Isnin, 30 Ogos 2010

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


SELAMAT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN YANG KE 53


KEMERDEKAAN merupakan salah satu nikmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia. Oleh hal yang demikian itu, kita wajib mensyukuri atas nikmat kurniaan Allah itu kerana kita diberi kesempatan menyambut kemerdekaan diri dan negara ke-53 dalam suasana yang penuh aman, damai dan sejahtera.

Menginsafi akan nikmat yang dianugerahi Allah s.w.t kepada kita dengan pelbagai kekayaan hasil bumi, kemudahan infrastruktur, pendidikan, pekerjaan dan lain-lainnya, maka eloklah kita merenung diri sendiri dan bertanya: Apakah sumbangan kita terhadap agama, bangsa dan negara selepas 53 tahun negara kita mencapai kemerdekaan?

Sekiranya kita menyedari akan hakikat kemerdekaan sebagai titik permulaan terhadap kebebasan dalam erti yang sebenar-benarnya, maka sewajarnya kita bersyukur akan nikmat Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Dan (ingatlah mereka wahai Muhammad) ketika Nabi berkata kepada kaumnya: “Wahai kaumku! Kenanglah nikmat Allah (yang diberikan) kepada kamu ketika ia menjadikan dalam kalangan kamu beberapa orang Nabi, dan ia menjadikan kamu bebas merdeka (setelah kamu diperhambakan oleh Firaun dan orang-orangnya) dan ia memberikan kepada kamu barang yang tidak pernah diberikan kepada seseorang pun dari umat-umat (yang ada pada masa itu).” (Al-Maidah: 20)

Intipati daripada seruan Nabi Musa a.s yang menyeru bangsanya mengingati nikmat kemerdekaan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t agar kita memperbaiki diri akan kebebasan kita daripada penjajahan mental dan moral oleh kolonial dan neokolonialisme.

Dalam konteks kesyukuran terhadap nikmat Allah ini, secara realitinya kita dapat bandingkan dengan negara lain seperti yang terpapar di kaca televisyen, internet dan akhbar jelas tergambar akan pelbagai bala bencana dialami manusia – banjir, gempa bumi, kemarau, runtuhan salji, letupan gunung berapi dan peperangan dialami di negara-negara lain itu.

http://ummatanwasatan.net/2008/08/syukuri-nikmat-kemerdekaan/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan