Selasa, 16 November 2010
Bingka Labu
Bahan2:
1/2 biji labu kupas kulit, potong dadu dan rebus
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
4 biji telur
1 cawan santan
1 camca margerin
secubit garam
1/4 camca esen vanila
Cara2:
1. Toskan labu yang telah masak dan kisar halus. Asingkan.
2. Masukkan telur, gula, santan dan tepung ke dalam bekas pengisar. Kisar hingga halus.
3. Masukkan garam dan esen vanila.
4. Tuang kesemua bahan dalam bekas yg telah digris.
5. Masukan margerin dan gaul rata.
6. Bakar dalam suhu 180C dalam masa 40 minit.
7. Bagi memastikan bingka benar-benar masak...cucuk bhgn tengahnya dgn lidi pencucuk. Jika lidi bersih & tidak bersalut....bermakna bingka telah masak.
p/s: Biasanya saya suka masak bingka kentang ttp apabila mencuba bingka labu..terbukti memang lazat & menyelerakan. Cubalah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan