FAKTOR MURID
A Murid kerap ponteng sekolah.
B Sikap negatif murid terhadap pelajaran – ada yang malas, tidak berminat belajar,
kurang motivasi, kurang berusaha, tidak aktif dan tidak berani mencuba.
C Murid yang bermasalah kesihatan tidak dapat mengikuti pelajaran dengan sempurna.
D Murid cacat anggota/pekak dan bisu ditempatkan di kelas-kelas pemulihan khas.
E Murid terlalu lemah untuk menguasai pelajaran.
FAKTOR GURU
A Sekolah tidak mempunyai guru pemulihan khas.
B Kekurangan guru di sekolah menyebabkan GPK tidak dapat dilantik atau GPK diminta
mengajar murid-murid di kelas-kelas biasa.
C GPK dibebankan dengan tugas-tugas menggantikan guru-guru lain (relief) dan terpaksa
menjalankan tugas-tugas bukan mengajar.
D Sikap negatif sesetengah guru yang tidak berminat dan tidak komited untuk mengajar
murid-murid pemulihan khas.
E Guru tidak mempunyai kemahiran/tiada latihan khusus disuruh mengajar.
BAHAN BANTU MENGAJAR
A Sekolah sukar mendapatkan BBM yang sesuai dan terkini.
B BBM/bahan rujukan sukar /kurang di pasaran.
C BBM yang berbentuk media elektronik tidak dibekalkan walaupun sangat diperlukan.
D Tiada buku teks yan g sesuai untuk kegunaan guru dan murid pemulihan khas.
PERUNTUKAN KEWANGAN
A Tiada bantuan kewangan untuk menyediakan bilik dan peralatan yang sesuai bagi
murid-murid pemulihan khas.
B Tiada peruntukan kewangan untuk menyediakan/membeli BBM dan
bahan-bahan rujukan untuk GPK.
C Tiada peruntukan khas untuk memberi latihan kepada GPK/Guru-guru lain.
KEMUDAHAN FIZIKAL
A Ketiadaan bilik yang sesuai dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran pemulihan
khas. Sekiranya ada bilik khas, bilik itu terlalu kecil, sempit dan kurang selesa. Ada kelas di
bilik stor, kantin dan tempat-tempat lain yang tidak sesuai.
B Kekurangan peralatan/perabut di bilik pemulihan seperti rak dan almari.
FAKTOR IBU BAPA/PENJAGA
A Ibu bapa tidak mengambil berat tentang pelajaran anak-anak.
B Ibu bapa tidak memberikan kerjasama kepada pihak sekolah.
C Ibu bapa kurang memberi perhatian terhadap pelajaran, pemakanan dan kesihatan anak-anak.
BILANGAN MURID PEMULIHAN KHAS YANG RAMAI
A Bilangan murid yang memerlukan pemulihan khas agak ramai berbanding
dengan seorang guru pemulihan khas.
B Sukar melaksanakan program pemulihan khas dengan berkesan kerana bilangan murid
pemulihan khas yang ramai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan