Jumaat, 3 April 2009

SPAGETTI BOLOGNESE

Bahan:

1 paket spagetti
400 gm daging cincang halus [mince meat]
1 tin cendawan butang [potong 2]
1 biji carrot [potong dadu]
2 biji putik jagung [potong kecil]
2 biji tomato [potong dadu]
4 s/b cili mesin
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 s/b lada hitam

1/2 cawan tomato sos

1/2 cawan air
minyak
garam
aregano
daun sup [cincang halus]

Cara Memasak
1. Panaskan air dan garam. Bila mendidih masukkan spagetti. Biarkan lembut dan toskan.
2. Gaulkan dengan sedikit minyak dan masukkan dalam pinggan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Biarkan sehingga wangi.
4. Masukkan cili dan kacau sehingga wangi & naik minyak.
5. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak lagi.
6. Masukkan sos tomato, sayuran yg dipotong, garam, air dan lada hitam.
7. Gaul rata dan biarkan naik minyak lagi.
8. Angkat dan tuangkan atas spagetti yg didalam pinggan.
9. Taburkan aregano dan hirisan daun sup


Kesan minum air batu ke atas paru-paru

Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini.

Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air.

Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esofagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity).

Apabila seseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain.

Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida.

Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.

Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah.

Kritikan Sastera

Ciri-ciri Kritikan Sastera

Dalam melaksanakan kerja-kerja kritikan, seseorang kritikawan atau pengkritik tidak terlepas daripada terikat dengan ciri-ciri tertentu yang perlu dilaksanakan, ianya bersesuaian atau selaras dengan kritikan sastera itu sebagai satu disiplin ilmu yang bersifat bersistematik, ciri-cirinya ialah:

i. Sanjungan
ii. Teguran
iii. Saranan
iv. Pendekatan
v. Penganalisaan
vi. Penilaian

i. Sanjungan

Hasil daripada pembacaan terhadap sesebuah karya kreatif, maka akan timbul reaksi atau tindakbalas pembaca terhadap karya itu sendiri. Ianya mungkin bersifat yang positif atau mungkin negatif, perasaan tidak puashati atau merasakan karya yang dibacanya mempunyai kelebihan atau menampakkan kelainan. Hasilnya pengkritik atau pembaca akan melahirkan sanjungan terhadap karya tersebut, sama ada dari aspek isi, teknik persembahan mahupun pengarang yang menulis karya tersebut.

ii. Teguran

Kebiasannya seseorang pengkritik juga akan menegur hasil daripada penelitian yang dibuat berdasarkan sesebuah karya yang dibacanya. Teguran yang diberikan mestilah bersifat membina bukannya bertujuan menghancur atau memperlekeh sesebuah karya sastera.

iii. Saranan

Ianya melibatkan aspek-aspek pembinaan yang lebih ke arah menghasilkan sesebuah karya yang lebih bermutu dan mantap. Yang melibatkan cadangan atau pandangan serta idea-idea berbentuk perubahan. Pengkritik yang jujur, baik biasanya mahu melihat perkembangan kesusasteraan yang lebih mantap selaras dengan matlamat itu biasanya pengkritik akan memberi saranan yang bertanggungjawab, bernas, jitu serta matang dalam memartabatkan dunia sastera.

iv. Pendekatan

Persediaan atau kaedah yang diguna pakai ia juga membawa maksud cara bagaimana mendekati atau menganalisa karya sastera. Kebiasaanya ia melibatkan ilmu-ilmu tertentu sesuai dengan kritikan sebagai satu disiplin ilmu, di antara pendekatan yang diguna pakai dalam ukutara sesebuah kritikan ialah Formalistik, sosiologi, moral Psikologi dan Linguistik.

v. Penganalisaan

Cerakinan yang dibuat terutamanya dalam aspek persolan yang diutarakan oleh sesebuah karya sastera. Pengkritik biasanya akan menggabungjalinkannya dengan aspek sosiobudaya. Di samping itu juga pengkritik mungkin akan membuat pemerincian tentang watak yang terlibat berhubung dengan pelbagai perkara seperti aspek psikologi, nasionalisme dan sebagainya.

vi. Penilaian

Justifikasi atau penghakiman yang dibuat terhadap sesbuah karya sastera setelah dilakukan pengamatan, pentafsiran, penganalisaan, pertimbangan yang wajar serta rasional berpandukan hujah, bukti serta pendapat. Kesinambungannya pula ialah membolehkan seseorang pengkritik meletakkan ukuran dalam
penentuan nilai bagi sesebuah karya sastera sama ada hebat, bermutu,besar sederhana mahupun kecil.


Fungsi Kritikan Sastera

Sebagai satu cabang disiplin ilmu yang bersistematik serta bersifat saintifik, kritikan juga mempunyai tujuan serta fungsi yang tertentu:

i. Proses Berkarya

a. Menentukan status sesebuah karya kreatif sama ada berkualiti atau tidak
b. Memudahkan pengarang melihat ciri-ciri karya kreatif yang bermutu, bagi membantu pengarang menghasilkan karya yang lebih baik
c. Membantu pengarang menepati kehendak pembaca / kelompok pembaca karya kreatif (Memberi keterangan kepada pengarang bagaimana menyesuaikan diri sendiri dengan pembaca)
d. Menepati kiteria-kiteria karya kreatif
e. Menolong pengarang mendidik orang ramai


ii. Penghayatan Karya

a. Memudahkan pembaca menikmati / menghayati sesebuah karya kreatif (kupasan / analisa)
b. Membantu pembaca memilih karya yang berkualiti (menolong membezakan karya yang baik dan yang tidak baik)
c. Membudayakan budaya membaca. (Memberi perangsang dan mendidik orang ramai supaya lebih giat membaca)
d. Memperkenalkan buku-buku baru kepada orang yang tidak sempat membacanya


iii. Dunia Kritikan

a. Memperkembang serta menyebarluaskan ilmu pengetahuan
b. Mempromosi / mempopularkan ilmu kritikan sebagai satu disiplin ilmu yang boleh membantu percambahan pengetahuan
c. Menyedarkan masyarakat tentang realiti sebenar kesusasteraan (Menolong menghapuskan sebarang prasangka yang buruk terhadap sastera)
d. Membantu menjadi jalan tengah di antara pembaca dengan penulis (Membaiki salah faham di antara pengarang dengan pembaca)

KRITIKAN FEMINISME

KRITIKAN Feminisme mula berkembang di rantau Eropah dan Amerika sejak awal abad ke-18. Sejak itu, kritikan feminisme menular dalam disiplin ilmu khususnya dalam ilmu kesusasteraan sebagai teori yang cukup gamat dengan suara-suara lantang golongan wanita mengenai kedudukan dan peranan mereka dalam dunia penghasilan karya.

Dunia teori dan kritikan sastera telah ditemukan dengan tokoh-tokoh yang cukup menggemparkan dunia kritikan yang selama ini dikawal oleh lelaki sehingga disebut sebagai male critical theory, kata Dr. Siti Hajar Che Man menjelaskan dalam makalahnya, Teori dan Kritikan Feminisme Dalam Teks Sastera.

Katanya, “Untuk menyeimbangkan keadaan ini, pemikir dan golongan sarjana feminis telah mengemukakan dua bentuk dan gaya kritikan iaitu feminist critique dan gynocritism yang pernah dikemukakan oleh Elaine Showalter Kedua. Metod bacaan ii memfoluskan karya dan bacaan teks sastera dengan dua kaedah iaitu women as reader dan women as writer.”

Menurutnya, ekspresi pengalaman wanita amat penting tetapi kerap dipandang remeh dan kerana itu juga hasil karya-karya mengenai citra wnaita di tangan pengarang lelaki tidak tepat.

Namun katanya, persoalan pengalaman inilah yang akan membezakan antara karya-karya pengarang wanita dan lelaki.

“Walaupun pada hakikatnya akan terdapat beberapa idea dan bentuk selari tetapi pengalaman yang dicetuskan wanita lebih terasa kesensitifannya.

“Sebabnya ialah peristiwa yang dipotretkan melalui karya biasanya dialami oleh wanita itu sendiri. Justeru, pengalaman yang digambarkan lebih mendekati realiti sebenarnya. Apa yang menimbulkan rasa curiga dan prasangka di kalangan wanita dan pengkritik feminisme ialah bagaimana pengarang lelaki memotretkan citra wanita dari kaca mata mereka.”

Berbagai ragam dan gaya watak wanita dilakarkan secara rambang kerana mereka beranggapan wanita sebagai bahan karya. Wujudnya pandangan yang dipengaruhi dengan prasangka itulah, maka pengkritik feminis berusaha untuk membina semula satu bentuk wacana baru mengenai citra wanita yang sewajarnya dalam karya sastera.

“Jadi, apa pula tugas pengarang wanita mahupun pengkritik wanita dalam menangani persoalan ini? Menurut Showalter, mereka seharusnya mencari bahasa dan ungkapan yang baru dan cara serta kaedah baru membaca yang boleh menyatupadukan kecerdikan dan pengalaman, sebab-musabab, visi dan rasionaliti.

“Apa yang terjadi ialah wanita selama ini dipinggirkan. Pengalaman wanita tidak diendahkan tapi dinyahkan, suara wanita dibisukan dan aktiviti wanita dipenjara atau dikongkong mahupun ada waktunya disekat dari terus aktif atau berkembang,” tambahnya.

Salah seorang pengkritik feminis yang terkenal, Gayatri Chakraviorty katanya, telah menggunakan aliran dekonstruksi ini dalam membincangkan secara progresif mengenai politik, gender dan ras.

Katanya, akan tetapi kebanyakan analisis yang menggunakan aliran ini terutamanya dalam kritikan sastera di Amerika gagal untuk menyelesaikan persoalan mengenai konteks sosial yang membabitkan kuasa.

Walau bagaimanapun jelasnya, pemikir feminis seringkali menemui kebuntuan dalam usaha mereka untuk menjawab dan membuat pindaan terhadap pandangan dan hujah Freud mengenai system tanda dan tanggapan negative mengenai seksualiti wanita.

“Kebuntuan ini terjadi kerana penghujahan teori dan kritikan psikoanalisis Freud mengenai feminisme agak rumit. Freud bukan sahaja menyumbangkan aspek kefahaman psikologi wanita tetapi juga beliau memerikan wanita sebagai insan yang tidak lengkap atau tidak sempurna.

“Dalam konteks ini, psikoanalisis yang dipelopori Freud banyak memberi sumbangan kepada suatu tafsiran wanita yang berfokuskan kepada bahasa dan subjektiviti wanita,” katanya.

Kata Dr. Siti Hajar, dengan hasrat menentang Freud, Irigary dan Cixous telah mencadangkan supaya kesuburan dan kelimpahan jasad wanita dapat membuahkan seribu satu jenis keinginan.

Untuk itu, Cixous ujarnya, turut menggalakkan kaum wanita lain supaya menulis atas kesedaran tentang keistimewaan yang dimiliki oleh mereka.

“Dalam usaha mereka untuk melemah dan meruntuhkan kuasa lelaki, pengkritik feminis menggunakan berbagai cara. Cixous, Irigary, Kristeva dan Showalter, umpamanya telah meletakkan persoalan retorika kasih dan sayang secara bersisi-sisian. Kasih sayanglah yang memecahkan bendung prasangka dan hierarki sistem penandaan lelaki.

“Walaupun teofi falsafah dan psikologi amat penting kepada lelaki tetapi wacana mereka ini gagal untuk memotretkan wanita. Persoalan ini menjadi satu tugas sarjana feminis untuk membina definisi sendiri supaya istilah otherness itu benar-benar meneguhkan kekuasaan atau autonomi wanita.

“Golongan feminis ingin menyuarakan semua identity, jiwa dan sejarah wanita asli dengan menggunakan bahasa yang dapat menepati hasrat tersebut. Justeru, saranan Jocobus yang menyarankan bahawa usaha-usaha golongan feminis ini harus meliputi pencarian bahasa wanita yang bebas daripada gagasan dan saranan Freud harus diambilkira.”

Walau bagaimanapun penyelesaian untuk mencari, membina imej dan identiti wanita dengan menggunakan bahasa masih menimbulkan percanggahan yang timbul kerana pencapaian bahasa wanita ini masih menimbulkan polemik di kalangan sarjana dan pengkritik feminis.

“Oleh yang demikian, adalah lebih bermanfaat sekiranya bahasa wanita yang disarankan tidak dibekukan dengan diberi status takrif tetapi dianggap sebagai sebahagian daripada perbahasan mencari semula identiti wanita yang masih berterusan.”

Khamis, 2 April 2009

SAJAK 'MELAYU' ( USMAN AWANG)

Melayu Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahsanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistan,
semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mua'laf bertakrif Melayu ( Setelah disunat anunya itu )

KEMAHIRAN MENULIS

Peringkat untuk pelahiran & Kesalahan-kesalahan biasa dalam tulisan.
• Peringkat pramenulis (persediaan)
• Peringkat mendirikan asas
(peringkat mekanis)
• Peringkat untuk pelahiran

Peringkat Pramenulis
• Tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka
dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul.
• Pelajaran tulisan yang dirancang haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-
aktiviti pramenulis yang berbentuk bebas.

Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut :
• Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan.
• Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna.
• Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.
• Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata.

Aktiviti-aktiviti Pramenulis

• Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan.
• Latihan mewarna dari kiri ke kanan atau sebaliknya.
• Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir atau di rumput
tanpa menggunakan alat tulis.
• Latihan-latihan gerak jari dengan memainkan jari, menekannya, meramaskannya,
menggoyangkan tangan, dan sebagainya.
• Latihan-latihan membentuk garisan lurus.
• Latihan membentuk corak-corak dan garisan lurus.
• Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat.



Peringkat mendirikan asas(peringkat mekanis)
• Setelah latihan pramenulis, murid-murid boleh dilatih membentuk lambang-lambang
tulisan.
• Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di kertas kosong yang tidak
mempunyai sebarang garisan.
• Setelah itu, barulah dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris, kawalan
tulisan perlu dilakukan.
• Ia harus bermula daripada garisan yang lebar hingga kepada lembaran satu garis.
• Latihan Menulis Terkawa Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan
terkawal.
• Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua.

Akitiviti-aktiviti Peringkat Mendirikan Asas
• Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan.
• Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan.
• Memadam dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan bermakna.
Sa-ya a-da bu-ku.

• Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang kosong
Di m_na d_a ana_ ka_bing say_.
• Menyalin perkataan yang mudah.
tidur
• Menyalin ayat-ayat yang mudah.
Azwan suka tidur

Peringkat untuk pelahiran

• Setelah menguasai menulis mekanis, murid-murid patut digalakkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis.
• Cara-cara yang dicadangkan ialah berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong, melengkapkan ayat-ayat dan perenggan sehingga boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan.

Kesalahan-kesalahan biasa dalam tulisan

• Bentuk huruf buruk, tidak sama besar atau kecilnya.
• Jarak huruf atau perkataan tidak seimbang, begitu juga dengan kedudukannya, tegak dan
condong.
• Tulisan kotor kerana terlalu banyak menggunakan getah pemadam.


CONTOH-CONTOH KESALAHAN BAHASA
• PELAJAR-PELAJAR Melayu di Negara Brunei Darussalam
• pada kebiasaannya menggunakan dialek Melayu
• Brunei untuk berinteraksi di antara satu dengan yang
• lain. Walaupun ketika di sekolah, mereka masih juga
• menggunakan dialek tersebut untuk berkomunikasi
• dengan guru mereka. Sehingga dialek tersebut
• mempengaruhi pembelajaran bahasa melayu mereka.

TEKNIK MEMBACA

Teknik Membaca SQ3R
SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
SQ3R adalah singkatan bagi;
S (survey) tinjau
Q (question) soal/tanya
R (read) baca
R (recite) imbas kembali atau nyatakan secara lisan
R (review) baca semula
Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks.
Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.
Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.
Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraiakannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.
Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca.
Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.
Ke Atas
Skimming dan Scanning
Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula. fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.
Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming.
Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.

PUISI MODEN

MEMAHAMI SAJAK ( BENTUK)
PENGENALAN Sajak ialah hasil kreatif berangkap moden yang dapat dilihat bentuknya. Panjangnya kira-kira satu muka surat dengan pecahan- pecahan baris dan bait yang tersusun. Apabila kita berhadapan dengan sajak, kita akan lihat dari kaca mata luaran atau fizikalnya sebelum jauh menyelami kandungan sajak itu.
RANGKAP • Selain 'rangkap', istilah-istilah lain yang digunakan untuk membicarakan sajak ialah 'bait' dan 'stanza'. • Istilah ini ada hubungannya dengan perenggan atau paragraf dalam karya prosa tetapi mempunyai aturan sendiri. • Paling minimum, sesebuah sajak mempunyai SATU rangkap. • Ia boleh mencapai seberapa banyak rangkap.
BARIS • Kita memahami bentuk sajak daripada baris-baris dalam sesuatu rangkap. • Kita dapat mengenalpasti jumlah baris dalam rangkap-rangkap yang ditulis. • Baris-baris itu memperlihatkan bentuk sebenar sajak. • Jumlah baris dalam rangkap- rangkap boleh berbeza dalam sesebuah sajak.
Monoton - hanya ada SATU baris dalam rangkap. Distikon - bentuk sajak yang mengandungi DUA baris dalam satu rangkap. Terzina - merujuk kepada sajak yang mengandungi tiga baris serangkap.
Quatrain - sajak yang mengandungi empat baris dalam satu rangkap. Quint - sajak yang mengandungi lima baris bagi setiap rangkap. Sekstet - berasal dari kata six atau enam. Merujuk kepada sajak yang mengandungi enam baris serangkap.
Septain - sajak yang mengandungi tujuh baris serangkap. Oktaf - sajak yang mengandungi lapan baris bagi setiap rangkap
Soneta Sajak yang mengandungi empat belas (14) baris yang semuanya dengan empat rangkap. Rangkap pertama dan kedua mengandungi masing-masing empat baris. Rangkap ketiga dan keempat masing- masing mengandungi tiga baris.
SUKU KATA • Bagi menentukan bentuk sesebuah sajak, perlu juga membuat penelitian terhadap jumlah suku kata (syllable) dalam sesuatu baris sajak. • Dalam sajak tidak terikat kepada jumlah suku kata. • Bagaimanapun, ada sajak yang secara tidak langsung terpengaruh dengan jumlah suku kata. Ini dikaitkan dengan jumlah suku kata yang terdapat dalam pantun dan syair. • Jika sajak itu terpengaruh dengan bentuk puisi tradisi; dikatakan sajak itu terikat( persis bentuk pantun dan syair)
RIMA •Rima merujuk kepada rentak bunyi sama ada secara pengulangan atau bertentangan yang terdapat pada baris-baris puisi bagi bait-bait tertentu. •Rima mungkin terdapat di awal, di tengah atau di hujung. •Ia memberikan nada atau rentak yang menarik bagi sesebuah puisi lama mahupun puisi moden.
** Rima Awal •Rima awal terjadi pada suku kata awal setiap baris puisi lama atau moden. •Rima ini bersamaan dengan istilah ANAFORA. Contoh : Jika engkau angin duka Jika engkau merpati putih Jika engkau laut terbuka Jika engkau awan-gemawan berarak mesra Jika engkau kali mengalir beriring ke kuala Jika engkau bunga mentari di taman indah Di luar diri: engkau adalah musuh mimpi - jahat anak manusia
*** Rima Akhir • Rima akhir pula adalah berlawanan dengan konsep rima awal, iaitu bunyi suku kata akhir dalam sesebuah puisi sama ada secara bertentangan atau secara sama. • Rima sama di hujung; dalam sajak disebut sebagai EPIFORA. Contoh : Pulau pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.
Terikat Terikat merujuk kepada sajak yang tidak bebas malah terbawa-bawa kepada unsur puisi tradisi khususnya pantun dan syair. Kedua-dua puisi tradisi ini kadang-kadang mempengaruhi penulisan sajak mutakhir. Ia mempunyai ciri-ciri yang ketat dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi dari segi bait, rima, baris, suku kata dan sebagainya.
Terikat kepada pantun • Terikat kepada pantun dikatakan pada sajak- sajak yang dipengaruhi oleh semua atau sebahagian daripada ciri-ciri dalam pantun. • Dalam pantun, terdapat empat baris serangkap dengan rima akhir a/b/a/b/ atau dalam pantun enam kerat rima akhirnya a/b/a/b/a/b/. • Setiap baris dalam pantung mengandungi kira- kira empat perkataan atau lapan hingga dua belas suku kata. • Dalam sesuatu rangkap empat baris, baris pertama dan baris kedua dikatakan sebagai pembayang maksud dan baris ketiga dan keempat sebagai maksud. • Sesuatu rangkap pantung boleh berdiri sendiri dan membawa maksudnya secara langsung.
Terikat kepada syair • Terikat kepada syair merujuk kepada sajak yang dipengaruhi sebahagiaan atau sepenuhnya ciri-ciri syair. • Syair mengandungi empat baris setiap rangkap dengan rima akhirnya sama iaitu a/a/a/a/. • Setiap baris mengandungi empat perkataan atau antara lapan hingga dua belas suku kata. • Syair merupakan gambaran sesebuah peristiwa atau cerita. • Syair jarang boleh berdiri sendiri bagi satu-satu rangkap tetapi ia bersambungan antara satu rangkap dengan rangkap berikutnya. • Cerita lama yang berbentuk syair ialah Syair Siti Zubaidah dan Syair Perahu.
Sajak Bebas • Bentuk bebas ini mempunyai ciri-cirinya tersendiri yang boleh diperhatikan dan dibuat perbandingan. • Sajak-sajak yang ditemui mutakhir ini umumnya berbentuk bebas.
Sajak Visual • Visual bermaksud pembentukan benda dalam sesebuah sajak. • Selalunya sajak jenis ini tidak dimulakan dengan ayat-ayatnya pada awal baris seperti kebanyakan sajak. • Kadang-kadang, terbentuk suatu objek apabila disambung susunan bentuk ayatnya.
Kesimpulan Apabila kita melihat bentuk sesebuah sajak, elemen-elemen di atas patut diberikan penelitian, walaupun tidak semuanya relevan bagi membicarakan bentuk sebuah sajak. Paling kurang sesebuah sajak boleh dilihat pada baris, rangkap, rima, suku kata, visual dan unsur keterikatannya dengan puisi lama.
Soalan-soalan 1. Apakah yang dimaksudkan dengan 'sajak terikat'? 2. Dua aspek yang dikaji dalam bentuk sesebuah sajak ialah suku kata dan baris. Huraikan dengan memberikan contoh. ***************

BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL (SOALAN)

Kenal pasti kesalahan umum tatabahasa dalam ayat-ayat di bawah
1. Di masa kini banyak pelajar sekolah yang menghisap rokok secara terang .
______________________________________________________________________________
2. Kelalaian menguasai bahasa Inggeris di kalangan pelajar menyebabkan mereka
menghadapi masalah dalam pelajaran.
______________________________________________________________________________
3. Pasukan bomba bertungkus lumus memadamkan api daripada menular ke rumah yang
berhampiran.
______________________________________________________________________________
4. Bila angin bertiup kencang banyak dedaun kering yang gugur di halaman rumahnya.
______________________________________________________________________________
5. Aminah menggaru-garu kepalanya berkali-kali sebab tidak dapat menjawab soalan ujian
itu.
______________________________________________________________________________
6. Abang dan kakak sangat sukakan gulai tempoyak yang dijual di Cik Li Restoran.
_____________________________________________________________________________
7. Tawa hilai anak comel yang nakal itu memecah kesunyian rumah besar orang-orang kaya
itu.
_____________________________________________________________________________
8. Fitri menjerit dan melompat keriangan menyambut kepulangan ibunya.
_____________________________________________________________________________
9. Kita perlu yakin yang kita akan berjaya jika kita sanggup menghadapi segala cubaan.
_____________________________________________________________________________
10. Berita perceraian pasangan penyanyi popular itu tersiar ke seluruh negara dan menjadi
perbualan hebat.

Rabu, 1 April 2009

STRATEGI P & P PEMULIHAN KHAS

STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Masalah Membaca


•Masalah mengenal huruf.
•Masalah menyebut bunyi huruf.
•Tidak boleh menyebut nama huruf dengan tepat.
•Masalah membaca huruf besar.
•Tidak boleh membatang suku kata dgn betul.
•Masalah menyebut perkataan.
•Masalah membaca ayat-ayat dgn lancar.


Masalah Menulis
•Masalah menulis huruf dengan betul.
•Masalah menulis jarak dan tempat huruf dalam perkataan.
•Masalah menulis jarak perkataan dalam ayat.


MASALAH MENGIRA

•Masalah penguasaan nombor.
•Masalah menguasai operasi tambah dan tolak.
•Masalah penguasaan operasi darab dan bahagi.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN MURID

•Aktiviti hendaklah membolehkan murid mendapat maklum balik dengan segera melalui hasil kerja sama ada betul atau salah. Ini akan membantu murid mencapai kemajuan dan menguasai konsep serta keyakinan diri dan sikap positif.

PERANCANGAN AKTIVITI

•Teknik
–Pengajaran kump, kecil.
–Pengajaran rakan sebaya
–Pengajaran individu.
•Bahan
–Pelbagai jenis yang mengekalkan minat dan mengukuhkan sesuatu kemahiran yang baru dipelajari.
–Bahan yang memberikan murid seberapa banyak peluang belajar melalui deria rasa, penglihatan dan pendengaran.


PERANCANGAN AKTIVITI

•Teknik
–Pengajaran kump, kecil.
–Pengajaran rakan sebaya
–Pengajaran individu.
•Bahan
–Pelbagai jenis yang mengekalkan minat dan mengukuhkan sesuatu kemahiran yang baru dipelajari.
–Bahan yang memberikan murid seberapa banyak peluang belajar melalui deria rasa, penglihatan dan pendengaran.

–Bahan latihan yang digunakan hendaklah membolehkan murid mengetahui dgn serta merta sama ada reaksi, respon dan jawapan yg diberi olehnya betul atau salah.
(Ini akan memberi galakan dan keyakinan diri kepada mereka)



PENGELOLAAN P&P

Langkah-langkah:
1.Pengenalpastian pelajar.
2.Penganalisisan masalah.
3.Perancangan
4.Penyampaian
5.Penilaian.


Pengenalpastian Pelajar

•Untuk menentukan kump. Lemah, sederhana dan baik.
•Dilakukan melalui ujian diagnostik.

Perancangan

•Perancangan pengajaran dirancang berdasarkan objektif pengajaran.
•Perancangan pengajaran perlu mengambilkira perkara berikut.
–Jangkamasa peruntukan setiap aktiviti.
–Strategi dan cara menguruskan kerja kumpulan
–Kaedah pengajaran
–Penggunaan BBM
–Kaedah penilaian



Penyampaian

•Berdasarkan prinsip asas pengajaran pemulihan.
–Aktiviti P&P menumpukan drp kongkrit kepada abstrak , mudah kepada susah.
–Bantu pelajar memahami suatu konsep dgn alat BBM.
–Latihan bertulis harus diadakan selepas aktiviti pengajaran guru.
–Aktiviti penilaian diberikan selepas aktiviti latihan bertulis.


PENDEKATAN CERAKINAN

u1; Memperkenalkan ayat.
u2: Memperkenalkan rangkaikata.
u3: Memperkenalkan perkataan
u4: Memperkenalkan suku kta.
u5: Memperkenalkan huruf.


PENDEKATAN BINAAN

u1: Memperkenalkan huruf vokal.
u2: Memperkenalkan huruf konsonan.
u3: Menggabungkan huruf vokal dan konsonan untuk membentuk suku kata.
u4: Menggabungkan suku kata untuk membentuk perkataan.
u5: Menyusun perkataan menjadi ayat.



KAEDAH P & P BAHASA MELAYU

1:KAEDAH FONIK.
Murid diperkenalkan dengan bunyi huruf bukannya nama huruf.
2: KAEDAH ABJAD.
Murid dikenalkan dengan nama
nama huruf.
3: KAEDAH PANDANG & SEBUT.
Murid terus dikenalkan dengan perkataan tanpa


CADANGAN AKTIVITI P & P DI DALAM KIOSK

KIOSK BAHASA AKTIVITI MURID
uBerkongsi nota
uMembaca
uBercakap
uMenulis
uBermain permainan perkataan
uMengubah puisi
uBercerita
uMemberi pendapat
uMengajar
uMenggunakan perbendaharaan

POLA KESELARASAN HURUF VOKAL

Aspek keselarasan vokal agak luas mempengaruhi Sistem Ejaan Baru. Dalam sistem baharu ini, pemakaian huruf vokal telah diselaraskan dan dikenali sebagai Sistem Keselarasan Vokal yang mempunyai 18 pola.



Penyelarasan vokal dalam Sistem Ejaan Baharu ini selalu disalahfahamkan. Penyelaraaan vokal hanya berlaku pada dua suku kata akhir, kata akhir dan kata akar sahaja, itu pun sekiranya suku kata akhir itu tertutup.


Kata akar ialah bahagian perkataan yang tertinggal apabila semua imbuhan telah diasingkan. Contohnya perkataan ‘mempersoalkan’ akarnya ialah ‘soal’.


Suku kata ialah pecahan perkataan mengikut adanya bunyi vokal. Contohnya :

‘pagi’ – 2 suku kata; ‘pa’ dan ‘gi’.
‘perigi’ – 3 suku kata; ‘pe’, ‘ri’ dan ‘gi’
‘keluarga’ – 4 suku kata; ‘ke’, ‘lu’, ‘ar’ dan ‘ga’
‘cenderawasih’ – 5 lima suku kata; ‘cen’, ‘de’, ‘ra’, ‘wa’ dan ‘sih’
‘lap’, ‘pun’ – 1 suku kata.


Jika perkataan akar itu terdiri daripada tiga suku kata atau lebih, maka penyelarasan vokal hanya berlaku dalam dua suku kata akhir sahaja, sekiranya perkataan itu adalah suku kata akhir tertutup. Suku kata tertutup ialah suku kata yang berakhir dengan huruf konsonan seperti ‘dak’, ‘kang’, ‘ih’, ‘ut’ dan lain-lain.

Penyelarasan vokal berlaku jika vokal dalam suku kata sebelum akhir itu (iaitu dalam kata akar) terdiri daripada i, a, u dan e taling. Maka hanya vokal i dan u yang boleh berlaku dalam suku kata akhir tertutup. Contoh :

bilek  bilik
pikol  pikul
kecimpong  kecimpung
basoh  basuh
serundeng  serunding
kedekot  kedekut


Sekiranya suku kata sebelum akhir mempunyai vokal e atau o, maka suku kata akhir tertutupnya juga mempunyai vokal yang sama. Contoh:

e – e : belek, tempeleng
e – o : selok, belok
o – e : korek, celoreng
o – o : korok, tembolok

Ada dua hal penting mengenai penyelarasan vokal ini:
1) Pemakaian vokal di tempat lain tidak berubah. Contoh : boleh, orang, kurang, terompah dan goreng
2) Kata pinjaman tidak menurut sistem ini. Contoh : kabaret, jaket, atom, kontraktor dan setem.

Selasa, 31 Mac 2009

LARAS BAHASA

Konsep Laras bahasa

– gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa.
– variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi atau jenis bahasa yang ada pada tiap-tiap pengguna bahasa.

– Ure dan Ellis, 1977: jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan.

– Halliday, 1968: variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Laras berubah-ubah mengikut situasi. Apabila kita mengamati perlakuan bahasa yang wujud dalam berbagai-bagai konteks, kita dapati kelainan dan jenis-jenis bahasa yang digunakan disesuaikan dengan situasi yang berlainan.

 Jumlah laras seseorang itu menggambarkan keseluruhan pengalaman bahasanya dan peranan yang dimainkan olehnya dalam masyarakat. Semakin besar jumlah peranannya, semakin banyak laras bahasa yang dikuasainya.

 Jumlah laras yang wujud dalam masyarakat bahasa menggambarkan pengalaman bahasa masyarakat itu kerana kemunculan laras bahasa selari dengan kewujudan situasi-situasi penggunaan bahasa.

 Laras berubah selaras dengan perubahan sosial dan kebudayaan yang berlaku dalam masyarakat. Ferguson, 1968: satu ukuran bagi menentukan taraf kemajuan ialah menerusi jumlah laras yang wujud dalam bahasa berkenaan.

Ciri Laras Bahasa

 Ciri keperihalan
 Ciri linguistik

Ciri keperihalan

 Situasi luaran

 Latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.

 Ruang lingkup yang luas meliputi: struktur sosial dan keseluruhan cara hidup.

 Laras bahasa Melayu lama hendaklah dikaitkan dengan situasi istana dan tradisi sastera lisan.

 Laras ucapan rasmi hendaklah mengambil kira bentuk sapaan, teknik berucap, dan bentuk penutup ucapan yang sesuai.

Situasi persekitaran

 Aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa:
(i) Cara penyampaian
(ii) Hubungan sosial dan peribadi antara pengguna bahasa
(iii) Bahan yang diperkatakan
(iv) Fungsi sosial perlakuan bahasa.
4.2.2 Ciri linguistik

 Unsur-unsur sistem bahasa yang melibatkan aspek bunyi, perkataan, frasa, dan ayat. Tiap-tiap laras dapat dikenali melalui penggunaan ciri-ciri linguistik tertentu.

Jenis dan format laras

 Sesetengah laras mempunyai format tersendiri sekaligus membezakan laras berkenaan. Antara laras yang mempunyai format tersendiri ialah laras undang-undang (akta), laras ucapan, laras iklan (tender) dan laras laporan berita dalam akhbar.

Laras-laras lain:
- laras sukan
- laras sains (kepelbagaian laras sains)
- laras sastera
- laras agama
- laras ekonomi
- laras undang-undang

Kesimpulan

Laras perlu dipelajari sebagai satu kemahiran. Laras dalam bahasa Melayu moden terutama laras formal dan rasmi merupakan laras khusus yang amat penting bagi mereka yang amat visible dari segi penggunaan bahasa.

WACANA

Konsep wacana

Wacana ialah satuan bahasa yang terlengkap dalam hierarki gramatikal tertinggi atau terbesar dan bukanlah kata atau kalimat sebagaimana yang dianggap oleh beberapa kalangan dewasa ini, melainkan wacana. (Harimurti Kridalaksana

Wacana ialah unit bahasa yang melepasi batas ayat kerana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku, atau sebagainya yang memperlihatkan kesatuan dan hubungannya di antara butir-butir fikiran dan juga perkembangan akaliah yang ada di dalamnya. (Asmah Haji Omar, 1980)

Wacana terhad pada sesuatu bidang yang khusus; boleh muncul dalam bentuk sejumlah ayat (ayat yang mengandungi hubungan fikiran), paragraf, bahagian, cerpen, drama ... (Awang Sariyan, 1984)

Wacana ialah satuan bahasa terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi yang tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis. (Tarigan, 1987)

Wacana ialah rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuklah makna yang serasi antara kalimat itu. (Anton M. Moeliono, 1988)

Wacana ialah rakaman kebahasaan yang menyentuh peristiwa komunikasi. (Samsuri, 1992)

Wacana berhubung kait dengan makna yang terbawa oleh ayat, perenggan atau keseluruhan karangan. Dalam hubungan ini, makna yang dimaksudkan merujuk kepada makna dasar dan makna pragmatis. (Roselan Baki, 1994).

Wacana ialah keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan ucapan, pertuturan, percakapan; kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (spt. Pidato, khutbah) atau tulisan (spt. surat, artikel, novel, cerpen). KD3

Unsur Wacana

Unsur bahasa (linguistik)

Unsur bukan bahasa (bukan linguistik)

Unsur bahasa

Fonologi dan fonemik – melibatkan aspek hentian atau kesenyapan bunyi, intonasi, tekanan, nada.

Morfologi dan sintaksis – melibatkan aspek perujukan, pengguguran, pautan leksikal, penggantian dan kata hubung.

Semantik – melibatkan hubungan sebab-akibat, sebab-tujuan, sebab-hasil, latar-kesimpulan, perbandingan.


Kebudayaan Melayu

Pandangan Hidup Melayu

Pandangan hidup adalah suatu konsep yang dimiliki oleh masyarakat atau komunitas tertentu, bertujuan untuk menanggapi dan menerangkan segala permasalahan yang berkaitan dengan Tuhan, manusia dan alam. Setiap masyarakat selalu memiliki pandangan hidup tersebut, begitu pula dengan masyarakat Melayu. Di sini akan dijelaskan mengenai pandangan hidup orang Melayu berkenaan hubungan manusia dengan Tuhan, dengan alam dan hubungan sesama manusia. Secara khusus, pandangan tentang manusia akan diperinci lagi menjadi tiga bagian, yaitu tentang keluarga, pemimpin dan masyarakat. Dalam praktiknya, salah satu bentuk pandangan hidup berkaitan dengan hubungan sesama manusia ini adalah banyaknya pantangan dan larangan dalam kehidupan masyarakat Melayu.
1. Tentang Tuhan.
2. Tentang Alam.
3. Tentang Manusia.
4. Tentang Keluarga.
5. Tentang Masyarakat.
6. Tentang Pemimpin.
7. Tentang Pantangan dan Larangan.
8. Tentang Makhluk Halus



Tentang Tuhan
Pandangan orang Melayu terhadap agama Islam sangat kental, sehingga muncul konsep bahwa Melayu identik dengan Islam. Bagi orang Melayu, konsep tersebut bukanlah sebatas slogan karena hal tersebut benar-benar diaktualisasikan dalam kehidupan sehari-hari. Bila ada orang Melayu yang murtad (keluar dari agama Islam), maka ia tidak lagi dikatakan sebagai orang Melayu. Sebaliknya, bila ada orang Cina yang hidup di tengah masyarakat Melayu masuk Islam, maka dia dikatakan masuk Melayu.

Oleh sebab Melayu sinonim dengan Islam, maka Tuhan yang patut disembah adalah Allah. Proses ini pada akhirnya menjadi suatu kebiasaan yang melekat dalam kebudayaan Melayu, sehingga menjadi suatu sistem yang tidak dapat dipisahkan bagi orang Melayu, Islam, dan Allah. Maka terjadilah proses timbal balik antara Melayu dan Islam dengan segala dimensinya sebagai sebuah sistem yang saling mengisi.
Budaya Melayu memiliki nilai-nilai luhur yang sudah teruji kehandalannya, dan selama ratusan tahun yang silam dijadikan jatidiri masyarakatnya. Nilai-nilai inilah yang diyakini dapat mengangkat marwah, harkat, dan martabat kemelayuan dalam erti luas dan mampu menghadapi cabaran atau tantangan zaman. Dalam adat resam Melayu, nilai-nilai dimaksud disimpulkan ke dalam ungkapan-ungkapan adat, yang disebut sebagai Sifat yang Duapuluh Lima atau Pakaian yang Duapuluh Lima. Orang tua-tua Melayu percaya, siapapun yang menjadi­kan sifat ini sebagai jatidiri-nya atau sebagai pakaian hidup-nya, tentulah akan menjadi orang, yakni menjadi ma­nusia yang sempurna lahiriah dan batiniah. Salah satu dari 25 sifat tersebut menjelaskan tentang pandangan orang Melayu terhadap Tuhan, yaitu:
Sifat tahu asal mula jadi, tahu berpegang pada Yang Satu
Yakni sifat yang menyadari dirinya sebagai manusia (makhluk) yang diciptakan oleh Allah, dan menyadari dirinya sebagai hamba Allah. Kesadaran ini mendorong­nya untuk bertaqwa kepada Allah, mematuhi semua pe­rintah Allah, menjauhi semua laranganNya, dan berusaha untuk menjadikan dirinya sebagai hamba Allah yang saleh agar mendapatkan kesejahteraan di dunia dan sejahtera pula di akhirat. Dengan kesadaran ini akan meningkatkan kualitas keimanan dan ketaqwaannya, akan menjadikan dirinya sebagai manusia yang berguna bagi sesama makhluk Allah, dan bertanggungjawab terhadap pelestari­an alam ciptaan Allah. Di dalam ungkapan disebutkan:
Tahu asal mula kejadianTahu berpegang pada Yang SatuHamba tahu akan TuhannyaMakhluk tahu akan Khaliknya
Yang agama berkokohanYang iman berteguhanYang sujud berkekalanYang amal berkepanjangan
Sesama manusia ia bergunaSesama makhluk ianya elokDi dunia ia bertuahDi akhirat beroleh berkah
Budaya Melayu adalah budaya yang menyatu dengan ajaran agama Islam. Nilai keislaman menjadi acuan dasar budaya Melayu. Karenanya, budaya Melayu tidak dapat di­pisah­kan dari Islam, sebagaimana tercermin dari ungkapan adat: Adat bersendikan syarak, syarak bersendikan Kitabullah; Syarak mengata adat memakai, syah kata syarak, benar kata adat; Bila bertikai adat dengan syarak, tegakkan syarak, dan sebagai­nya. Bagi orang Melayu, agama Islam adalah aturannya.

Budaya Melayu
Manusia adalah satu-satunya makhluk yang berbudaya. Kebudayaan bisa didefinisikan sebagai sistem terintegrasi di masyarakat yang berkaitan dengan nilai, kepercayaan, perilaku, dan `artifak。Dalam perjalanan sejarah manusia, kebudayaan inilah yang membedakan antara manusia atau komunitas yang satu dengan lainnya. Kebudayaan Melayu yang dibahas dalam portal ini tidak terlepas dari unsur-unsur yang telah didefinisikan diatas. Secara rinci, hal itu menyangkut unsur-unsur kebudayaan yang universal, yaitu pandangan hidup, kesenian, sastra, kuliner, upacara adat, peralatan (teknologi), busana, artifak, bahasa, bangunan, pengobatan tradisional dan hukum adat Melayu.

1. Pandangan Hidup Melayu.
2. Bahasa Melayu.
3. Kesenian Melayu.
4. Sastra Melayu.
5. Kuliner Melayu.
6. Upacara Adat.
7. Peralatan.
8. Busana Melayu.
9. Artefak Melayu.
10. Bangunan Melayu.
11. Pengobatan Tradisional Melayu.
12. Hukum Adat Melayu.

Kesesuaian pakaian

a) Kesesuaian pakaian wanita

Perkara seperti berikut harus diberi perhatian :-
· Elakkan daripada memakai kain berkilat / berkilau pada siang hari.
· Elakkan daripada memakai satu warna sahaja.
· Jangan melebihi empat warna pada satu masa
· Pilihan warna kain hendaklah berasaskan kepada warna kulit dan bentuk badan.
· Jangan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak sesuai.
· Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap tetapi tidak jarang.
· Bila menggunakan alat solek, jangan keterlaluan.
· Gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat.
· Rambut hendaklah tersisir rapi.
· Semua bahagian rambut tertutup dan diikat kemas jika memakai tudung.
· Jika memakai mini telengkong, warna tudung hendaklah bertentangan dengan warna baju.
· Bila gunakan sarung kaki pilih warna ‘skin colour’
· Corak fabrik tidak lebih dari empat warna.
· Hindarkan daripada memakai anting-anting labuh, rantai tangan yang berloceng yang akan membuat bunyi apabila anda berjalan.
· Jauhi daripada memakai baju yang banyak rupol (frills) ataupun berbunga besar.
· Perhiasan hendaklah yang minima dan bukan menjolok mata.
· Jangan memakai gelang tangan dan jam tangan ditangan yang sama.


b) Kesesuaian Pakaian Lelaki

· Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher.
· Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher (kecuali butang kolar).
· Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang.
· Memakai tali leher hanya dengan kemeja lengan panjang
· Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala tali pinggang.
· Sesuaikan warna tali leher dengan baju.
· Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak.
· Badan kurus dan gempal hendaklah memakai singlet
· Sesuaikan warna stoking dengan seluar.
· Kasut hendaklah bersih dan berkilat.
· Stoking putih tidak sesuai dalam majlis.
· Gunakan ‘cologne’ dan deodoron yang kembut. Jika bergaul dengan orang ramai sapukan ‘cologne’ di kedua belah bahu.
· Pakai singlet jika memakai bush-jacket tetapi jangan sampai kelihatan singlet tersebut.
· Seluar dan bush-jacket hendaklah sama warna dan bahan (material)
· Baju berwarna putih sebagai pilihan pertama.Lain-lain warna tanpa corak (light and plain) sebagai pilihan kedua.
· Baju hendaklah sentiasa dimasukkan dalam seluar.
· Elakkan dari memakai baju ketat yang boleh menyulitkan pergerakan badan dan tangan.
· Jangan memakai baju, seluar dan stoking corak/jenis berjalur keseluruhannya.
· Seluar jangan terlalu labuh hingga memecah lantai ataupun singkat hingga kelihatan tergantung. Jangan memakai seluar yang ketat (drainpipe).
· Stokin berwarna putih tidak sesuai dengan pakaian pejabat melainkan berpakaian putih / berpakaian sukan.
· Kasut bersukan walaupun mahal, tidak ada tempat dalam urusan rasmi

Isnin, 30 Mac 2009

Contoh Surat Jemputan

Ketua Program,
Program Pengurusan Majlis Rasmi,
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN),
Bukit Kiara,
Jalan Bukit Kiara,
50480 Kuala Lumpur.
(U.P. Puan Rosita binti Rahim)

Tuan,

MEMOHON PENCERAMAH KURSUS PROTOKOL DAN PENGACARAAN MAJLIS

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pulau Pinang akan menganjurkan kursus yang tersebut seperti butiran yang berikut:

Tarikh : 14 MAC 2009
Tempat : IPGM Kampus Pulau Pinang
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Peserta : Guru-guru sekolah dan pensyarah IPGM
( Lebih kurang 80 orang)

3. Sehubungan itu saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini dengan membenarkan seorang penceramah dari INTAN untuk tujuan yang tersebut.

4. Kerjasama daripada tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

‘Cintailah Bahasa Kita’



Saya yang menurut perintah,

………………………………..
( RIJENG JAHET )

Contoh Teks Ucapan


Draf Teks Ucapan

Pengarah Institut Perguruan Persekutuan

Pulau Pinang

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana pada hari yang berbahagia dan penuh bersejarah ini, kita dapat bersama-sama meraikan majlis konvokesyen dan penyampaian diploma Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang kali yang ke 36 pada tahun ini. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke majlis yang meriah dan penuh tradisi yang saban tahun kita raikan ini. Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan bakal meninggalkan kenangan yang manis untuk dibawa pulang ke tempat masing-masing.

Tidak lupa juga sekalung penghargaan dan terima kasih saya tujukan kepada seluruh warga Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis yang besar seumpama ini. Sesungguhnya majlis seumpama ini dianjurkan khusus untuk memperingati, mengiktiraf dan menghargai kejayaan para pelatih yang pernah bernaung dan berpayung di bawah bumbung Institut ini. Sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab melahirkan modal insan yang bermutu tinggi, kami telah berusaha untuk memastikan para lulusan yang dilahirkan berkualiti dan mempunyai nilai tambah seperti kemampuan berkomunikasi, kompetitif atau berdaya saing, berpengetahuan global, kreatif, mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, berketerampilan, idealistik dan dinamik.

Lantaran itu, latihan pedagogi yang diterima oleh guru pelatih serta sesi praktikum dengan guru pembimbing di sekolah telah dimantapkan kerana selepas pentauliahan ini, guru-guru akan bersendirian dengan murid mereka dalam kelas masing-masing. Sebagai guru pelatih yang dilatih menerusi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia, seharusnya anda semua dapat memanfaatkan segala pengetahuan dan kemahiran pedagogi yang diperoleh bagi menjana satu pembaharuan dan perubahan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah. Oleh yang demikian , seorang guru mesti berkemahiran mengajar sambil menerapkan etika, nilai dan moral dari semasa ke semasa dalam menangani masalah pengajaran dan pembelajaran masa kini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Sesungguhnya, profesion perguruan yang amat murni ini tidak pernah gagal menyumbang khidmat dan baktinya. Sebagai ahli kepada keluarga besar warga pendidik, setiap daripada kita yang bergelar guru pada hari ini perlu bermuhasabah diri untuk menilai apakah tahap komitmen kita dalam melaksanakan tanggungjawab. Perlu juga ditanya sejauh manakah iltizam kita dalam menjunjung imej dan kedudukan profesion ini, dan seterusnya adakah sumbangan kita memadai untuk menjadi sebahagian daripada sejarah yang sedang dan akan dicipta oleh profesion keguruan pada era ini. Hal ini menuntut anjakan paradigma warga pendidik dalam bidang penerokaan ilmu dalam usaha mengarusperdanakan dunia pendidikan.

Perkembangan dalam dunia globalisasi mutakhir ini, secara tidak langsung memperlihatkan betapa cepatnya perubahan setiap detik masa iaitu masa sekarang dan seterusnya masa akan datang. Kecekapan dan keberkesanan penggunaan pendekatan yang inovatif perlu dikaitkan dengan kesedaran kos, masa, tenaga pengajar dan penggunanya. Para pendidik hari ini seharusnya bersedia melengkapkan diri dengan segala ilmu dan maklumat yang ada agar seiring dengan kemajuan yang dicapai. Oleh itu, para pendidik juga perlu mempunyai daya tahan yang kental untuk berhadapan dengan segala cabaran agar berjaya melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan berkesan. Sekiranya apa yang dinyatakan ini dapat diimplimentasikan oleh para lulusan sekalian, maka barulah dapat kita nyatakan bahawa inovasi dalam pendidikan sudah berlaku.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sebagai warga pendidik, kita harus sedar bahawa agenda untuk membangunkan negara menjadi mercu tanda yang semestinya kita julang setiap masa dan ketika. Peredaran masa membawa bersama-sama pelbagai tuntutan dan cabaran baru yang perlu sentiasa dipastikan kesediaannya memenuhi tuntutan zaman dan mendepani cabaran masa depan. Sesungguhnya, kerajaan dan seluruh anggota masyarakat meletakkan harapan yang tinggi kepada kita untuk memastikan anak-anak bangsa didik sehabis baik untuk menyediakan generasi masa depan yang akan memimpin negara menuju kegemilangan.

Akhir kata, saya menyeru para lulusan sekalian untuk bersama-sama menghadapi cabaran dalam melaksanakan tanggungjawab di sekolah. Tahniah sekali lagi saya ucapkan di atas kecemerlangan yang telah anda pamerkan sewaktu berada di Institut yang penuh nostalgia ini. Selamat bertugas dengan penuh komited dan selamat maju jaya walau di mana pun anda berada.


Sekian, terima kasih.


Rijeng Jahet

Pengarah

Institut Perguruan Persekutuan

Pulau Pinang