Ahad, 15 Ogos 2010

Kemudi KRS di IPGKPP


Tahun 2010, saya melangkah ke fasa baru dalam unit uniform. Dalam keadaan belum bersedia saya telah diamanahkan untuk mengetuai Kadet Remaja Sekolah (KRS) di IPG. Walaupun ada cita-cita ke arah itu namun saya memberi tempoh untuk diri sendiri sehingga saya berjaya ditauliahkan sebagai Mejar (KRS).

Dalam keadaan berjawatan sebagai Kapten (KRS), saya masih ragu-ragu untuk memikul tanggungjawab tersebut. Namun begitu, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sebelum ini berada dalam KRS kerana masih sudi membuka pintu ketika saya memerlukan bantuan. Saya berjanji akan melaksanakan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin demi kecemerlangan unit uniform ini.

Pengalaman yang saya lalui serta ilmu yang saya peroleh sepanjang beberapa tahun bersama-sama KRS akan saya curahkan demi kepentingan guru pelatih yang akan berkhidmat di sekolah nanti. Apa yang penting, saya memerlukan keyakinan yang tinggi di samping komitmen yang padu dalam melaksanakan sebarang program dan aktiviti.

Harapan saya, semua pensyarah yang bernaung di bawah KRS akan memberikan kerjasama dan menjalin persefahaman yang jitu sepanjang tempoh saya mengetuai unit ini. Terima kasih juga kepada pihak atasan yang memberikan kepercayaan kepada saya walaupun masih ramai lagi yang mempunyai ketrampilan dalam menerajui unit tersebut.

Kepada para pelajar yang sedang dan akan menganggotai KRS, saya ucapkan selamat datang kerana hanya dalam KRS sahaja kita mempelajari satu jenis ikatan tambahan iaitu IKATAN BERSAUDARA. HIDUP KRS!

1 ulasan:

  1. salam ziarah blog Puan :)

    search krs dlm google untuk tahu macam mana nak letak lencana pada beret, tengok2 keluar gambar Puan :D

    afnan

    BalasPadam