Isnin, 18 Oktober 2010

Senyum...senyum..senyum...



Kta sedia maklum bahawa senyum mempunyai hubungan erat dengan karektor seseorang, serta dapat dikaitkan dengan perasaan hati, kondisi jiwa dan mood.

Senyum juga dapat mempengaruhi kesihatan, mengurangkan stres dan mampu menjadi daya tarikan. Dipercaya bahawa senyum sebagai salah satu jalan jika ingin awet muda.

Berdasarkan kajian dan pemerhatian senyum diketahui mempunyai manfaat untuk kesihatan, antaranya :

  • Senyum membuat kita lebih menarik. Kita akan selalu tertarik pada orang yang selalu tersenyum. Orang yang selalu tersenyum punya daya tarik tersendiri. Wajah yang berkerut, cemberut, membuat orang menjauh dari kita , tetapi sebaliknya senyuman dapat membuat mereka tertarik.
  • Senyum mengubah mood kita. Ketika kita merasa jatuh atau “down” cubalah untuk tersenyum. Mungkin saja mood kita akan berubah menjadi lebih baik.
  • Senyum dapat merangsang orang lain tersenyum. Ketika seseorang tersenyum maka senyum tersebut akan membuat suasana menjadi lebih cerah dan ceria, mengubah mood orang lain yang ada disekitarnya dan membuat semua orang menjadi senang gembira dan. Orang yang suka tersenyum membawa kebahagiaan buat orang yang ada di sekitarnya. Seringlah tersenyum maka anda akan disukai oleh banyak orang.
  • Senyum dapat mengurangi stres. Stres secara nyata dapat muncul di wajah anda. Senyum membantu mencegah kesan bahawa kita sebenarnya sedang kepenatan atau merasa “down”. Jika anda sedang stres cubalah untuk tersenyum, maka stres anda akan berkurang dan anda akan merasa lebih baik untuk membuat langkah selanjutnya.
  • Senyum meningkatkan sistem imun (kekebalan) tubuh anda. Senyum dapat membantu kerja imun tubuh agar dapat bekerja dengan baik. Ketika anda tersenyum, fungsi imun meningkatkan kemungkinan anda menjadi lebih rileks.
  • Senyum menurunkan tekanan darah anda. Ketika anda tersenyum, maka tekanan darah anda akan menurun. Jika anda tak percaya, anda boleh mencubanya sendiri, jika anda memiliki alat pengukur tekanan darah di rumah anda.
  • Senyum mengeluarkan endorphins (pereda rasa sakit secara alami) dan serotonin. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa senyum dapat merangsang pengeluaran endorphin, pereda rasa sakit yang alami, serta serotonin. Senyum memang ubat yang alam dan semulajadii.
  • Senyum dapat melenturkan kulit wajah dan membuat anda terlihat lebih muda. Otot-otot yang digunakan untuk tersenyum ikut membuat anda terlihat lebih muda. Jika anda ingin sesuatu yang berlainan, maka berikan senyum anda sepanjang hari, maka anda akan terlihat lebih muda dan merasa lebih baik.
  • Senyum membuat anda tampak sukses. Orang yang tersenyum terlihat lebih percaya diri dalam menjalani hidupnya. Cubalah tersenyum saat anda melakukan pertemuan dan saat ada temujanji. Rakan-rakan kerja, sahabat, orang-orang terdekat anda akan merasakan sesuatu kelainan yang nyata pada diri anda.
  • Senyum membuat anda tetap positif. Senyumlah! Lalu sekarang cubalah berpikir sesuatu yang negatif tanpa berhenti tersenyum. Sulitkan? Kerana ketika anda tersenyum maka senyum tersebut akan mengirimkan singnal ke tubuh anda bahawa “hidup anda saat ini baik-baik saja”.

Maka jauhkan diri anda dari depresi, stres dan rasa khuatir dengan satu kata iaitu “senyum”, tentu saja dengan memberikan senyuman pada tempat dan suasana yang tepat. Jika berlebihan, maka orang lain akan menganggap anda kurang waras. Satu hal lagi kerana dengan tersenyum anda mendapatkan satu nilai sedekah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan