Sabtu, 4 September 2010

Berhati-hati ketika memandu


Dalam keadaan umat Islam sibuk membuat persiapan hari raya yang akan menjelang, kita berasa amat sedih apabila membaca berita-berita kemalangan jalan raya yang saban hari tersiar di dada-dada akhbar. Banyak nyawa yang menjadi korban akibat sikap dan tingkah laku sebahagian kita yang alpa dengan aspek-aspek keselamatan. Pihak berwajib seharusnya memandang serius akan masalah etika pemandu-pemandu di negara ini. Kesedaran yang berterusan dan tindakan yang tegas hendaklah diambil bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita. Kita berasa amat malu kerana kadar kemalangan di negara kita merupakan antara yang tertinggi di dunia.

Selain itu, pemandu-pemandu juga hendaklah menjaga keselamatan kenderaan masing-masing. Akhir-akhir ini pelbagai tektik digunakan oleh penjenayah terhadap pemandu dengan niat hendak merompak, memeras ugut dan melarikan kenderaan ketika pemandu lalai atau lupa menjaga keselamatan diri dan kenderaan. Berikut dinyatakan beberapa tips yang mungkin berguna:
1. Matikan enjin dahulu, keluarkan kunci barulah keluar.
2. Pastikan sentiasa kunci pintu kereta bila berada dalam kereta sebelum mulakan perjalanan.
3. Hati-hati jika diekori. Mereka mungkin perompak. Jika berasa curiga, halakan kereta ke balai polis.
4. Di R&R perhatikan bila ada banyak air dibawah enjin. Mungkin ada orang sudah buka plug radiator dan keluarkan air sewaktu kita rehat, makan dan minum. Jika anda tak perasan dan anda teruskan perjalanan, enjin akan overheating atau terbakar. Masa itu mereka tiba dan minta nak tow atau baiki. Atau di R&R lagi mereka dah minta nak bawa ke bengkel untuk dibaiki. Kalau plug masih berada di radiator, tutup rapat, isi air, tunggu dan lihat kalau-kalau air masih menitik. Jika baik teruskan perjalanan anda.
5. Bawa komputer bersama-sama ketika pergi minum, bergilir minum atau teruskan perjalanan anda. Seeloknya cabut bateri komputer bila bawa komputer. Cara demikian mereka tidak dapat kesan komputer kita yang ada di belakang kereta atau dalam beg yang kita bawa.
6. Di kawasan parking, depan rumah di mana-mana saje, jika perompak minta kunci kereta, tak usahlah berlawan. Serahkan saje dan buat laporan polis agar kita dapat tuntut ganti rugi daripada pihak insurans Kita mengambil risiko yang sangat tinggi bila berlawan atau bergelut dengan penjenayah. Nyawa kita mungkin terkorban. Bila buat laporan jangan sesekali menunjukkan kelemahan atau kecuaian kita.
7. Bila berjalan ke kereta di tempat parking:
- perhatikan jika ada orang mengekori.
- Berjalan terus ke kereta, bila sampai baru buka pintu dengan remote control (alat kawalan jauh). Hampir semua kereta sekarang dilengkapi dengan kunci begini. Jangan buka terlalu awal. kalau hendak cari kereta, tekan alarm, bukan buka pintu untuk dengar bunyi.
- Bila dah masuk terus kunci pintu (central locking) semua pintu terkunci.
* Kalau ada orang yang tak dikenali berlegar dikeliling kenderaan kita, tekan alarm.
* Kunci "remote" hendaklah bersama kita bila kita tidur. Jika ada orang ceroboh kawasan rumah itulah alarm kita.
8. Jika hendak tinggalkan anak-anak dalam kereta yang enjin dihidupkan (ada aircond), kunci pintu minta anak- anak jangan buka pintu dalam keadaan apa sekali pun. Selalunya sekejap aje nak beli sesuatu di kedai. Suruh anak-anak bunyikan hon berkali-kali jika ada orang yang tak dikenali cuba nak buka pintu atau berlegar berhampiran kereta. Bila kita dengar, baliklah ke kereta dan check. Jangan pulak biarkan sahaja. Hon itu juga akan menarik perhatian orang ramai.
9. Perempuan selalu dipilih sebagai mangsa. Cuba elak menghias kereta yang terang-terang boleh menunjukkan bahawa pemiliknya adalah perempuan.
10. Di stesen minyak, jika ada orang volunteer nak isi angin tayar, check penutup selepas diisi. Jika orang itu hendak sabotaj kita atau konspirasi dengan bengkel, dia masukkan batu kecil kedalam penutup. Bila ditutup batu kecil itu akan menekan punat valve dna angin akan keluar secara perlahan. Tayar kita kempes umpama pancit dalam perjalanan sedangkan tidak pancit pun.

Ini adalah beberapa contoh jenayah yang kerap berlaku yang melibatkan kenderaan bermotor serta langkah berjaga-jaga yang boleh diambil.. Lengkapkan keselamatan dengan doa bila nak berjalan/ travel. Kes atau jenayah seumpama ini meningkat bila tiba musim perayaan, mana-mana perayaan sekali pun. Semoga Allah lindungi kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan