Sembahyang sunat rawatib adalah sembahyang sunat yang dikerjakan sebelum dan sesudah sembahyang fardhu. Semua sembahyang Rawatib mempunyai 22 rakaat sembahyang antaranya :
a) Dua rakaat sebelum sembahyang Subuh
b) Dua rakaat sebelum sembahyang Zohor dan dua atau empat rakaat sesudahnya.
c) Dua rakaat atau empat rakaat sebelum Asar.
d) Dua rakaat sebelum Maghrib dan dua rakaat sesudah Maghrib
e) Dua rakaat sebelum Isya dan dua rakaat sesudah Isya'
Sembahyang tersebut ada yang dinamakan "Sunnat Muakkad" ertinya sunat yang dituntut untuk dilakukan. Iaitu :
a) Dua Rakaat Sebelum Zohor. Lafaz niatnya : "Sahaja Aku sembahyang sunat sebelum Zohor dua rakaat kerana Allah taala."
b) Dua Rakaat Selepas Zohor. Lafaz niatnya : "Sahaja Aku sembahyang sunat selepas Zohor dua rakaat kerana Allah taala."
c) Dua Rakaat Sebelum Asar. Lafaz niatnya : "Sahaja Aku sembahyang sunat sebelum Asar dua rakaat kerana Allah taala."
d) Dua Rakaat Selepas Maghrib. Lafaz niatnya : "Sahaja Aku sembahyang sunat selepas Maghrib dua rakaat kerana Allah taala."
e) Dua Rakaat Sebelum Isya. Lafaz niatnya : "Sahaja Aku sembahyang sunat sebelum Isya dua rakaat kerana Allah taala."
f) Dua Rakaat Selepas Isya. Lafaz niatnya : "Sahaja Aku sembahyang sunat selepas Isya dua rakaat kerana Allah taala."
Sembahyang-sembahyang tersebut yang dikerjakan sebelum sembahyang fardhu dinamakan "Qabliyah" dan yang dikerjakan sesudah sembahyang fardhu dinamakan "Ba'diyah".
Cara-cara sembahyang adalah seperti berikut :
- Niatnya menurut sembahyang
- Tiada azan dan iqamah
- Tidak dikerjakan secara berjamaah
- Bacaannya tidak dinyaringkan. (Fatihah selepas takbir dan sebarang surah selepas itu)
- Jika hendak dilakukan lebih daripada du rakaat, maka setiap dua rakaat satu salam.
- Sebaiknya hendaklah berpindah tempat ketika mengerjakan sembahyang sunat ba'diyah dari tempat sembahyang fardhu yang dikerjakan sebelumnya.
Sembahyang Sunat Wudhu' Setiap kali seseorang itu selesai berwudhu', disunatkan mengerjakan sembahyang sunat wudhu' dua rakaat dan cara mengerjakannya ialah :
Sesudah berwudhu' membaca doa : Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan tidak ada yang menyekutukan bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya. Ya Allah jadikanlah aku dari golongan yang bertaubat, dan jadikanlah aku dari orang yang suci dan dari golongan orang yang soleh.
Selesai membaca doa tersebut, disunatkan sembahyang sunat Wudhu' dua rakaat dengan lafaz niatnya : "Sahaja Aku sembahyang sunat Wudhu' dua rakaat kerana Allah taala." Sembahyang ini dikerjakan sebagaimana sembahyang yanglain dengan khusyuk dan ikhlas sampai salam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan