Sabtu, 28 Februari 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Sudah 2 bulan tahun menjengahkan wajahnya. Banyak peristiwa yang dilalui namun tidak tercatat melalui tinta. Mungkin kesibukan kerja melebihi segalanya. Hidup ini semakin rencam dengan persoalan-persoalan yang perlu diuruskan. Tanggungjawab semakin terbeban di pundak sedangkan kudrat semakin longlai. Apapun hidup mesti diteruskan walaupun hasil kerja tidak lagi afektif seperti dulu.
Apa pun yang berlaku, misi dan visi tetap diisi di atas lembaran hidup. Harus dilestarikan dengan sisa-sisa masa dan kekuatan yang ada. Keseronokan bekerja harus dinikmati demi mengisi kekosongan hati. Ukirkan senyuman kerana itu pasti mengembirakan orang yang memandang. Layanilah kerenah sesiapa pun yang datang bertamu kerana kita dibayar elaun khidmat awam yang kita terima setiap bulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan