Sabtu, 28 Februari 2009

KEMAHIRAN BERTUTUR

  • Merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi yang bermakna.
  • Di samping menghasilkan bunyi bahasa, seseorang itu akan menggunakan unsur prosodi dan cara paralinguistik semasa bertutur.
  • Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan
  • Antara konsep pertuturan ialah:
a) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan
b) berlaku pada peringkat produksi
c) aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina boleh mempengaruhi kemahiran
bertutur
d) pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek
fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan