Jumaat, 11 Jun 2010

Salawat Nariyah


Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahkanlah rahmat dengan sempurna dan kurniakanlah kesejahteraan secukupnya ke atas junjungan kami nabi Muhammad s.a.w rahmat yang dengannya terbuka segala ikatan, hilang segala kesusahan, terlaksana segala hajat dan tercapai segala cita-cita dan dipohonkan kesudahan yang baik diharapkan turun hujan dengan berkat wajah baginda yang mulia dan limpahkanlah rahmat dan kesahteraan ke atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda pada setiap gerakan mata dan hembusan nafas sebanyak bilangan benda yang ada dalam maklumanmu."

Selawat ini dibaca bagi menghilangkan kegundahan, kedukaan dan bagi menunaikan hajat. Bacalah 11 kali tiap-tiap lepas sembahyang. Istimewa pada hari Jumaat dan malamnya.

Selawat Nariyah juga dinamakan selawat Kamaliah atau Tafrijiyah. Di samping berkhasiat agar rezeki tidak terputus dan untuk mencapai hajat, selawat tersebut juga berkhasiat agar rezeki seperti hujan turun dari langit dan tumbuh dari bumi.


Demikian menurut keterangan Syeikh Muhammad at-Tanusi yang mengatakan : "Barangsiapa mendawamkan yakni membiasakan membaca selawat nariyah atau kamilah itu setiap hari 11 kali, maka rezekinya seolah-olah turun dari langit dan muncul dari bumi.


Selain itu menurut Imam Ad-Dainuri, bahawa siapa membiasakan membacanya setiap selesai solat subuh setiap hari sebanyak 41 kali, maka yang dicita-citakan berhasil pula termasuk urusan rezeki.

Imam Ad-Dainuri berkata, barangsiapa membaca selawat nariyah atau kamilah setiap selesai dari solat 5 waktu sebanyak 11 kali sebagai wirid rutin, maka rezekinya tidak akan terputus dan mengalir terus, serta memperolehi kedudukan yang tinggi.


Jika seseorang mempunyai hajat agar cepat berhasil maka bacalah selawat nariyah sebanyak 4444 kali dalam satu majlis, dibaca sendiri atau beramai-ramai.


Iktikad kita perlu diperbetulkan supaya tidak syirik kepada Allah SWT. Allah SWT. sahaja yang boleh memberi kesembuhan. Kesembuhan hanya milik Allah SWT.

Semoga Allah SWT. sentiasa menjauhkan kita daripada syirik kepada-Nya.


Sumber rujukan : Internet





Selasa, 8 Jun 2010

Gangguan Tidur ( Insomnia)

Pengenalan
-Tidur adalah waktu untuk berehat yang boleh mengembalikan fungsi badan dan mental.
-Kurang tidur boleh menyebabkan perasaan kurang selesa, mudah terganggu, kurang daya tumpuan serta mengalami keletihan fizikal dan mental.
-Manusia biasanya menghabiskan satu pertiga daripada kehidupan mereka dengan tidur.
-Gangguan tidur ini lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita dan kejadian ini lebih kerap berlaku apabila usia meningkat (warga emas)

Faktor Penyebab(sementara)
1) Jet lag
2)Perubahan waktu kerja
3)Keadaan bising
4)Persekitaran tidak selesa (panas, sejuk)
5)Stress (perceraian, kematian,kehilangan dll)
6)Masalah perubatan
7)Berhenti mengambil ubatan

Faktor Penyebab (kronik)
1)Masalah penyakit mental

Simptom (waktu malam)
1) Susah memulakan tidur
2) Terjaga berkali-kali ketika tidur

Simptom (siang)
1) Pelupa
2) Kurang konsentrasi
3) Gangguan fungsi motor
4) Gangguan fungsi sosial
5) Keletihan

Rawatan
1) Rawatan faktor penyebab
2)Rawatan - tanpa ubat-ubatan
- dengan ubatan

Langkah Mengatasi
1) Sediakan persekitaran yang selesa
2) Lakukan aktiviti harian mengikut jadual
3) Bangun tidur waktu yang sama walaupun tidur telah tergangu
4) Biasakan dengan tabiat yang baik sebelum tidur seperti membaca atau minum susu
5) Jangan tidur terlalu awal
6) Bersenam setiap hari
7) Elakkan makanan yang berat pada waktu malam
8) Gunakan katil hanya untuk tidur ahaja
9) Jangan merokok atau minum minuman keras
10) Jangan berfikir kerana tidak boleh tidur, selepas 30 minit masih belum terlena, bangun dan lakukan aktiviti ringan.
11) Hadkan waktu tidur di siang hari atau elakkan terus.

Sumber : Ceramah Warga Emas, Anjuran Perkim Bkt Mertajam.


Selasa, 1 Jun 2010

WACANA

1 Konsep wacana

v Wacana ialah satuan bahasa yang terlengkap dalam hierarki gramatikal tertinggi atau terbesar dan bukanlah kata atau kalimat sebagaimana yang dianggap oleh beberapa kalangan dewasa ini, melainkan wacana. (Harimurti Kridalaksana, 1978)

v Wacana ialah unit bahasa yang melepasi batas ayat kerana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku, atau sebagainya yang memperlihatkan kesatuan dan hubungannya di antara butir-butir fikiran dan juga perkembangan akaliah yang ada di dalamnya. (Asmah Haji Omar, 1980)

v Wacana terhad pada sesuatu bidang yang khusus; boleh muncul dalam bentuk sejumlah ayat (ayat yang mengandungi hubungan fikiran), paragraf, bahagian, cerpen, drama ... (Awang Sariyan, 1984)

v Wacana ialah satuan bahasa terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi yang tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis. (Tarigan, 1987)

v Wacana ialah rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuklah makna yang serasi antara kalimat itu. (Anton M. Moeliono, 1988)

v Wacana ialah rakaman kebahasaan yang menyentuh peristiwa komunikasi. (Samsuri, 1992)

v Wacana berhubung kait dengan makna yang terbawa oleh ayat, perenggan atau keseluruhan karangan. Dalam hubungan ini, makna yang dimaksudkan merujuk kepada makna dasar dan makna pragmatis. (Roselan Baki, 1994).

v Wacana ialah keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan ucapan, pertuturan, percakapan; kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (spt. Pidato, khutbah) atau tulisan (spt. surat, artikel, novel, cerpen). KD3

1.1 Unsur Wacana

Ø Unsur bahasa (linguistik)

Ø Unsur bukan bahasa (bukan linguistik)

Unsur bahasa

§ Fonologi dan fonemik – melibatkan aspek hentian atau kesenyapan bunyi, intonasi, tekanan, nada.

§ Morfologi dan sintaksis – melibatkan aspek perujukan, pengguguran, pautan leksikal, penggantian dan kata hubung.

§ Semantik – melibatkan hubungan sebab-akibat, sebab-tujuan, sebab-hasil, latar-kesimpulan, perbandingan.


Unsur bukan bahasa

§ Konteks - SPEAKING

o Setting – tempat/situasi formal atau tidak formal.

o Participants – pemeran yang terlibat (penutur, pendengar, penonton, penulis, pembaca).

o Ends, purpose, goals – tujuan akan menentukan corak perlakuan dan akan menghasilkan kesan daripada tujuan tersebut.

o Act-sequence – giliran bertutur tidak ditentukan tetapi difahami masa giliran diambil.

o Keys – tone or spirit of act; cara yang dipengaruhi situasi.

o Instrumentalities – bentuk wacana lisan atau bertulis.

o Norms – norma kebiasaan atau peraturan dalam penggunaan bahasa dari segi pemilihan kata, susunan kata, intonasi...

o Genre – jenis / ragam wacana yang melibatkan struktur, gaya dan isi yang tersendiri.

1.2 Jenis Wacana

Ø Wacana lisan

ü Pembicara vs Pendengar

ü Komunikasi interaktif – hubungan antara pemeran secara langsung.

ü Melibatkan penggunaan ekspresi wajah, intonasi suara, gerak badan...

ü Perbualan, temu ramah, ceramah, khutbah, pidato...

Ø Wacana tulisan

ü Penulis vs Pembaca

ü Komunikasi tidak langsung – hubungan satu arah – tidak berhadapan dengan pembaca sewaktu wacana tersebut dihasilkan penulis.

ü Media cetak.


PENCEMARAN BAHASA

PENGENALAN

Merupakan penggunaan bahasa yang melanggar atau menyalahi peraturan-peraturan bahasa Melayu yang telah dipersetujui sama ada peringkat sebutan, pilihan kata, atau susunan frasa dan ayat.

Ketara dalam penggunaan bahasa Melayu pada papan-papan tanda, iklan-iklan dalam media massa seperti akhbar, majalah, radio, televisyen, pawagam dan situasi-situasi lain.

Gejala ini bukan perkara baru bagi bahasa Melayu.

Pengaruh bahasa pertuturan atau bahasa basahan turut memainkan peranan.

Berlaku akibat kejahilan pengguna bahasa tentang peraturan penggunaan bahasa Melayu.

Perkembangannya tidak dikawal rapi kerana terlalu pesat.


FAKTOR UTAMA BERLAKUNYA PENCEMARAN

Pengguna bahasa Melayu membuat penterjemahan yang salah.

Kesalahan dari segi ejaan, tanda baca, istilah.

Nahu bahasa Melayu bercampur dengan bahasa asing.


_ Penggunaan bahasa asing.


SEBAB-SEBAB BERLAKU PENCEMARAN BAHASA

Kurang pengetahuan dan pelajaran bahasa Melayu.

Tidak mengambil berat terhadap bahasa Melayu.

Tidak berusaha memperbaiki penguasaan bahasa Melayu.

Menggunakan bahasa Melayu sesuka hati.

Ketinggalan kepada perkembangan dan perubahan sistem bahasa Melayu seperti ejaan dan istilah.

Masih menggunakan bahasa Melayu lama.

Sikap kurang tegas ketua-ketua jabatan.

Sikap anti bahasa Melayu.


LANGKAH-LANGKAH MEMBENDUNG PENCEMARAN

Menimbulkan kesedaran dalam kalangan pengguna melalui kempen kesedaran dan kursus-kursus bahasa Melayu.


Mengadakan usaha-usaha untuk mengatasi pencemaran seperti undang-undang kawalan bahasa Melayu.


Mengadakan usaha yang berterusan di sekolah-sekolah seperti melatih guru, menggunakan kaedah yang berkesan, galakan membaca dan lain-lain.


Mengadakan satu variasi bahasa Melayu yang standard.