Selasa, 2 November 2010

Kajian Puisi











Konsep

} Za’ba (1962:218) mendefinisikan puisi sebagai karangan berangkap.

} William Wordsworth (1988:4) – suatu pengucapan tentang perasaan ghairah yang imiginatif, biasanya berentak dan berlaku secara spontan, dalam suasana tenang.

} Samuer Taylor Coledridge (1988:4) – puisi sebagai ,”the best words in the best order

} Muhammad Hj Salleh (1988:10)- … bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta kebijaksanaan penyair dan tradisinya.

} Tingkat kebahasaan yang paling tinggi ialah bahasa puisi.

} Untuk meneroka daerah puisi, seseorang perlu berbekalkan kematangan kata, kebijaksanaan makna dan kelunakan rasa.

} Penyair ialah arkitek yang membina keindahan pengalaman dengan kecantikan bahasa secara bijaksana ( T.S Eliot : 1988)

} Puisi menjadikan kita lebih bijaksana.

} It begins in delight and end in wisdom.

Ciri-ciri puisi

q Penggunaan bahasa yang baik, ekspresif, kental, ada nilai keindahan serta menimbulkan kesan kepada pengalaman dan perasaan.

q Mempunyai bentuk yang tertentu, berkerat-kerat / berurutan dalam baris yang sejajar sama ada berpola atau bebas

q Ungkapan kata dipengaruhi unsur muzik, lagu, intonasi, kadensa, rentak, irama dan keharmonian bunyi.

q Baris, rima, dan irama disusun mengikut pola atau tanpa pola.

q Dalam puisi tradisional wujud pembahagian unit dalam menyatakan idea.

q Digunakan dalam kehidupan masyarakat untuk hiburan, keramaian,ritual,keagamaan,pengajaran dan sebagainya.

q Ada yang diangap suci dan berhubung rapat dengan sistem kepercayaan dan menjadi taboo bagi masyarakat tertentu.

q Bahasa mengandungi unsur imajan, perlambangan, kiasan dan perbandingan.


Aspek-aspek dasar puisi

} Merujuk perkara-perkara yang membantu menjelaskan gambaran idea penyair.

} Merujuk kepada unsur-unsur serta gaya pemakaian bahasa.

} Aspek yang berkaitan dengan teknik penciptaan puisi.


Medan Makna

} Maksud (isi) :Gambaran idea

} Tema : Inti atau isi pokok

} Persoalan : Isi-isi kecil / sampingan

} Perutusan/mesej/amanat: gagasan nilai

} Sikap dan perasaan : Penggunaan diksi

} Unsur/nilai murni: Nilai dan norma kehidupan

} Sejarah genre : Memahami latar belakang perkembangan puisi

} Biodata penyair : Pengetahuan tentang penyair

} Penghasilan karya : Menghasilkan puisi secara terancang dan terbimbing mengikut prinsp penulisan kreatif

Medan Kata

} Diksi : Pemilihan kata khusus/khas secara puitis

} Imej/citra alam: Gambaran atau tiruan bentuk atau objek alam

} Kiasan: Kata atau ungkapan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu dengan cara bersandarkan

} Rima : Persamaan gugus kata dari segi konsonan dan vokal

} Aliterasi : Pengulangan bunyi konsonan

} Asonansi : Pengulangan bunyi vokal

} Rentak : Tingkahan tinggi-rendah, panjang-pendek, cepat-lambat.

} Jeda : Titik perhentian seketika, peralihan nafas sewaktu melafazkan puisi.

} Simile: Tamsil atau kiasan yang membandingkan dua objek yang mempunyai nilai dan sifat yang sama secara langsung

} Metafora: Kiasan atau analogi yang melambangkan sesuatu bagi sesuatu yang lain bagi menyarankan antara keduanya terdapat persamaan

} Personifikasi : Kiasan yang memberikan sifat manusia.

} Hiperbola: Kiasan dalam bentuk ungkapan yang menggambarkan sesuatu secara berlebih-lebihan.

} Singkof : Singkatan kata. Untuk mempercepatkan rentak bahasa atau merendahkan perasaan.

} Inversi : Pembalikan kata . Untuk menguatkan kesan rasa terhadap objek.

} Anafora: Ulangan perkataan/rangkai kata di awal dua atau lebih baris-baris yang berurutan.

} Epifora : Ulangan perkataan di akhir dua atau lebih baris-baris berurutan.

} Imejan: Puisi yang mengandungi banyak perkataan yang menggambarkan objek.

} Nada : Sikap pengarang terhadap objek atau ideanya.


Medan Rasa (Teknik)

} Bentuk : Susunan luaran puisi yang merangkumi jumlah kata, suku kata, baris, bait, skema, dan pembahagian unit.

} Struktur/binaan: Susunan dalaman puisi seperti perkaitan antara pembayang dan maksud pantun.

} Timbangan : Adalah ciri dan sifat yang menentukan keharmonian pengucapan kata.

} Ciri dan sifat : Aspek-aspek khusus yang menjelaskan puisi-puisi berlainan.

} Perbandingan bentuk: Membandingkan perbezaan dan persamaan antara puisi berlainan dari aspek bentuk, bahasa, isi dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan