Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahkanlah rahmat dengan sempurna dan kurniakanlah kesejahteraan secukupnya ke atas junjungan kami nabi Muhammad s.a.w rahmat yang dengannya terbuka segala ikatan, hilang segala kesusahan, terlaksana segala hajat dan tercapai segala cita-cita dan dipohonkan kesudahan yang baik diharapkan turun hujan dengan berkat wajah baginda yang mulia dan limpahkanlah rahmat dan kesahteraan ke atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda pada setiap gerakan mata dan hembusan nafas sebanyak bilangan benda yang ada dalam maklumanmu."
Selawat ini dibaca bagi menghilangkan kegundahan, kedukaan dan bagi menunaikan hajat. Bacalah 11 kali tiap-tiap lepas sembahyang. Istimewa pada hari Jumaat dan malamnya.
Selawat Nariyah juga dinamakan selawat Kamaliah atau Tafrijiyah. Di samping berkhasiat agar rezeki tidak terputus dan untuk mencapai hajat, selawat tersebut juga berkhasiat agar rezeki seperti hujan turun dari langit dan tumbuh dari bumi.
Demikian menurut keterangan Syeikh Muhammad at-Tanusi yang mengatakan : "Barangsiapa mendawamkan yakni membiasakan membaca selawat nariyah atau kamilah itu setiap hari 11 kali, maka rezekinya seolah-olah turun dari langit dan muncul dari bumi.
Selain itu menurut Imam Ad-Dainuri, bahawa siapa membiasakan membacanya setiap selesai solat subuh setiap hari sebanyak 41 kali, maka yang dicita-citakan berhasil pula termasuk urusan rezeki.
Imam Ad-Dainuri berkata, barangsiapa membaca selawat nariyah atau kamilah setiap selesai dari solat 5 waktu sebanyak 11 kali sebagai wirid rutin, maka rezekinya tidak akan terputus dan mengalir terus, serta memperolehi kedudukan yang tinggi.
Jika seseorang mempunyai hajat agar cepat berhasil maka bacalah selawat nariyah sebanyak 4444 kali dalam satu majlis, dibaca sendiri atau beramai-ramai.
Iktikad kita perlu diperbetulkan supaya tidak syirik kepada Allah SWT. Allah SWT. sahaja yang boleh memberi kesembuhan. Kesembuhan hanya milik Allah SWT.
Semoga Allah SWT. sentiasa menjauhkan kita daripada syirik kepada-Nya.
Sumber rujukan : Internet
Tiada ulasan:
Catat Ulasan