Selasa, 1 Jun 2010

PENCEMARAN BAHASA

PENGENALAN

— Merupakan penggunaan bahasa yang melanggar atau menyalahi peraturan-peraturan bahasa Melayu yang telah dipersetujui sama ada peringkat sebutan, pilihan kata, atau susunan frasa dan ayat.

— Ketara dalam penggunaan bahasa Melayu pada papan-papan tanda, iklan-iklan dalam media massa seperti akhbar, majalah, radio, televisyen, pawagam dan situasi-situasi lain.

— Gejala ini bukan perkara baru bagi bahasa Melayu.

— Pengaruh bahasa pertuturan atau bahasa basahan turut memainkan peranan.

— Berlaku akibat kejahilan pengguna bahasa tentang peraturan penggunaan bahasa Melayu.

— Perkembangannya tidak dikawal rapi kerana terlalu pesat.


FAKTOR UTAMA BERLAKUNYA PENCEMARAN

— Pengguna bahasa Melayu membuat penterjemahan yang salah.

— Kesalahan dari segi ejaan, tanda baca, istilah.

— Nahu bahasa Melayu bercampur dengan bahasa asing.


_ Penggunaan bahasa asing.


SEBAB-SEBAB BERLAKU PENCEMARAN BAHASA

— Kurang pengetahuan dan pelajaran bahasa Melayu.

— Tidak mengambil berat terhadap bahasa Melayu.

— Tidak berusaha memperbaiki penguasaan bahasa Melayu.

— Menggunakan bahasa Melayu sesuka hati.

— Ketinggalan kepada perkembangan dan perubahan sistem bahasa Melayu seperti ejaan dan istilah.

— Masih menggunakan bahasa Melayu lama.

— Sikap kurang tegas ketua-ketua jabatan.

— Sikap anti bahasa Melayu.


LANGKAH-LANGKAH MEMBENDUNG PENCEMARAN

— Menimbulkan kesedaran dalam kalangan pengguna melalui kempen kesedaran dan kursus-kursus bahasa Melayu.


— Mengadakan usaha-usaha untuk mengatasi pencemaran seperti undang-undang kawalan bahasa Melayu.


— Mengadakan usaha yang berterusan di sekolah-sekolah seperti melatih guru, menggunakan kaedah yang berkesan, galakan membaca dan lain-lain.


— Mengadakan satu variasi bahasa Melayu yang standard.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan