Isnin, 1 November 2010

Resepi Kuetiau Kungfu


Bahan-bahan:
1 mangkuk kuetiau
2 biji telur ayam
1 sudu kecil lada hitam @ putih
1 cwn makanan laut ( sotong, udang, ayam dll)
1/2 batang lobak di potong ikut suka
1-1/2 sudu besar tepung jagung
1 cwn air
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi
1 cam sos tiram
sayur-sayuran lainjika ada
sedikit garam

Cara-cara:

1. Pukul telur bersama-sama garam dan sedikit lada hitam dalam bekas.
2. Masukkan kuihtiau hingga 3/4 bekas
3. Tuang ke dalam kuali yg telah diletakkan sedikit minyak. Ratakan supaya menjadi sedikit nipis.
4. Balik-balikkan sehingga masak. Tuang ke dalam pinggan.
5. Tumis bawang putih hingga kekuning-kuningan.
6. Masukkan makanan laut. Kacau rata.
7. Tuang tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.
8. Masukan lada hitam, cili padi, sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.
9. Biarkan kuah pekat dan tuang ke dalam kuihtiau tadi.


SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan