan darah di rumah anda.
- Senyum mengeluarkan endorphins (pereda rasa sakit secara alami) dan serotonin. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa senyum dapat merangsang pengeluaran endorphin, pereda rasa sakit yang alami, serta serotonin. Senyum memang ubat yang alam dan semulajadii.
- Senyum dapat melenturkan kulit wajah dan membuat anda terlihat lebih muda. Otot-otot yang digunakan untuk tersenyum ikut membuat anda terlihat lebih muda. Jika anda ingin sesuatu yang berlainan, maka berikan senyum anda sepanjang hari, maka anda akan terlihat lebih muda dan merasa lebih baik.
- Senyum membuat anda tampak sukses. Orang yang tersenyum terlihat lebih percaya diri dalam menjalani hidupnya. Cubalah tersenyum saat anda melakukan pertemuan dan saat ada temujanji. Rakan-rakan kerja, sahabat, orang-orang terdekat anda akan merasakan sesuatu kelainan yang nyata pada diri anda.
- Senyum membuat anda tetap positif. Senyumlah! Lalu sekarang cubalah berpikir sesuatu yang negatif tanpa berhenti tersenyum. Sulitkan? Kerana ketika anda tersenyum maka senyum tersebut akan mengirimkan singnal ke tubuh anda bahawa “hidup anda saat ini baik-baik saja”.
Maka jauhkan diri anda dari depresi, stres dan rasa khuatir dengan satu kata iaitu “senyum”, tentu saja dengan memberikan senyuman pada tempat dan suasana yang tepat. Jika berlebihan, maka orang lain akan menganggap anda kurang waras. Satu hal lagi kerana dengan tersenyum anda mendapatkan satu nilai sedekah.
Khamis, 14 Oktober 2010
A Mirror or a 2-Way Glass?
How can you tell when you are in a room, restroom,motel etc. with a mirror or a 2-way glass?
Here's how: I thought it was quite interesting! And I
know in about 30 seconds you're going to do what I did
and find the nearest mirror.
Do you know how to determine if a mirror is 2-way or
not? A policewoman who travels all over the US and
gives seminars and techniques for businesswomen passed
this on.
When we visit toilets, bathrooms, hotel rooms,
changing rooms, etc., how many of you know for sure
that the seemingly ordinary mirror hanging on the wall
is a real mirror, or actually a 2-way mirror (i.e.,they can see you, but you can't see them)? There have
been many cases of people installing 2-way mirrors in
female changing rooms It is very difficult to positively identify the surface by looking at it.
So, how do we determine with any amount of certainty
what type of mirror we are looking at?
Just conduct this simple test: Place the tip of your
fingernail against the reflective surface and if there
is a GAP between your fingernail and the image of the
nail, then it is GENUINE mirror. However, if your
fingernail DIRECTLY TOUCHES the image of your nail,then BEWARE! IT IS A 2-WAY MIRROR!
"No Space, Leave the Place" So remember, every time
you see a mirror, do the "fingernail test." It doesn't
cost you anything.
REMEMBER. No Space, Leave the Place:
Ladies: Share this with your girlfriends, sisters,
daughters, etc.
Men: Share this with your wives, daughters,
daughters-in-law, mothers, girlfriends and/or friends.
Ahad, 10 Oktober 2010
The Nine Habits of Highly Healthy People
by Jonny Bowden
For years, business and motivational gurus have known that there are basic habits that seem to predict professional success and excellence. Books like "The Seven Habits of Highly Effective People", by motivational speaker and business guru Stephen Covey, PhD has sold over 15 million copies alone, to people hungry for the secrets of success.
We don't yet have the perfect formula for long life, happiness and physical health, but a little careful distillation of the massive amount of research on health and longevity reveals that cultivating nine basic habits will significantly increase the odds of your living long, well and happily, in a robust, healthy, weight-appropriate body.
1. Eat your vegetables. No kidding. And I'm talking at least 9 servings a day.. Unless you're following the most stringent first stage of the Atkins Diet, you should be able to consume 60-120 grams of carbs a day (depending on your weight and exercise level), and you'd have to eat a stockyard full of spinach to get to that amount. Every major study of long-lived, healthy people shows that they eat a ton of plant foods. Nothing delivers antioxidants, fiber, flavonoids, indoles, and the entire pharmacopia of disease fighting phytochemicals like stuff that grows.
2. Eat fish and/or take fish oil. The Omega-3's found in cold-water fish like salmon deserve the title of "wellness molecule of the century". They lower the risk of heart disease, they lower blood pressure, they improve mood and they're good for the brain. And if you're pregnant, they may make your kid smarter!
3. Connect. And I'm not talking about the Internet. In virtually every study of people who are healthy and happy into their 9th and 10th decade, social connections are one of the "prime movers" in their life. Whether church, family, volunteer work or community, finding something you care about that's bigger than you that you can connect with and that involves other people (or animals) will extend your life, increase your energy, and make you happier. Only always.
4. Get some sun. At least 10-15 minutes three times a week. Interestingly, a recent study of four places in the globe where people lived the longest and were the healthiest noted that all four places were in sunny climates. Sun improves your mood and boosts levels of cancer-fighting, performance-enhancing, bone-strengthening vitamin D, a vitamin most people don't get nearly enough of.
5. Sleep Well. If you're low in energy, gaining weight, grumpy and looking haggard, guess what?- chances are you're not sleeping nearly long enough nor well enough. By sleeping "well", I mean uninterrupted sleep, in the dark, without the television on, in a relaxing environment. Nothing nourishes, replenishes and restarts the system like 7-9 hours sleep. Hint: start by going to bed an hour early. And if you've got a computer in the bedroom, banish it.
6. Exercise every day. Forget this 20 minutes three times a week stuff. Long lived people are doing things like farm chores at 4:30 in the morning! Our Paleolithic ancestors traveled an average of 20 miles per day. Our bodies were designed to move on a regular basis. New studies show that merely 30 minutes a day of walking not only reduces the risk of most serious diseases, but can even grow new brain cells!
7. Practise Gratitude. By making a list of things you're grateful for, you focus the brain on positive energy. Gratitude is incompatable with anger and stress. Practise using your under-utilized "right brain" and spread some love. Focusing on what you're grateful for - even for five minutes a day - has the added benefit of being one of the best stress -reduction techniques on the planet.
8. Drink red wine or eat red grapes. The resveratrol in dark grapes is being studied for its effect on extending life, which it seems to do for almost every species studied. (So does eating about 1/3 less food, by the way.) If you've got a problem with alcohol, you can get resveratrol from grapes, peanuts or supplements. (And if you're a woman, and you choose the alcohol option, make sure you're getting folic acid every day.)
9. Get the sugar out. The number one enemy of vitality, health and longevity is not fat, it's sugar. Sugar's effect on hormones, moods, immunity, weight and possibly even cancer cells is enormous, and it's all negative. To the extent that you can remove it from your diet, you will be adding years to your life and life to your years.
This list may not be perfect and it may not be complete, but it's a start. As my dear grandmother used to say, "Couldn't hurt". Not one of these "habits" will hurt you, all will benefit you, and some may make the difference between life and death.
And it's never too late to start cultivating them.
Enjoy the journey!
Sabtu, 9 Oktober 2010
Isu-isu program pemulihan di sekolah
FAKTOR MURID
A Murid kerap ponteng sekolah.
B Sikap negatif murid terhadap pelajaran – ada yang malas, tidak berminat belajar,
kurang motivasi, kurang berusaha, tidak aktif dan tidak berani mencuba.
C Murid yang bermasalah kesihatan tidak dapat mengikuti pelajaran dengan sempurna.
D Murid cacat anggota/pekak dan bisu ditempatkan di kelas-kelas pemulihan khas.
E Murid terlalu lemah untuk menguasai pelajaran.
FAKTOR GURU
A Sekolah tidak mempunyai guru pemulihan khas.
B Kekurangan guru di sekolah menyebabkan GPK tidak dapat dilantik atau GPK diminta
mengajar murid-murid di kelas-kelas biasa.
C GPK dibebankan dengan tugas-tugas menggantikan guru-guru lain (relief) dan terpaksa
menjalankan tugas-tugas bukan mengajar.
D Sikap negatif sesetengah guru yang tidak berminat dan tidak komited untuk mengajar
murid-murid pemulihan khas.
E Guru tidak mempunyai kemahiran/tiada latihan khusus disuruh mengajar.
BAHAN BANTU MENGAJAR
A Sekolah sukar mendapatkan BBM yang sesuai dan terkini.
B BBM/bahan rujukan sukar /kurang di pasaran.
C BBM yang berbentuk media elektronik tidak dibekalkan walaupun sangat diperlukan.
D Tiada buku teks yan g sesuai untuk kegunaan guru dan murid pemulihan khas.
PERUNTUKAN KEWANGAN
A Tiada bantuan kewangan untuk menyediakan bilik dan peralatan yang sesuai bagi
murid-murid pemulihan khas.
B Tiada peruntukan kewangan untuk menyediakan/membeli BBM dan
bahan-bahan rujukan untuk GPK.
C Tiada peruntukan khas untuk memberi latihan kepada GPK/Guru-guru lain.
KEMUDAHAN FIZIKAL
A Ketiadaan bilik yang sesuai dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran pemulihan
khas. Sekiranya ada bilik khas, bilik itu terlalu kecil, sempit dan kurang selesa. Ada kelas di
bilik stor, kantin dan tempat-tempat lain yang tidak sesuai.
B Kekurangan peralatan/perabut di bilik pemulihan seperti rak dan almari.
FAKTOR IBU BAPA/PENJAGA
A Ibu bapa tidak mengambil berat tentang pelajaran anak-anak.
B Ibu bapa tidak memberikan kerjasama kepada pihak sekolah.
C Ibu bapa kurang memberi perhatian terhadap pelajaran, pemakanan dan kesihatan anak-anak.
BILANGAN MURID PEMULIHAN KHAS YANG RAMAI
A Bilangan murid yang memerlukan pemulihan khas agak ramai berbanding
dengan seorang guru pemulihan khas.
B Sukar melaksanakan program pemulihan khas dengan berkesan kerana bilangan murid
pemulihan khas yang ramai.
Jumaat, 8 Oktober 2010
Little Secrets In Daily Life
1. Hot and spicy to tears, what to do?
If you accidentally eat the hot food that makes you shed tears, your first thought will be probably a glass of water. However, hot water is not a solution, it will make it more spicy. In fact, the best solution is to drink hot milk.
2. Keeping tofu firm
Soft tofu in the cooking process is very easy to break into pieces. If you want to maintain the integrity of tofu, you can soak it in salt water for about 30 minutes before cooking.
3. Soup is too salty
Making soup with too much salt, the subtle taste of the soup will be destroyed. If this happens, the remedy is to add cooked potato pieces for few minutes. The potato will absorb the salt. When soup id served, then remove the potatos.
4. Soak a little vinegar before cutting taros
Cutting taro can make your hands itching. Soaking your hands in vinegar before cutting taros will prevent your from itching.
5. How to remove the wax from an apple?
If you often eat apples with their skin, then you would need to remove the wax first before eating ....
(a) place the apple into hot water, the apple's wax will vanish.
(b) Apply toothpaste on the appple to clean out the wax.
6. How to slow down potato germination?
Potato buds contain toxic alkaloids which can cause abdominal pain and dizziness. Placing an apple in potatoes can significantly delay thier germination time. Ethylene gas produced by apple has hampered the effectiveness of potato development.
Putting apples together with papayas or kiwi will make them ripe faster. Further, apples can make persimmon astringency disappear but sweeten after a week.
7. How to make good rice?
After washing rice in water, add a few drops of lemon juice, (or a few drops of oil), cooked rice will turn out good and fragrant.
8. How to keep biscuits crispy?
When storing biscuits in a container, put a sugar cube in it at the same time. As the sugar absorbs the moisture in the container, biscuits or cookies can remain crispy and delicious.
9. What can be done if clothing stains with ink?
If ink gets on your clothing or fabric, you can use cooked rice or paste with a little detergent to remove the stain. Use your fingers to smear repeatly on the spot, stain can be removed quickly. Then soak it into fresh water with ordinary cleaning agent for a period of time before washing.
10. How to treat smelly shoes?
Put a small amount of baking soda directly into the boots, sneakers or shoes, that are obviously smelly due to dampness. Baking soda powder has the effect of absorbing moisture and odor.
11. Ring around the collar, or spotty under the armpit area of the clothing?
First brush some shampoo, shaving cream or lotion on the dirty area for five minutes. Then wash off the stain.
12. How to keep flower fresh?
Adding a little beer in the vase can keep house flowers fresh for an extended period of time. This is because beer contains alcohol whic is both antiseptic and disinfectant. Beer also contains sugar and other nutrients for the leaves.
13. How to sharpen scissors?
Stacked three aluminum foil together, then cut them with the scissors to be sharpen. You will see surprising result.
14. How to remove annoying gummed labels?
It is quite annoying when comes to remove the price tags on merchandise. To remove the gummed lables neatly, all you need is to use a hair dryer to apply heat on the label before taking them off.
15. What can you do with beer beside drinking?
Most peaple know milk is good in cleaning foliage plants. In fact, use leftover beer to wipe plants is even better! Dip a cotton ball into beer, lightly wipe leaves to remove dust and keep them lustery. Furthermore, this method also prevents ants from coming to the plant.
15. What to do with unwanted perfumes?
Before throwing them away, unwanted perfumes could be useful. You can use unwanted perfume to clean indoor light bulbs with cotton balls. When the bulbs light up and warm up, the whole room would be filled with the aroma.
17. Remove crayon graffiti from wooden furniture.
If you you kids at home, wooden furniture are subject to crayon graffiti. Crayon stains can not be removed with water. Although the use of paint solvents can do the job, the paint on the surface could be damaged. The most suitable method is to use toothpaste. Not only it cleans, it does no harm to the furniture.
18. Use vinegar to help mopping the kitchen floor.
The kitchen floor is often easy to get greasy. Before mopping the kitchen floor, pour some vinegar on the mop. This will enable easy remove of grease.
19. How to remove stains from tea cups?
Stained tea cups can affect their appearance. To clean up the stain with a man made loofah cloth the cups would have scraches in the long run. Just spread a little toothpaste and hand-wash the cups, stain can be removed easily. If the stain is too thick, wait a few minutes after applying toothpaste before washing.
20. Improved floor sweeping
The unused stockings can be attached to a broom to clean the floor. Stockings can help sweeping up cotton, hair and other particles that are difficult to sweep a an ordinary broom.
Rabu, 6 Oktober 2010
Renung-renungkan
Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan;
tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!
Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun;
betapa singkatnya kalau kita menonton filem.
betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat
tanpa harus berfikir panjang-panjang.
Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.
Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.
Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid
Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.
Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada saat terakhir untuk acara yang menyenangkan.
Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al Qur'an; namun
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.
Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al - Quran.
Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat mengadapnya namun
betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.
Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau berfikir, atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa.
Betapa kita dapat menyebarkan seribu
kelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun
kalau ada e-mail yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya,serta terus klik pada icon
DELETE .
ANDA TERTAWA ...? atau ANDA BERf IKIR- f IKIR. ..?
Sebar luaskanlah & bersyukurlah
kepada ALLAH, YANG MAHA ESA,PENGASIH
DAN PENYAYANG.
Ahad, 3 Oktober 2010
TENSION & STRESS
TENSION @ STRESS ADALAH DUA JENIS PENYAKIT YANG MAHU DIELAKKAN OLEH SETIAP ORANG... STRESS DAPAT MENGUBAH KEHIDUPAN DIRI SESEORANG BAIK SECARA PERUBAHAN FIZIKAL MAHUPUN PERUBAHAAN DALAMAN.. KITA MUNGKIN JADI MURUNG, PEMARAH, DAN JIKA STRESS INI TIDAK DIKAWAL DAN DI RAWAT, BOLEH MENDATANGKAN KESAN YANG LEBIH BURUK..MALAH ADA SAMPAI PERINGKAT MEMBUNUH DIRI
Stres bukan hanya dapat dilihat dari perubahan sikap saja, tetapi juga fizik. Ketika fikiran anda merasa tertekan, tanpa disedari ada perubahan fizik pada tubuh. Berikut lima tanda fizik saat anda mengalami stres:
1. Bersin Stres dapat memicu reaksi alergi kerana sistem imuni tubuh melemah. Jadi, saat anda stres jangan hairan kalau daya tahan tubuh melemah dan mudah terkena penyakit.
2. Jerawat Ketika anda merasa tertekan, tubuh akan mengepam keluar adrenalin dalam jumlah ekstra. Hal ini mendorong produksi sebum, iaitu minyak alami kulit yang menyebabkan jerawat.
3. Rahang gemetar Tekanan yang tinggi juga membuat rahang gemetar. Hal ini biasanya terjadi saat tidur malam hari, dan ketika pagi rahang akan terasa pegal disertai rasa panas.
4. Gemuk Kondisi level stres hormon atau kortisol yang tinggi juga meningkatkan hasrat untuk mengambil makanan manis dan berlemak. Hal ini membuat anda melampiaskan stres dengan makan, akibatnya saiz tubuh meningkat.
5. Lewat haid Saat stres, otak mengirim signal yang dapat mengubah atau mengacaukan proses ovulasi. Jadual haid anda dapat berubah, lewat, atau bahkan tidak datang haid sama sekali.
Berbagai-bagai kejadian sehari-hari merupakan tantangan yang memerlukan peranan pemikiran, tubuh dan emosi. Individu beradaptasi terhadap stres, dan belajar menggunakannya demi keuntungan. Meskipun begitu, stres yang berlebihan akan mempengaruhi kualiti hidup. Manusia cenderung mendapat stres fizik dan psikologi.
Stres adalah salah satu kekuatan yang memaksa seseorang untuk berubah, tumbuh, berjuang, beradaptasi atau mendapatkan keuntungan. Semua kejadian dalam kehidupan, bahkan yang bersifat positif menyebabkan stres. Misalnya, kenaikan pangkat merupakan perubahan yang positif, namun tanggung jawab yang baru dapat menyebabkan stres.
Stres dalam kehidupan seseorang merupakan hal yang baik, namun akan menimbulkan masalah bila stres itu berlebihan. Berbagai-bagai penyakit yang berkaitan dengan stres seperti penyakit jantung, lambung, alergi, asma, hipertensi dan kemungkinan kanser. Stres juga dapat menyebabkan masalah psikologi, seperti depresi, kecemasan, sikap masa bodoh, kelainan makan dan penyalahgunaan alkohol serta ubat-ubatan.
Sudah tidak menjadi rahsia umum, stres dapat menjadi salah satu penyebab timbulnya permasalahan pada lambung. Masalah lambung akan berhubungan dengan masalah nutrisi, kebiasaan nutrisi yang buruk dapat menyebabkan stres. Nutrisi yang buruk juga dapat mengganggu keseimbangan zat-zat gizi, dan tubuh yang kekurangan zat gizi lebih mudah terdedahkepada penyakit. Penyakit dapat meningkatkan keperluanan tubuh akan zat-zat gizi.
Saluran pencernaan mempunyai fungsi sederhana, iaitu membuat persediaan makanan bagi tubuh dan memungkinkan pengeluaran kelebihan makanan yang tak diperlukan melalui hujung saluran pencernaan tersebut. Lambung merupakan ruang depan pada saluran pencernaan, di sinilah makanan disiapkan untuk pencernaan.
Normal tidaknya kerja lambung sebagian besar tergantung pada, apakah lambung itu secara tetap dimasuki jenis makanan yang tepat dan baik. Fungsi lambung mempersiapkan makan untuk pencernaan, dan apabila terlalu sedikit atau terlalu banyak jenis makanan yang tidak tepat, lambung akan menunjukkan tanda-tanda adanya kesukaran.
Kerana itu, kita perlu melakukan apa yang dapat kita lakukan untuk menjaga agar lambung tetap sihat. Sesungguhnya kita semua mempunyai pusat pengendali nafsu makan, yang dimaksudkan untuk mengendalikan secara tepat kebiasaan makan kita. Lambung kita akan lebih sihat dan lebih kecil kemungkinannya tidak dapat menahan stress, bila kita mengendalikan kembali pusat pengendali nafsu makan kita.
Makanlah secara teratur, usaha untuk makan harus dilakukan setiap hari. Lebih baik makan dengan makanan yang sedikit dan snacks sepanjang hari daripada makan makanan yang berat. Hindari makanan beragam untuk mencegah peningkatan tekanan darah. Ambillah cukup cairan, namun jangan terlalu banyak minuman ringan yang mengandung kafein dan alkohol. Batasi gula hingga jumlah minima.
Konsumsilah vitamin, buah-buahan, sayuran pada setiap kali makan dengan sedikit makanan kaya protein. Gunakan waktu makan untuk relaksasi dan beristirahat agar penyerapan makanan berlangsung baik. Dengan makan teratur kita akan ditolong untuk membersihkan sebahagian asam di dalam perut kita.
Kesihatan fizik
Pertahanan yang baik untuk stres, tubuh yang sihat dengan jaringan yang mengandung zat gizi secara optima. Latihan fizik komponen utama pencegahan stres. Latihan fisik mempertahankan tulang yang sihat, otot, jantung, dan paru-paru. Latihan fizik juga menimbulkan kelegaan mental dan emosional, yang membantu seseorang mengatasi dan mencegah stres.
Latihan fizik sebaiknya dimasukkan dalam kegiatan rutin meski kondisi perasaan seseorang tidak tertuju pada aktiviti fizik. Berjalan-jalan pendek dapat menghilangkan ketegangan dan memperbaiki perasaan. Bila stres sangat berat hingga nafsu makan tertekan, makanan dapat menyebabkan mual dan muntah dan harus ditunggu hingga tenang.
Kesihatan fizik yang baik merupakan modal penting, dalam berperang melawan stres. Jangan cuba menyimpan segala sesuatu masalah, kerana jika anda melakukan itu, akhirnya anda akan merasa tidak mampu mengatasi masalah yang kecil sekalipun. Meskipun kita mengira bahawa kita mampu, namun setiap orang mempunyai titik kelemahan.
Cara paling bijaksana untuk menghindari pertemuan dengan suatu masalah sebagai akibat keterbukaan terhadap stres, mencoba memastikan bahawa tingkat keterbukaan anda terhadap stres setiap harinya dijaga pada batas kemampuan pribadi anda sendiri.
Jika anda menyimpan emosi dan menolak untuk membiarkan orang-orang di sekitar anda melihatnya bila anda merasa sedih dan marah, bererti anda menimbun stres dan mengurangi kemampuan alamiah anda untuk mengatasi hal-hal yang tak terduga.
Sementara itu mungkin Anda menemukan cara yang paling efektif untuk menghadapi gejala lambung, adalah latihan relaksasi baik secara mental maupun fizik. Belajarlah mengamati tanda-tanda pertama gangguan lambung, dan segera lakukan pengendalian stress anda. Kebaikan program untuk melawan stres tidak meninmbulkan kerugian. Tidak ada efek sampinga, semua yang anda dapat adalah keuntungan.
Orang sering mengatakan “saya stres”, tapi itu yang dikatakan di bibir saja. Bagaimana kalau tubuh anda yang berteriak “saya stres”, apa gejalanya? Selain 5 masalah seperti yang telah dipaparkan di atas, ada beberapa tanda fizik lagi apabila seseorang mengalami stres:
Gangguan Usus
Jaringan usus besar terhubung dengan otak melalui sistem saraf. Kerana itu ketika kita khuatir atau cemas, gangguan usus dapat terjadi, seperti diare atau kram perut.
Bagaimana mengatasinya : Anda harus bergerak sesering mungkin. Gerakan semudah berjalan dapat membantu membakar energi stres, melancarkan pencernaan, dan merangsang pola tidur teratur.
Tambahkan pula serat pada makanan Anda untuk memperbaiki cara kerja usus.
Sering selesema
Stres diduga dapat menurunkan kekebalan tubuh, sehingga penyakit senang bersarang dalam tubuh. Penelitian dari Carnegie Mellon University menemukan bahawa orang yang mengeluh stres mengalami selesema dua kali lebih banyak dibanding mereka yang tidak stres.
Bagaimana Mengatasinya : Anda harus memiliki pengurusan stres, misalnya bertemu rutin bersama teman satu minggu sekali, atau bermain dengan haiwan peliharaan. Anda harus mempertahankan cara pengurusan stres Anda sekalipun sedang merasa tidak ingin. Apalagi selama masa-masa stres.
Masalah Kehamilan
Untuk ibu hamil yang memiliki sejarah stres atau mengalami stres berpotensi melahirkan bayi dengan berat tubuh kurang atau kelahiran prematur / pramatang
Bagaimana mengatasinya : Sediakan waktu untuk diri sendiri. Tidak perlu lama, cukup 10-15 minit tapi isi dengan hal yang bermanfaat. Nasihat diri sendiri Anda mampu mengendalikan semuanya dan tenang
wallaualam...
semoga bermanfaat.
Sabtu, 2 Oktober 2010
Don't break the elastic !
A prolific poet and writer - Maya Angelou said this :
'I've learned that no matter
what happens, or how bad it seems today, life does go on,
and it will be better tomorrow.'
'I've learned that you can tell
a lot about a person by the way he/she handles these three things : a rainy day, lost luggage, and tangled Christmas tree lights.'
'I've learned that regardless of your relationship with your parents, you'll miss them when they're gone from your life.'
'I've learned that making a
'living' is not the same thing
as making a life.'
'I've learned that life sometimes gives you a second chance.'
'I've learned that you shouldn't
go through life with a catcher's mitt on both hands; you need
to be able to throw some things back...'
'I've learned that whenever I decide something with an open heart, I usually make the right decision.'
'I've learned that even when I have pains, I don't have to be one.'
'I've learned that every day you should reach out and touch someone. People love a warm
hug, or just a friendly pat on
the back....'
'I've learned that I still have
a lot to learn..'
'I've learned that people will forget what you said, people
will forget what you did, but people will never forget how
you made them feel.'
AKTIVITI BERCERITA
PENGENALAN
Kamus Dewan:- mengisahkan sesuatu cerita, bercakap atau berbual.
Kamarudin Husin (1999): salah satu aktiviti lisan yang penting dan memerlukan beberapa kebolehan tertentu.
Guru perlu memilih & menggunakan perkataan yang sesuai, berkebolehan melahirkan gaya, suara, mimik muka dan intonasi yang boleh memikat perhatian pendengar. Guru juga harus membina ayat yang betul, penggunaannya tepat, mudah dan menarik. Pendek kata, semua unsur yang terdapat dalam bahasa lisan terutama dalam percakapan yang natural, perlu diwujudkan semasa bercerita.
KEBAIKAN AKTIVITI BERCERITA
• Dapat menyuburkan daya imaginasi murid-murid. Usaha ini akan menjadikan murid-murid lebih imaginatif dan kreatif. Semasa guru menjalankan aktiviti bercerita, secara imaginasi murid-murid boleh memasuki alam cerita tersebut dan menggambarkan seolah-olah mereka terlibat dalam cerita itu. Contohnya, kanak-kanak boleh menjadi angkasawan, gergasi, makhluk halus, haiwan dan sebagainya.
• Menyemai rasa empati dalam kalangan murid-murid. Dalam cerita sering berlaku peristiwa yang melibatkan emosi manusia seperti watak utama menemui kejayaan, gembira dan menderita. Keadaan ini amat sesuai untuk murid-murid dan dalam masa yang sama boleh mengubah suasana dengan membawa mereka untuk menghayati tema dan isi cerita sepenuhnya.
• Menyuburkan akal dan kecerdasan otak. Semasa guru bercerita, murid-murid lazimnya akan menunjukkan rasa minat, hairan, geram dan perasaan ingin tahu. Murid-murid digalakkan bertanya atau menyoal, memberi komen atau pandangan terhadap peristiwa, sifat serta perilaku watak-watak dalam cerita tersebut. Aktiviti seperti ini membantu mengasah akal dan mempertingkatkan kecerdasan minda murid-murid.
• Menggalakkan perkembangan bahasa. Ketika bercerita itulah mereka akan menambah perbendaharaan kata dan memperlihatkan pelbagai ragam gaya dan bentuk bahasa kepada murid-murid.
PRINSIP AKTIVITI BERCERITA
• Plot cerita dan penyampaiannya perlu menarik. Jalan ceritanya tersusun dengan baik dan ada kesudahan. Semasa menyampaikan cerita tersebut, guru perlu menggunakan pelbagai gaya yang menarik seperti gaya isyarat, pergerakan, pertanyaan, menggunakan cakap ajuk, melakonkan peristiwa-peristiwa tertentu dan sebagainya.
• Penglibatan murid-murid sepenuhnya semasa aktiviti ini berjalan juga penting. Guru harus bijak dan pandai mengaitkan jalan cerita dengan intelek, emosi dan kadang kala fizikal murid-murid semasa sesi bercerita. Semua aktiviti ini boleh diikuti dengan pelbagai gerak kerja lanjutan yang dirasakan sesuai.
• Harus mempunyai tema yang sesuai. Ini bermakna, cerita itu tidak boleh mengabaikan objektif mendidik dan mengasuh. Ceritanya mesti mengandungi isi yang sesuai dengan murid-murid, terutama dari segi kematangan berbahasa, umur, latar belakang, minat, kecerdasan otak dan pengalaman mereka.
• Menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap murid. Ini bermaksud bahasa perlu mengandungi perkataan atau rangkai kata yang tepat, sesuai dan berkesan. Pengucapan cerita itu harus dilakukan dengan jelas, ringkas dan tidak mengelirukan. Perkataan dan rangkai kata yang mengandungi beberapa pengertian harus juga dielakkan.
STANDARD KANDUNGAN
• Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif semasa bercerita secara didik hibur.
• Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui penceritaan secara didik hibur.
• Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa bahan dengan kreatif melalui penceritaan secara didik hibur.
PROSEDUR MENJALANKAN AKTIVITI BERCERITA
• (A) Permulaan cerita
• (a) Bahagian ini menumpukan kepada keupayaan murid yang mengambil bahagian untuk menarik minat rakan-rakan lain dan kekal hingga ke akhir cerita. Boleh dilaksanakan melalui penggunaan isyarat, mimik muka, gambar, penglibatan murid, media di samping bijak memainkan kata-kata, dan ini mampu menyediakan satu situasi bercerita yang sesuai. Permulaan cerita lebih menarik jika mereka berjaya membawa imaginasi murid-murid lain ke zaman berlakunya cerita dan peristiwa yang disampaikan itu. Dalam masa yang sama, guru berperanan membimbing murid supaya membaca dialog dengan gaya, nada dan intonasi yang betul
• (b) Guru harus menunjukkan kecenderungan untuk membina perhubungan yang baik dengan murid-murid. Kemesraan guru dan murid perlu dibina terlebih dahulu sebelum aktiviti bercerita bermula. Keadaan ini boleh menarik perhatian murid di samping dapat menggalakkan penyertaan mereka dalam aktiviti bercerita yang hendak disampaikan.
(B) Pembentukan Cerita
• (a) Bahasa yang digunakan mestilah mudah dan sesuai dengan tahap murid-murid. Hal Ini penting agar maksud cerita dapat difahami sepenuhnya oleh murid-murid. Penggunaan cakap ajuk pada bahagian tertentu cerita mampu menambahkan kesan yang boleh menjadikan pendengar memberi perhatian lebih kepada cerita. Perkataan dan rangkai kata yang kabur perlu
• (b) Kelancaran pertuturan amat penting untuk memberikan kesan penceritaan di samping membolehkan terhasilnya satu perkembangan cerita yang licin dan berkesan. Murid yang terlibat sebagai pelakon atau pendengar pula tidak menghadapi sebarang masalah untuk memahami cerita berkenaan.
• (c)Kepelbagaian suara penting dan boleh dilihat dari segi tekanan tinggi-rendah, nada, intonasi, kelantangan, panjang-pendek, besar dan kecil dan sebagainya. Keadaan suara yang sedemikian hendaklah diwujudkan di tempat yang sesuai dengan peristiwa-peristiwa dalam cerita itu. Umpamanya situasi menyeramkan pada waktu tengah malam, suara pencerita tadi akan bertukar menjadi garau, kasar, seram dan ditambah dengan sedikit hilaian. Jika suara ini benar-benar berkesan, lazimnya murid-murid akan menutup telinga dan mata sebagai refleksi di luar kawalan mereka.
• (d)Gerak-geri dan mimik muka juga dapat membantu guru atau murid yang sedang bercerita untuk menyampaikan maksud dan kandungan cerita dengan jelas dan bermakna. Situasi ini akan melahirkan satu suasana bercerita yang menarik dan menghiburkan.
• (e) Penggunaan bahan rangsangan yang sesuai seperti penggunaan media boleh menarik minat murid-murid terhadap keseluruhan cerita berkenaan. Jika perlu gunakan pelbagai bahan rangsangan supaya mereka tidak cepat jemu dan bosan.
• (f)Cerita haruslah mengikut urutan, di mana jalan cerita yang perlu didahulukan akan disampaikan di awal cerita dan begitulah sebaliknya. Ini perlu supaya hubungan antara satu cerita dengan cerita yang lain konsisten dan menyakinkan pendengar.
• (g) Semasa menjalankan aktiviti bercerita seorang guru perlu peka kepada tema yang hendak disampaikan. Kefahaman terhadap tema membantu murid mengenalpasti plot cerita, watak-wataknya dan moral cerita dengan tepat dan berkesan.
• (h) Penglibat murid perlu menyeluruh dan maksimum iaitu sama ada secara kognitif, psikomotor atau secara lisan dengan memberikan pandangan atau cadangan penambahbaikan kepada rakan-rakan yang mengambil bahagian dalam aktiviti bercerita ini.
(C) Penutup Cerita
• a)Cerita yang disampaikan perlu ada kesudahannya. Dalam bahagian ini, semua masalah dan kerumitan watak dapat diselesai.
• Perkara yang paling penting ialah kesudahan cerita itu dapat memenuhi objektif yang ingin dicapai guru.