Rabu, 16 September 2009

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA


SEJARAH
- Sejarah penubuhan DBP bermula sewaktu negara sedang membuat persiapan untuk menyambut kemerdekaan.
- Dalam Perlembagaan yang dirangkakan, telah termeterai bahawa bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu.
- Sebuah jabatan telah ditubuhkan di bawah Kementerian Pelajaran (kini Kementerian Pendidikan) dengan nama Balai Pustaka, berpejabat di Johor Bahru.
- Jabatan ini bertujuan untuk menjamin supaya Bahasa Melayu akan mencapai taraf kemajuan dan perkembangan yang sesuai degan kemajuan politik, ilmu pengetahuan dan kemasyarakatan untuk menggantikan Bahasa Inggeris.
- Dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3 (1956), nama Balai Pustaka ditukarkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz (1956-1957) sebagai pengarah pertama di samping dua orang pegawai daripada Jabatan Karang-mengarang Kementerian Pelajaran.
- Pada tahun 1957, DBP berpindah ke Kuala Lumpur di sebuah bangunan bekas wad hospital di Jalan Young (kini Jalan Cenderawasih).
- Pada tahun 1962, DBP berpindah ke bangunan baru di Jalan Lapangan Terbang Lama, Kuala Lumpur.
- Pada tahun 1959, DBP berubah taraf daripaa jabatan kerajaan kepada badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Pemberian autonomi kepada badan ini membolehkannya menggubal dasar tentang pelaksanaan matlamat yang ditetapkan dalam akta tersebut.

MATLAMAT AKTA PENUBUHAN DBP

a)Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan.
b)Memajukan bakat kesusasteraan, terutama bahasa kebangsaan.
c)Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah, dan membentuk persuratan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain.
e)Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan mengubah istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
f)Menyusun dan menerbitkan sebuah kamus bahasa kebangsaan.

Dari tahun 1960 hingga 1966, DBP terlibat dalam usaha membina sikap positif rakyat terhadap dasar kerajaan untuk menjadikanBahasaMelayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara selepas merdeka.
DBP melancarkan gerakan massa di seluruh negara yang melibatkan semua kaum dalam kempen ‘Minggu Bahasa’ dan ‘Bulan Bahasa’.
Gerakan ini diketuai oleh pengarah DBP, Tuan Syed Nasir Ismail yang digelar ‘panglima bahasa’.
- Apabila Parlimen meluluskan Akta Kebangsaan 1963/1967, DBP menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap usaha membina korpus bahasa, dan memperkaya penggunaannya melalui kegiatan penulisan sastera dan penerbitan buku dalam pelbagai bidang.
- Penubuhan DBP juga mengambil kira perkembangan sastera bahasa-bahasa di Malaysia iaitu Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil bagi membayangkan kepelbagaian bahasa peduduknya.
- DBP telah menumpukan banyak tenaga terhadap penghasilan bahan kesusasteraan dan buku-buku teks untuk pendidikan.
- Bahagian Pembinaan dan Pengembangan bahasanya mula aktif I dalam pembentukan istilah dan penyusunan kamus.
- 27 buah jawatankuasa istilah ditubuhkan bagi membentuk istilah-istilah yang diperlukan oleh pendidikan.
- DBP mempelopori penerbitan majalah-majalah terkenal seperti Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Pelita Bahasa dan Kosmos.
- Usaha memperbanyakkan bahan bacaan dalam bahasa melayu ini adalah satu-satunya fungsi DBP yang telah dilaksanakan dengan cemerlang
- Penghasilan buku-buku pelajaran untuk sekolahdan universiti telah lama berjalan dengan jayanya. Usaha menterjemah dan menerbitkan tulisan asal pengarang-pengarang telah berjaya menghasilkan berpuluh-puluh tajuk setahun.
- Dalam bidang peristilahan,tugas dan usaha DBP memang telah banyak dilakukan.
- Semasa mencapai kemerdekaan,bahasa melayu hanya digunakan di peringkat sekolah rendah sahaja.
- DBP telah mengorak langkah bagi menyelesaikan masalah ini.
- Istilah perjawatan bagi jabatan-jabatan kerajaan dan istilah-istilah sains asas telah dikendalikan pada peringkat awal.
- Istilah-istilah tersebut dibentuk oleh jawatan kuasa yang terdiri daripada beberapa orang pakar dalam bidang bahasa dan disiplin yang berkenaan.
- Usaha gigih dibuat bagi mencipta istilah dengan tidak meminjam daripada bahasa asing.

Jumaat, 11 September 2009

SEJARAH BAHASA MELAYU

BAHASA MELAYU KUNO
• Salah satu bahasa daripada keluarga bahasa Nusantara
• kegemilangannya dari abad ke-7 hingga ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya
• Penuturnya di Semenanjung, Riau dan Sumatera
• Berfungsi sebagai lingua franca (bahasa perantaraan) dan bahasa pentadbiran
• BM Kuno mengatasi BJ Kuno kerana:
• bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar
• tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
• mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding BJ
• BM Kuno banyak dipengaruhi bahasa Sanskrit kerana:
• -pengaruh agama Hindu
• -bahasa Sanskrit bahasa bangsawan dan mempunyai tamadun yang tinggi
• -sifat BM yang mudah dilentur dan dibentuk mengikut keadaan dan keperluan
• BM Kuno ditulis pada batu2 bersurat abad ke-7
• -Kedukan Bukit, Palembang (683M)
• -Talang Tuwo, Palembang (684 M)
• -Kota Kapur, Pulau Bangka (686 M)
-Karang Berahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
(semua ditulis dengan huruf Pallawa)
•- Batu Bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dengan huruf Nagiri
• Ciri2 BM Kuno:
a. Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
b. Susunan ayat bersifat Melayu
c. Bunyi b ialah w (Cth: bulan - wulan)
d. Bunyi e pepet tidak wujud (Cth: dengan - dngan @ dangan
e. Awalan ber ialah mar (Cth: berlepas - marlapas)
f. Awalan di- ialah ni- (Cth: diperbuat - niparwuat)
g. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, sh (Cth: sukhatshitta)
h. h hilang dalam bahasa moden (Cth: semua-samuha, saya-sahaya)

Jumaat, 21 Ogos 2009

FONETIK

  • Bidang Fonetik
    Fonetik ialah bidang bidang yang mengkaji bunyi – bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberi lambang kepada bunyi tersebut.
    Fonetik ialah kajian mengenai bunyi – bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia. Bunyi bahasa adalah bunyi – bunyi yang digunakan dalam bahasa untuk berkomunikasi.

    Bidang Fonemik
    Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu
    bahasa secara sinkronik, khususnya untuk mengenal pasti fonem – fonem dalam bahasa
    tersebut dan menghasilkan sistem tulisan.

    # Fonem adalah unit penggalan bahasa yang terkecil yang dapat membezakan makna. Banyak bunyi boleh diujarkan oleh alat artikulasi dan digolongkan kepada beberapa bunyi yang penting sahaja.
    #Bunyi – bunyi yang tergolong ke dalam keluarga yang sama dikenali sebagai fonem. Setiap fonem itu mempunyai anggota – anggota yang terdiri daripada fon – fon yang mempunyai ciri – ciri fonetik yang sama.
    #Setiap fon yang menjadi anggota fonem itu dipakai dalam lingkungannya sendiri.


Kesimpulannya
a)Fonem adalah unit penggalan bahasa yang terkecil yang dapat membezakan makna.
b)Fonem segmental bahasa Melayu terdiri daripada vokal, konsonan dan diftong.
c)Vokal bahasa Melayu terbahagi kepada vokal hadapan, vokal tengah, dan vokal belakang.
d)Konsonan bahasa Melayu terdiri daripada konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan bahasa Melayu terbahagi kepada jenis – jenis letupan, letusan, geseran, getaran, sisian, sengau, dan separuh vokal.
Diftong adalah rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan.
Fonem supra-segmental bersifat fonemik dan terdiri daripada unsur – unsur tekanan, panjang-pendek, tona, dan persendian.

Selasa, 21 Julai 2009

Sistem Bunyi Bahasa Melayu



Sistem Bunyi Bahasa Melayu
Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.
Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.


1. Bibir atas 11. Tengah lidah
2.Bibir bawah 12. Belakang lidah
3. Gigi atas 13. Akar lidah
4. Gigi bawah 14. Epiglotis
5. Gusi 15. Pita suara
6. Lelangit keras 16. Rongga tekak
7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung
8. Anak tekak 18. Rongga mulut
9. Hujung lidah 19. Rahang

Rabu, 15 Julai 2009

Surat Kiriman Rasmi dan Memo


PENULISAN SURAT RASMI DAN MEMO BERKUALITI
1. Pengenalan
1.1 Peranan dan fungsi surat dalam penghidupan kita
1.2 Takrif surat rasmi
2. Jenis-Jenis Surat
i. Surat tidak rasmi
ii. Surat rasmi
iii. Memo
3. Takrif
i. Surat tidak rasmi
Alat komunikasi bertulis yang ditulis oleh individu kepada individu
ii. Surat rasmi
Surat rasmi ialah alat komunikasi bertulis yang ditulis oleh jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun, swasta atau individu untuk berhubung secara rasmi di antara satu sama lain

iii.Memo
Alat komunikasi bertulis di dalam jabatan sendiri untuk berhubung secara rasmi

4. Ciri-Ciri
4.1 Surat tidak rasmi
Tidak terikat dengan peraturan-peraturan tertentu (bebas) mengikut citarasa penulis berdasarkan siapa penerimanya
4.2 Surat rasmi
Mengikut peraturan-peraturan yang tertentu iaitu dari segi format, teknik, struktur dan penggunaan bahasanya
i. Format
· Pengenalan pengirim dan penerima
· Rujukan fail (pengirim/penerima) dan tarikh
· Ada tajuk surat
· Isi surat (satu perkara sahaja)
· Akhir surat (harapan, nama pengirim, jawatan)
· Identation jaral tepi permulaan menulis)
· Jarak perenggan
· Jarak baris
ii. Teknik/Kaedah Menulis
· Rujukan dan tarikh (kanan/kiri)
· Penulisan tarikh ( 12 Januari 1997)
· Alamat dan Poskod (highlight)
· Ada sistem nombor (kecuali bukan untuk berhubung)
· Untuk perhatian (u.p.)
· Melalui (jika perlu)
· Salinan (jika perlu)
· Pendraf/penaip (jika perlu)
iii. Struktur
Ditulis mengikut urutan
a. Pengenalan
· Pengirim
· Penerima
b. Isi Surat
· Perkara
· Pengenalan isi
· Isi utama/Isi Sokongan
c. Penutup
· Harapan
· Akhir kata
· Slogan
· Ungkapan kesetiaan/pengakuan
· Tanda tangan/ nama/ jawapan
iv. Pengunaan bahasa yang khusus
a. Ganti nama
· Orang pertama
· Orang kedua
· Orang ketiga
b. Wacana
c. Laras bahasa

4.3 Memo
i. Ditulis secara ringkas. Apa yang pentingkan hanya isi yang pada umumnya bertujuan :
· Makluman
· Permintaan/cadangan
· Arahan
· Menyampaikan maklumat dll.
ii. Ditulis dalam dua bentuk
· Bentuk borang
· Bentuk terbuka

5. Jenis-Jenis Surat Rasmi
· Pemohonan,
· rayuan,
· bantahan,
· makluman,
· arahan,
· ucapan (tahniah/takziah),
· penghargaan,
· perakuan,
· jemputan,
· cadangan,
pesanan,
· perjanjian,
· pekeliling,
· iringan dan lain-lain.

6.Prinsip-Prinsip Penulisan Surat Rasmi : 4 C + P
6.1 Correct (Betul)
· Ejaan,
· tatabahasa,
· laras bahasa (pengunaan ganti nama dan gelaran),
· data,
· fakta ,
· maklumat,
· wacana,
· format,
· teknik
6.2 Clear (Jelas)
· Tujuan,
· perkara/tajuk/msesj,
· prosedur/penulisan/protocol,
· Struktur penulisan
+ Pengenalan
- Pengirim (nama jabatan, alamat dan perhubungan)
- Rujukan fail dan tarikh
- SULIT/BERDAFTAR/DENGAN TANGAN
- Penerima (jawatan, alamat dan poskod)
- Untuk perhatian (u.p)
- Melalui
- Rujukan kehormat
+ Isi surat
- Tajuk
- Keselarasan rujukan kehormat
- Pengenalan isi utama
- Isi utama / isi sokongan
- Harapan
+ Akhir surat
- Pengakuan / pengakuan kesetiaan
- Tandatangan/nama/jawatan/bagi pihak (b.p.)
- Slogan (tetap/sementara)
- Salinan kepada (s.k.)
- Initial (huru ringkas) pendraf dan penaip
· Ayat mudah
· Pengolahan (urutan logic)
· Pengunaan huruf potong atau akronim
· Sistem nombor
6.3 Concise (Ringkas dan padat)
i. Terus kepada mesej
ii. Tidak ada pembaziran perkataan
6.4 Comprehensive (Lengkap)
i. Data utama dan data sokongan
ii. Spesifikasi yang terperinci
iii. Maklumat yang lengkap (data dan fakta)
iv. Rasional / justifikasi
v. Konstruktif
6.5 Polite (Bersopan-santun dan hormat)
i. Diplomasi
ii. Wacana hormat
iii. Wacana rujukan
iv. Wacana harapan
v. Wacana antisipasi
vi. Wacana penutup


7. Format dan Teknik Penulisan
7.1 Jarak tepi (indentation)
7.2 Jarak langkau baris / perenggan
7.3 Jarak selepas koma
7.4 Jarak selepas noktah
7.5 Penekanan (highlight)
7.6 Penekanan rujukan fail
7.7 Penulisan tarikh
7.8 Pernyataan ‘SULIT’
7.9 Pengunaan ‘untuk perhatian’ (u.p.)
7.10 Pengunaan ‘Melalui’
7.11 Simbol lampiran (….)
7.12 Sambungan muka surat ( …2/-)


8. Format Memo
8.1 Bentuk Borang
MEMO INTAN
Kepada :
Daripada :
Untuk kelulusan
Sila uruskan
Untuk makluman
Sila kaji dan kemukakan
Untuk pandangan
Sila bercakap
Untuk simpanan
Sila taip
Untuk difailkan
Sila cetak
Untuk tandatangan
Sila edarkan
Simpan dalam perhatian sehinga ……..
Sila beri ulasan


Ahad, 5 Julai 2009

Kursus Kongsi Baca











Objektif Kursus Kongsi Baca ialah kanak-kanak akan dapat:
1.Menyebut bunyi sukukata vokal secara mudah
2.Menyebut perkataan-perkataan baru dan bunyi sukukata mengikut urutan vokal
3.Menyebut perkataan mudah dari cantuman dua sukukata
4.Membaca perkataan mudah dari cantuman sukukata
5.Membaca perkataan mudah dari cantuman sukukata
6.Membaca perkataan mudah dari ayat-ayat pendek
7.Menulis perkataan dan ayat pendek dan mudah
8.Menghasilkan penulisan pendek (cerita, pantun dsbnya)

Kursus Pemulihan Khas


Dua minggu berturut-turut saya berpeluang menghadiri kursus yang berkaitan dengan pengajaran pemulihan di sekolah. Nampaknya kemahiran mengajar murid-murid yang tercicir daripada arus perdana ini tidak boleh dikesampingkan kerana golongan ini menyumbang peratusan yang tinggi dalam sistem pendidikan di Malaysia.


Pada 24-26 Jun 2009 bertempat di Hotel Heritage Ipoh, telah diadakan Kursus Kongsi Baca yang dikelolakan oleh Pn Jamaeyah dari Kuala Lumpur. Beliau berpengalaman luas dalam dunia pendidikan kanak-kanak prasekolah. Banyak input yang diperoleh terutamanya dari aspek pembinaan bahan dan strategi pengajaran berkesan untuk murid-murid prasekolah. Para pensyarah turut diberi peluang untuk menyediakan bahan bantu mengajar dalam sesi perbengkelan.


Pada 1-3 Julai 2009 pula, saya berpeluang menghadiri Bengkel Bina Bahan Bantu Mengajar bagi Kelas Pemulihan. Bertempat di Hotel Regency, Alor Setar para pensyarah sekitar Zon Utara memperoleh input yang berguna hasil daripada ceramah yang disampaikan oleh beberapa orang pakar yang didatangkan khas oleh pihak penganjur. Antaranya ialah pengenalan kepada Modul Seelan Osni yang diperkenalkan oleh En Roslan Nikmat dari Pahang dan Strategi Pengajaran Pemulihan oleh Pn Noraini Hazri iaitu seorang guru cemerlang pemulihan yang bertugas di Daerah Manjung.

Selasa, 9 Jun 2009

CITRA WANITA

Membangunkan personaliti ini
bukanlah usaha yang enteng
bertatih dari akar umbi
dan bangkit dari lena yang panjang
menongkah arus perdana
untuk berdiri lebih tinggi dari mu

Membentuk peribadi ini
yang kental persis kersani
bukanlah usaha sia-sia
visi dan misi menjadi paksi
nawaitu menjadi tunjang
dengan restu dan makrifat
dari Mu Tuhan

Sarwajagat akan menjadi saksi
bahawa citra wanita bukanlah pura-pura
utuh berpijak di bumi yang nyata
janji bakal di kota
amanat bakal terlaksana
kerana matlamat dan cara
berjalan seiring

Arbakyah Hassan
UPSI, Perak
9/6/2009

Isnin, 8 Jun 2009

Musim Cuti Sekolah dan Kenduri Kahwin

Kedua-dua peristiwa ini saling berkaitan antara satu sama lain. Asalkan cuti sekolah saja, ramailah yang akan melangsungkan perkahwinan. Betullah...kalau buat kenduri waktu lain, siapa pula yang akan datang memeriahkan majlis. Kadangkala sampai lima enam jemputan kenduri yang perlu dihadiri dalam masa sehari. Kalau kenduri di rumah saudara mara, boleh pula bawa balik nasi dan lauk pauk sebagai bekalan.

Akhir-akhir ini majlis kenduri kahwin dilihat amat berlebihan persiapannya. Memanglah kita akui bahawa masyarakat Melayu kini kaya raya belaka. Gaya hidup mewah yang diamalkan juga sudah mencerminkan bahawa masyarakat Melayu kini tidak segan silu berbelanja berhabis-habisan. Hakikatnya, bertambah kenyanglah tauke-tauke kedai bunga, kedai gubahan hantaran, kedai kek, kedai perhiasan dan lain-lain lagi yang berkaitan. Jangan lupa juga kepada tauke kedai runcit yang menjual telur ayam dan gula-gula. Nasib baiklah kuih tradisional dibuat oleh orang Melayu. Kalau tidak, semua perniagaan yang berkaitan dengan perkahwinan hampir kesemuanya dimonopoli oleh orang lain.

Baru-baru ini saya mendapat jemputan kenduri daripada jiran berhampiran rumah. Seperti biasa, kami anak beranak akan pergi awal bagi mengelakkan kesesakan. Selalunya waktu puncak kenduri ialah sekitar jam 1 tengah hari. Jadi, kami ke sana dalam jam 12 tengah hari. Terkejut juga kerana sudah tidak ada tempat lagi untuk tetamu duduk. Nampaknya, ramai jemputan yang hadir. Tinjau punya tinjau rupa-rupanya hanya satu tenda sahaja yang disediakan untuk para tetamu sedangkan terdapat lebih daripada satu tenda di sana.

Kami meninjau-ninjau kawasan persekitaran untuk mencari tempat duduk. Rupa-rupanya tenda yang sebuah lagi dikhaskan untuk pengantin dan rombongannya. Wah, hebat sungguh persiapannya dengan kerusi meja yang dihias cantik. Sudah pastilah jemputan biasa seperti kami ini tidak berpeluang duduk di situ. Bergerak lagi ke kawasan rumah pengantin. Kami lagi terkejud kerana pelamin yang dibina sahaja sudah memenuhi satu pertiga daripada rumah. Justeru, di mana lagi ada tempat untuk kami melabuhkan punggung?

Akhirnya, ada jiran yang bermurah hati menumpangkan kami makan di rumah mereka. Nasib kamilah kerana tidak duduk makan di bawah pokok pisang!

Jumaat, 22 Mei 2009

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN

Setelah hampir satu semester berlalu, kini tibalah musim peperiksaan. Mutakhir ini, kekangan waktu menjadi pemburu yang tidak kenal erti lelah. Dalam kepayahan mengisi ruang dan masa, sudah pasti ada pihak yang menjadi korban. Namun, itulah hakikat yang terpaksa diterima. Pelajar IPGM perlu bersedia untuk menjadi "future teacher" yang berkualiti walaupun tanpa pensyarah di sisi. Konsep berdikari perlu diamalkan sentiasa kerana ' pelajar rajin mencari jalan, pelajar malas mencari alasan'.

Memang diakui bahawa bekalan ilmu yang ditimba pelajar tidak sebagaimana yang dirancang. Para pensyarah sendiri perlu komited terhadap tugas-tugas lain yang menjadi tanggungjawab mereka. Menyelia praktikum, menghadiri kursus/bengkel/mesyuarat, Program KIA2M, Teaching School, Pengajaran Bestari, BIG, PPL dan bermacam-macam aktiviti lagi merupakan kerja-kerja tambahan yang tidak dapat dielakkan. Walau sebaik manapun pengurusan masa dibuat, namun kepincangannya tetap ada.

Halangan di pihak pelajar juga tidak kurang banyaknya. Pelajar-pelajar KPLI sendiri tidak pernah betah berlama-lama di institut. Ada saja program yang perlu mereka hadiri. Natijahnya, sukatan pelajaran hanya digarap separuh jalan. Pensyarah mungkin sempat memberikan tajuk-tajuk tugasan yang perlu diselesaikan sedangkan kandungan pelajaran perlu ditelaah semasa lapang. Bilakah akan hadir kelapangan itu? Sedar-sedar sudah perlu menjalani praktikum.....

Apapun yang perlu dilalui, terpaksalah kita hadapi. Semangat yang kental dan jitu perlu menjadi bekalan. Usaha berterusan perlulah menjadi landasan dalam perjuangan. Di tangan kitalah letaknya segulung kejayaan. Jangan lupa memohon restuNya setiap kali kita sujud dengan penuh tawadduk. Amin.....

Jumaat, 24 April 2009

Khasiat Buah Strawberi




Strawberi bukan sahaja cantik buahnya, tapi banyak juga khasiat. Aneka makanan dan minuman berasaskan strawberi dihasilkan.
Strawberi sejenis buah herba yang rata-ratanya memiliki
200 biji kecil. Ada sekitar 700 jenis strawberi.
Salah satu jenis spesiesnya bernama Fragaria Chiloensis L. Jenis ini yang banyak terdapat di negara Amerika, Eropah dan Asia.
Warna merah pada strawberi masak ada khasiatnya. Warna merah itu kerana buah tersebut kaya pigmen warna antosianin dan mengandungi agen antioksidan yang tinggi.
Tujuh zat antioksidan yang ada pada strawberi lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain dan lebih efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh.
Oksidan ialah proses hancurnya jaringan tubuh kerana radikal bebas. Oksidan juga bertanggungjawab pada proses penuaan.

Strawberi yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan kanak-kanak. Kandungan gulanya sedikit dan sesuai untuk diet bagi penghidap diabetes.

Aiskrim berperisa strawberi rasanya sungguh enak.Strawberi yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah dan bersih. Khasiat yang terkenal lainnya adalah anti kedut.
Strawberi juga ada khasiat yang boleh memutihkan atau membersihkan permukaan gigi serta kuat melawan radang sendi.
Daun strawberi juga berkhasiat kerana memiliki zat astringent.
Tiga hingga empat cangkir air hasil rebusan daun strawberi sehari, dapat menghentikan cirit-birit.
Keperluan harian vitamin C orang dewasa dapat dicukupi oleh lapan buah strawberi (98mg). Keperluan serat juga sekali gus boleh dipenuhi.

Petua penyimpanan

1. Hati-hati dalam menyimpan buah ini, kerana strawberi yang sudah mulai busuk dapat menular dengan sangat cepat ke strawberi lain yang disimpan bersama-sama.
2. Strawberi biasanya dapat tahan empat hari tetapi di dalam peti ais, kalau kena caranya, boleh tahan sehingga sebulan.
3. Atur buah secara satu-satu terpisah, lalu bekukan. Setelah beku, siram dengan air dan masukkan ke dalam plastik, dan dibekukan kembali.

Perihal Santau

Santau adalah istilah penyakit yang terkenal dalam masyarakat Melayu, khususnya di Nusantara. Penyakit yang
tergolong dalam nama santau itu wujud.

Penyakit itu biasanya dikenali berdasarkan tanda-tanda zahir yang dialami oleh pesakit. Contohnya batuk berpanjangan, berbulan-bulan, kadang-kadang mengambil masa bertahun, dengan menggunakan pelbagai ubat, tetapi batuk tidak hilang.

Ada juga yang batuk mengeluarkan darah, hilang selera makan, badan kurus kering, kulit berkedut-kedut, kuku kebiru-biruan, disekeliling mata juga kebiru-biruan, tidak bermaya, sejuk kaki tangan khususnya pada petang hari, murung, tidak ceria dan sebagainya.

Penyakit sedemikian tidak semestinya santau. Ia boleh berlaku sedemikian dengan sebab fizikal yang lain, mungkin kerana dia bermasalah penyakit paru-paru rosak atau tonsil kronik atau sakit TB, keracunan dan sebagainya.

Pesakit jenis ini biasanya akan terubat dengan doktor pakar. Mungkin kerana sudah diubati tetapi tidak sembuh, maka mereka beralih kepada rawatan alternatif.

Salah satu yang sering dirujuk ialah bomoh santau atau perawat-perawat lain. Kebanyakan pengubat akan memberitahu pesakit itu bahawa dia terkena penyakit santau.

Ertinya ada orang bagi dia makan sesuatu, atau dia memakan ramuan yang di dalamnya ada santau.

Apa dia santau? Saya sendiri tidak tahu apa dia sebenarnya. Cuma hasil daripada percakapan banyak orang, kononnya santau diperbuat dari bahan yang amat-amat bisa.

Dikatakan ia diperbuat daripada bulu ulat bulu yang mati merana (meragan), dicampur dengan bisa ular, lipan atau kala jengking dan dicampur dengan kaca halus daripada bal lampu kalimatang yang ditumbuk halus.

Selepas itu ia dikatakan melalui proses adunan tersendiri dan dikeringkan, dijadikan serbuk untuk diletakkan dalam makanan atau minuman. Ini adalah cerita lisan, tiada orang yang boleh mengesahkan ia adalah santau yang sebenarnya.

Kalaupun ada yang membuat santau, tentulah dia merahsiakannya dan tidak mungkin dia mendedahkan rahsianya kepada orang.

Adakah orang yang sanggup membuatnya untuk menganiayai orang lain? Semata-mata dengan sedikit bayaran dunia, tidak kah mereka takut kepada dosa dan sebagainya?

Zaman ini manusia menjadi makhluk yang serba boleh, serba jadi. Misalnya mereka sanggup mendera isteri, mendera orang gaji, membunuh diri, keluarga dan rakan, serta melakukan pelbagai kemusnahan.

Manusia menjadi haiwan, malah lebih teruk daripada haiwan. Apakah itu (menggunakan santau) tidak dikatakan sebagai manusia kerana wang atau kerana hendak memuaskan hati?

Oleh santau adalah salah satu daripada kekejaman manusia. Yang penting tanda-tanda penyakit tadi jelas, orang itu sakit, setiap sakit ada ubatnya.

Berubatlah dengan cara yang betul, apabila Allah bukakan ruang kesembuhan, insya-Allah kena ubatnya, penyakit akan sembuh.

Sering kita dengar ada orang yang boleh membeli santau daripada orang tertentu dan sebagainya, itu adalah kata orang, anda jangan mudah mempercayainya.

Oleh yang demikian, berdoalah kepada Allah agar kita selamat dari kedengkian manusia.

Wallahu a'lam.

(Petikan dari Akhbar Harakah Bil1340, Ruangan Bersama Ustaz Dr. Haron Din)

PANDUAN SOLAT

SOLAT JAMAK

Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

Jamak Takdim
Soalt Zohor dijamakkan dengna Asar dalam waktu Zohor dan Solat Magrib dengan Isyak dalam waktu Magrib.

Syarat Jamak Takdim :
i.Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii.Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii.Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.


Jamak Takhir
Zolat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.

Syarat Jamak Takhir :
i.Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii.Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.


SOLAT QASAR

Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :

Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
MEngetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituj, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya



Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :


Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.


HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR

Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :


Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar


Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar


Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :
Niat Jama' Taqdim dan Qasar :



i.Solat Zohor dan Asar.


Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala

Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :


Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii.Solat Maghrib dan Isya'


Sengaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala

Solat maghrib tidak boleh diqasarkan. Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :


Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala



Niat Jama' Takhir dan Qasar:

i.Solat Zohor dan Asar


Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :


Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii.Solat Maghrib dan Isya'


Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala.

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :


Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

Jawab semua soalan


1. Nyatakan fungsi bahasa Melayu di negara kita

i) ________________________

ii) ________________________

iii) ________________________

iv) ________________________




2. Apakah maksud bahasa Melayu sebagai lingua franca di Kepulauan Nusantara yang digunakan oleh pedagang-pedagang sejak abad ketujuh lagi?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________



3. Apakah bentuk-bentuk bahasa yang mencerminkan budi bahasa yang palsu?

i) _________________________________________________________

_________________________________________________________

ii) _________________________________________________________

_________________________________________________________



4. Tuliskan dialog ringkas dengan menggunakan kata sapaan yang betul berdasarkan situasi di antara:.

i) majikan dengan pekerja

______________________________________________________________

______________________________________________________________

ii) rakyat dengan sultan

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________


iii) guru dengan pelajar

______________________________________________________________

_______________________________________________________________

5. Tuliskan satu ayat bagi menggambarkan laras bahasa yang berikut:

i) laras bahasa ekonomi

______________________________________________________________


ii) laras bahasa sukan

_______________________________________________________________

iii) laras bahasa sains

_______________________________________________________________

Rabu, 22 April 2009

PERKAMUSAN

PENGENALAN

 Buku yang mengandungi kata-kata dan lain-lain ( yang disusun mengikut abjad) dengan keterangan mengenai perkataan dan lain-lain

 The American College Dictionary (1960) mentakrifkan kamus sebagai, “ buku yang berisi pilihan kata-kata sesuatu bahasa, atau sesuatu kelas kata khusus, biasanya disusun secara alfabetis, dengan penjelasan-penjelasan tentang maknanya serta makjlumat lain tentang kata-kata itu”.

 Merupakan aspek penting penguasaan kosa kata /perbendaharaan kata

 Kamus memberikan informasi mengenai derivasi kata, makna kata, ungkapan, kata-kata asing, kata ganti diri, dan singkatan-singkatan

 Kosa kata penting dalam empat kemahiran bahasa iaitu:

a) bertutur
b) menulis
c) mendengar
d) membaca

 Merupakan bahan bantu mengajar yang paling berguna kepada pelajar dan juga guru



FUNGSI KAMUS

 Untuk mendapatkan makna yang tepat @ pilihan makna yang sesuai dengan maksud ayat

 Menerangkan fungsi perkataan dan penggunaannya

 Pengguna menggunakannya dengan tepat dan sesuai

 Memahami maksud singkatan perkataan

 Mengesan perkataan mengikut konteks yang tepat

 Memahami ciri-ciri ketatabahasaan yang ada dalam kamus



KELEBIHAN KAMUS

 Memuatkan beribu-ribu perkataan – dapat menambahkan perbendaharaan kata

 Ada kamus yang dimuatkan dengan contoh penggunaan perkataan

 Pelajar dapat memahami penggunaan kata dengan tepat

 Ada kamus yang diberikan sinonim dan antonim

 Ada kamus yang disertakan dengan ilistrasi




JENIS-JENIS KAMUS

 Kamus ensiklopedik

 Kamus diakronik

 Kamus historis

 Kamus etimologi

 Kamus sinkronik

 Kamus umum

 Kamus khusus (istilah)

 Kamus singkatan

 Kamus sinonim

 Kamus antonim

 Kamus sistematik (tesaurus)


MAKLUMAT DALAM KAMUS

 Edgar Dale et al (1971) menyenaraikan sekurang-kurangnya 15 maklumat yang diberikan kamus iaitu:

a) kata kepala atau entri
b) bentuk kata
c) ejaan dan ucapan
d) jenis kata
e) sinonim dan antonim
f) konteks penggunaan kata
g) takrif
h) catatan penggunaan kata
i) ilustrasi penjelas takrif
j) penerbitan kata turunan
k) contoh penggunaan kata
l) frasa
m) petikan
n) kata asing
o) rujuk silang


 Pengguna kamus perlu tahu akan kata kepala atau entri pokok kerana sejumlah besar kata yang kita gunakan merupakan bentuk turunan atau kata terbitan

 Sejumlah kata yang lazim kita gunakan juga terbit daripada kata berbentuk morfem dasar terikat

 Kamus merakamkan bagaimana sesuatu entri dapat berkembang atau membentuk beberapa kata baru yang secara langsung meluaskan makna

Ahad, 19 April 2009

Resepi Mi Bandung

http://farm4.static.flickr.com/3372/3260539883_9a5abd1507_m.jpg


Bahan-Bahan:
500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm daging (dipotong)
300 gm daging ayam (dipotong)
300 gm udang
200 gm tauge
Garam & minyak masak
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji limau kasturi
1 biji telur
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)
Cara:
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing. Masukkan stok ayam & biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan merenih perlahan-lahan. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2 minit.
Cadangan Hidangan:
Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan cili merah, limau kasturi & daun bawang.

KRITIKAN SASTERA

Kritikan sastera bertujuan untuk menceritakan sesuatu karya sastera, sama ada sajak, cerpen, novel atau drama, mentafsir serta menilainya. Menceritakan sesuatu karya itu perlu sebelum seseorang pengkritik dapat mentafsirnya dan selanjutnya membuat penilaian. Oleh yang demikian, kritikan bererti suatu pandangan, malah suatu pandangan hidup, kerana karya yang hendak ditafsir dan dinilainya itu adalah secebis kehidupan. Adakah kehidupan yang digambarkan dalam karya itu melambangkan atau mewakili kebenaran, seperti kata Keris Mas, atau kebenaran dan keindahan sekaligus, seperti kata Keats. Tidak kira berapa banyak teori kritikan yang telah dihasilkan di Barat, dari formalism ke Kritikan Baru, ke fenomelogi, ke semiotik, ke hermaniutik, ke dekonstruksi hingga ke feminisme, apa yang diperlukan oleh seseorang pengkritik itu ialah suatu pandangan hidup yang benar tentang manusia, masyarakat dan alam semesta. Kita menekankan pandangan hidup yang benar itu, kerana ada pandangan hidup yang batil sebagai lawannya.

Karya itu sendiri menggambar, melambangkan dan mewakili realiti kehidupan atau secebis realiti kehidupan pada masa itu. Memang keterikatannya kepada sejarah atau kepada keadaan khusus itu merupakan sebahagian daripada gambaran, kerana sebahagian lain milik fitrah manusia yang lebih universal, seperti kasih sayang, kejujuran, marah, benci, hasad dengki dan khianat.

Teori kritikan bersepadu ini mestilah mengambil kira semua aspek: sosiopolitik, psikologi, ideologi dan estetik. Dalam zaman ASAS ‘50 (Angkatan Sasterawan ’50), kritikan sastera Melayu yang masih muda pada waktu itu mengutamakan aspek sosiopolitik, kerana gerakan sastera pada waktu itu terlibat rapat dengan gerakan kebangsaan untuk mencapai kemerdekaan daripada penjajah.

Wujud dua pegangan atau dua konsepsi tentang seni atau estetika. Pertama, bahawa seni wujud tersendiri, bebas dan tidak mempunyai fungsi sosial. Kedua, bahawa seni mencerminkan manusia dan masyarakat, tidak bebas dan mempunyai fungsi sosial. Pandangan pertama membuahkan kritikan formalistik di mana kajian dibuat mengenai aspek-aspek bentuk saja. Pandangan yang kedua menimbulkan kritikan yang boleh dinamakan kritikan sosial. Bentuk kritikan pertamalah yang banyak terdapat sekarang, manakala bentuk kedua sedikit sekali.

(SUMBER : KASSIM AHMAD:1992)

Jumaat, 17 April 2009

Penandaarasan KIA2M di Sabah









HARI PERTAMA (06/04/2009)
Bertolak ke Kota Kinabalu dengan pesawat Malaysia Airlines MH80 pada jam 9.00 pagi. Dari Kota Kinabalu, rombongan menuju pula ke Keningau dengan menaiki bas IPGM Kampus Keningau.Sepanjang perjalanan ke Keningau, bas melalui kawasan pergunungan yang indahnya memukau pemandangan. Air sungainya yang jernih dengan jeram dan batu-batu yang memutih menggamit pengunjung untuk singgah di sana. Bas singgah sebentar di Gunung Emas iaitu sebuah kawasan rehat yang suhunya sungguh dingin. Terasa seolah-olah berada di Tanah Rata,CH. Perjalanan sejauh 118km mengambil masa kira-kira 3 jam dengan melalui daerah Penampang dan Tambunan sebelum sampai di Bandar Keningau. Kami disambut oleh En Bahaman Ismail pensyarah dari IPGM Keningau yang bertindak selaku pengiring sepanjang lawatan ke daerah Nabawan. Rombongan berhenti rehat dan bermalam di Hotel Juta, Keningau.










HARI KEDUA (07/04/2009)
Seawal jam 7.00 pagi, kami telah bertolak ke Nabawan dengan menaiki kenderaan pacuan 4 roda. Singgah di IPGM Kampus Keningau untuk mengambil jaket keselamatan dan baju hujan. Kenderaan berhenti di Balai Polis Nabawan untuk memaklumkan perjalanan kami. Eksplorasi diteruskan hingga ke Kuala Salong dan tiba di destinasi setelah hampir 3 jam perjalanan. Bertolak dari Kuala Salong ke SK Longongon dengan menaiki bot. Air sungai yang sedang penuh memudahkan lagi perjalanan kerana kami tidak perlu menolak bot ketika melalui jeram-jeram yang banyak di situ. Difahamkan bahawa terdapat 17 jeram sepanjang laluan ke sana. Perjalanan tidak sampai 1 jam dan setibanya di sana, kami disambut oleh Guru Besar SK Longongon iaitu En Sahlan. Aktiviti yang dilaksanakan di sana termasuklah soal selidik, taklimat kepada guru-guru dan penyerahan cenderamata kepada murid-murid KIA2M. Pada waktu petang kami berpeluang melawat kawasan persekitaran. Kemudahan yang disediakan termasuklah klinik kesihatan, pondok telefon awam, kedai runcit dan kediaman guru yang agak kondusif. Di sini tidak terdapat talian untuk telefon bimbit malahan kemudahan elektrik juga menggunakan generator. Kemudahan asrama untuk murid-murid juga disediakan. Kami bermalam di rumah guru yang disediakan.








HARI KETIGA (08/04/2009)
Selepas sarapan di kantin sekolah, kami bertolak pula ke SK Pensiangan dengan menaiki bot. Perjalanan agak lambat kerana bot terpaksa melawan arus. Arus yang deras juga turut menguji kepakaran jurumudi yang rata-ratanya amat muda. Masing-masing gementar kerana bahaya sentiasa mengintai peluang jika tidak berhati-hati. Setibanya di SK Pekan Pensiangan, rombongan disambut oleh En Banas Ukom iaitu Guru Besarnya yang telah bersiap sedia menanti kedatangan tetamu. Kesemua guru di sekolah ini terdiri daripada kaum lelaki. Kemudahan rumah guru yang disediakan amat terhad dan guru-gurunya pula terpaksa berkongsi beramai-ramai. Keadaan bilik darjah dan bilik gurunya yang daif amat meruntun kalbu. Kami meneruskan aktiviti sebagaimana yang telah diprogramkan. Nampaknya guru-guru menerima kedatangan kami dengan tangan terbuka. Sebelum pulang, kami telah disajikan dengan jamuan tengah hari yang dimasak sendiri. Ikan sungai yang dipancing sendiri oleh guru-guru sungguh menyelerakan apabila dimakan pula dengan nasi beras padi bukit yang masih panas-panas.
Tanpa diduga, kami telah merancang untuk ke SK Salinatan yang terletak tidak berapa jauh dari SK Pekan Pensiangan. Setelah berunding beberapa ketika tentang bayaran, kami pun bertolak ke sana. Kami menjadi tetamu yang tidak diundang di SK Salinatan. Kemudahan di sekolah tersebut jauh lebih baik berbanding dengan sekolah-sekolah sebelumnya. Malahan terdapat sebuah taman herba dengan lanskap yang sungguh cantik dibina di situ. Difahamkan taman tersebut telah beberapa kali memenangani pertandingan peringkat negeri Sabah. Setelah melawat kawasan persekitaran kami bertolak pulang ke SK Longongon untuk mengambil beg dan peralatan lain sebelum bertolak pulang. Kami pulang ke Keningau dalam keadaan keletihan dan kelaparan.

HARI KEEMPAT (09/04/2009)
Setelah 'check out' dari hotel, kami bertolak ke IPGM Kampus Keningau dengan menaiki bas IPGM tersebut. Kami disambut oleh En Firdaus iaitu Ketua Jabatan Pengajian Melayu. Pihak institut juga turut memberi taklimat berkaitan pengurusan institut yang disampaikan oleh Pengetua dan KJ Peng Melayu. Setelah itu kami mengambil kesempatan untuk mengadakan lawatan muhibbah di sekitar institut serta berkenal-kenalan dengan staf di sana. Banyak juga input baru yang kami peroleh bakal dibawa pulang ke Pulau Pinang. Selesai lawatan, kami bertolak ke KK dengan menaiki bas yang disewa khas. Kali ini, kenderaan tersebut melalui kawasan Kimanis iaitu laluan alternatif ke KK. Jalan tersebut jauh lebih baik dan menjimatkan waktu perjalanan. Kota Kinabalu merupakan sebuah bandar yang terletak di tepi laut. Pemandangannya yang cantik menjadikannya sebuah destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan. Hasil lautnya yang murah dan mudah diperoleh juga turut menjadi daya tarikan para pelancong. Kami menginap di Hotel Promenade iaitu sebuah hotel yang terletak di tepi laut. Tempatnya yang strategik serta berdekatan dengan kawasan membeli belah berjaya menarik tumpuan kami untuk terus berada di situ. Pasar Filipina merupakan pilihan pertama untuk dijelajahi. Kristal, mutiara dan barang-barang kraf menjanjikan harga yang berpatutan di sini. Jika rajin dan pandai menawar, harganya dapat dirunding. Pada waktu malam pula perniagaan diteruskan di pasar malam dengan harga yang jauh lebih rendah.

HARI KELIMA (10/04/2009)
Kami bangun pagi-pagi lagi dan menghabiskan masa di pasar yang letaknya kira-kira 1 km dari hotel. Banyak pilihan yang boleh didapati di sana. Ada yang membeli beras Bario, kopi Tenom, udang kering Sandakan, ikan terubuk, udang dan lobster yang masih segar serta pelbagai lagi buah tangan untuk dibawa pulang. Kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur seterusnya ke Pulau Pinang pada jam 3.00 petang. Banyak input baru yang diperoleh dan akan didokumentasikan untuk menjadi bahan rujukan dan pengetahuan bagi pihak yang memerlukan.

Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M)

Pengenalan

Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.

Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas.

Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.


02. Fokus Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi pengajaran dan pembelajaran Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) melibatkan beberapa langkah berikut:

percalonan
ujian penapisan
perancangan
pengajaran
penilaian
tindakan susulan


Carta alir Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)
Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)

Setelah melalui proses pencalonan dan ujian tapisan kemasukan, maka guru-guru yang telah dipilih untuk mengendalikan kelas ini perlulah merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan modul pengajaran yang telah disediakan.

Berdasarkan modul berkenaan juga guru-guru boleh menyesuaikan aktiviti dan latihan yang dicadangkan mengikut tahap keupayaan murid masing-masing. Strategi berikut boleh digunakan mengikut kesesuaian.

a. Berpusatkan Guru

Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.

b. Berpusatkan Murid

Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas.

c. Berpusatkan Bahan

Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan.

03. Pendekatan

Dalam pelaksanaan Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M), pendekatan secara kelas, kumpulan dan juga individu perlu digunakan mengikut kesesuaian dari segi kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga kemahiran yang hendak diajar.

a. Pendekatan secara kelas

Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar.

b. Pendekatan secara berkumpulan

Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid

Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan.

c. Pendekatan secara individu

Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu.


04. Teknik

Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu objektif.

Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru.

Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah:

teknik bercerita
teknik latih tubi
teknik tunjuk cara
teknik bersoal jawab
teknik main peranan
teknik menyanyi
teknik lakonan
teknik kuiz

Rancangan Pengajaran Secara Kumpulan


kumpulan cepat sederhana lambat
langkah 1 interaksi guru secara kelas
langkah 2 kerja bertulis interaksi guru secara kumpulan kecil
langkah 3 pengukuhan kerja bertulis interaksi guru secara individu

05. Bahasa Melayu Merentas Kurikulum

Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan.

Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.

Pendidikan Jasmani Kesihatan:

1. Pergerakan menggunakan abjad, suku kata dan perkataan.
2. Permainan dalaman - dam abjad, suku kata, perkataan.
3. Lambung dan sambut pundi kacang/ bola berabjad/ suku kata.

Pendidikan Muzik:

1. Nyanyi Lagu - lagu abjad, mengeja, kanak-kanak.
2. Pergerakan berirama
3. Bunyi-bunyian berirama

Pendidikan Seni:

1. Binaan - menggunakan "play dough', plastesin dsb. membentuk abjad.
2. Catan - melukis bentuk-bentuk abjad, suku kata.
3. Capan - mengecap bentuk.
4. Tampalan - menampal bentuk abjad dan kolaj.


06. Kesimpulan

Penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis akan lebih berkesan jika murid mendapat peluang yang luas dan pelbagai untuk membolehkannya memahami sesuatu konsep.

Oleh itu adalah menjadi tugas dan tanggungjawab para guru untuk merancang pelbagai pendekatan, teknik, media pengajaran dan aktiviti agar murid dapat memahami apa yng disampaikan dengan lebih baik.

Ahad, 12 April 2009

Teknik Membaca

TEKNIK MEMBACA

A) Teknik bacaan pantas

i) Skimming (luncuran)

Ø Bacaan pantas untuk mendapatkan idea keseluruhan
Ø Fokus bacaan diberikan kepada bahagian-bahagian tertentu untuk mendapatkan gambaran umum tentang bahan bacaan tersebut. Antaranya:  
- Pengenalan
- Prakata
- Isi kandungan
- Tajuk utama
- Rumusan
- Rujukan indeks

ii) Skaning

Ø Bacaan pantas untuk mendapatkan maklumat khusus daripada sesuatu teks
Ø Pembaca boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting
Ø Bacaan ini lebih pantas daripada bacaan luncuran


B) Teknik SQ3R

Ø Digunakan oleh guru untuk membimbing pelajar bagi meningkatkan kemahiran
Ø Pelajar dapat membaca secara kendiri bagi memperkukuhkan kemahiran berfikir

Ø Maksud SQ3R ialah :
S = SURVEY (meninjau)
Q = QUESTION (menyoal)
R = READ (membaca)
R = REVIEW (menyemak)
R = RECITE ( menyebut/ mengulang)

Ø Surey (meninjau)
- Murid perlu meninjau secara sepintas lalu tentang teks/ bahan yang akan dibaca untuk mendapat gambaran awal sesuatu teks/bahan tersebut
- Biasanya ditinjau panjang teks, lakaran/grafik, sinopsis dan tajuk-tajuknya

Ø Question ( menyoal)
- Pembaca perlu membina soalan-soalan ( boleh juga dalam fikiran) tentang tajuk yang akan dibaca
- Fokus kepada apa-apa yang ingin diperolehi daripada teks

Ø Read ( membaca )
- Pembaca membaca teks tersebut dengan memfokus kepada isi-isi yang berkaitan dengan soalan yang telah dibina

Ø Review ( menyemak )
- Setelah membaca teks tersebut, pembaca perlu menyemak semula bahagian-bahagian tertentu sama ada kefahamannya tentang sesuatu idea yang disampaikan itu betul / tepat

Ø Recite ( menyebut / mengulang )
- Pembaca akan lebih faham bahan yang dibaca sekiranya dia menyampaikan isi bahan tersebut kepada pihak lain atau dalam bentuk lain
- Pembaca menceritakan isi-isi penting atau menulis ulasan / komen tentang bahan yang dibaca



C) TEKNIK KLWH
Ø Maksud KWLH ialah :
K = Know ( tahu )
W=Want ( hendak / ingin tahu )
L = Learn ( pelajari )
H = How ( bagaimana)

Ø Menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber selepas membaca sesuatu teks
Ø Teknik ini sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis
Ø Mementingkan pengetahuan sedia ada pembaca 
Ø Teknik ini hamper sama dengan teknik SQ3R kerana pembaca perlu menentukan fokus bacaannya









Mengajar Anak Membaca Awal


"Kanak-kanak yang lambat dapat bercakap berpunca, di antaranya, daripada kurangnya komunikasi di antara ibu bapa dengan mereka pada usia kecil. Kesannya, anak-anak ini akan belajar berbahasa dengan bahasa rakan mereka atau bahasa yang dipertontonkan melalui program-program TV"

Kepentingan membaca awal

“Budak 4 tahun boleh membaca? Hairan. Macamana pulak tu?” Itulah yang ibu saya katakan apabila membaca akhbar pada tahun 70-an dahulu yang telah menceritakan bagaimana seorang kanak-kanak lelaki telah dapat membaca surat khabar pada usia 4 tahun. Heboh juga satu negara dibuatnya sambil berbangga dengan pencapaiannya. Saya masih teringat lagi pada masa itu saya baru bersekolah dan baru pandai sikit-sikit mengeja apabila membaca. Dapat membaca awal pada usia yang muda pada masa itu masih ‘taboo’ dalam masyarakat kita. Sehingga 30 tahun kemudiannya, keinginan untuk melihat anak-anak dapat membaca sebelum bersekolah rendah masih tersangat kurang. Takut nanti bila bersekolah tak nak belajarlah, boringlah, sebab dah pandai dan macam-macam alasan lain.

Tetapi hari ini, membaca merupakan antara kemahiran asas yang paling penting yang harus dikuasai oleh anak-anak pada usia muda. Jelas pada hari ini, perkembangan dalam dunia pendidikan dan ilmu sangat berbeza. Kalau 30 tahun dulu kanak-kanak pada usia 5 dan 6 tahun masih leka dengan permainan anak patung dan aktiviti mengailnya, hari ini tidak lagi begitu. Kalau dulu ibu bapa berpuashati anak dapat membaca apabila telah memasuki darjah 2 dan 3, kini tidak lagi mampu senyum sendiri. Segalanya berubah sekarang. Cabaran dan perkembangan dunia ilmu sekarang semakin mencabar dan ‘demanding’. Oleh itu ibu bapa harus sedar bahawa menyediakan anak-anak dengan kemahiran yang asas yang sesuai untuk menghadapi zaman mereka sangat penting. Dan salah satu kemahiran asas tersebut ialah membaca.

‘Literasi bukanlah satu anugerah, tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak’. Begitulah bunyi ungkapan yang sering disebut di mana-mana kursus membaca. Membaca dan menulis bukanlah lahir bersama lahirnya anak-anak adam ini. Tidak ada bayi yang baru lahir dapat membaca apatahlagi menulis. Tetapi ia merupakan satu hak yang harus ditunaikan oleh ibu bapanya. Lihat sajalah apa jadi kepada remaja yang tidak dapat membaca dan menulis pada hari ini. Walaupun tidak semuanya, tetapi antara salah satu punca kegagalan dan keruntuhan akhlak mereka berpunca daripada kegagalan membaca dan menulis. Oleh itu ibu bapanya orang pertama yang harus dipersalahkan. Apa tidaknya. Ada seorang ibu baru menyedari anaknya yang berusia 14 tahun tidak dapat membaca! Selepas 8 tahun bersekolah, hari ini baru menyedarinya. Jadi apakah ini salah dirinya atau kurang prihatinnya seorang ibu atau bapa kepada anaknya? Sebagai memenuhi tanggungjawab ini wajarlah ibu bapa hari ini mengajar anak-anaknya membaca pada usia awal lagi.

Bagaimana caranya?

1. Tanam minat membaca sejak lahir lagi melalui:

a. Penggunaan bahasa yang baik

Anak-anak yang baru lahir memang lumrahnya mula melihat sekelilingnya dengan penuh minat. Antara perkara utama yang dipelajarinya ialah bahasa dan ucapan orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu ibu bapa haruslah bercakap dengan anak-anak mereka! Dalam satu kajian yang dibuat di Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu, ibu bapa di KL hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama 7 minit seminggu! Bayangkan. Oleh sebab itulah kanak-kanak yang lambat dapat bercakap berpunca, di antaranya, daripada kurangnya komunikasi di antara ibu bapa dengan mereka pada usia kecil. Kesannya, anak-anak ini akan belajar berbahasa dengan bahasa rakan mereka atau bahasa yang dipertontonkan melalui program-program TV yang berupa karton dan sebagainya. Bahasa rojak ini tidak membantu membina kemahiran berbahasa mereka dan akan menyebabkan mereka kurang keyakinan apabila berbahasa atau apabila belajar membaca nanti. Oleh itu bercakaplah dengan anak-anak menggunakan bahasa yang baik, jelas dan santun.

b. Bercerita

Kanak-kanak sangat sukakan cerita. Mendengar cerita adalah antara aktiviti di rumah yang dapat menanam minat kepada buku. Saya masih teringat bagaimana seorang nenek membacakan sebuah buku cerita kepada cucunya yang baru berusia 6 bulan di atas keretapi bawah tanah di Toronto. Walaupun anak kecil itu masih belum dapat duduk dengan baik, dia sudah dibacakan buku cerita. Kanak-kanak seawal usia 12 tahun, apabila mereka mula memahami bahasa dan dapat bercakap, mula meminati aktiviti bercerita. Melalui aktiviti bercerita secara lisan, sebelum tidur terutamanya, sehingga membaca buku-buku cerita bergambar, minat membaca anak-anak dapat dipupuk. Mulalah dengan bercerita menggunakan buku-buku cerita yang cantik dan menarik lukisannya. Sambil bercerita, pastikan jari kita menunjuk kepada tulisan yang dibaca walaupun mata anak kita hanya melekat pada gambar-gambar di buku. Satu hari nanti dia akan sedar bahawa tulisan pada buku cerita itu sangat penting dalam menceritakan gambar yang dilihatnya. Melalui bercerita jugalah minat untuk membaca dapat dipupuk. Oleh itu tidak hairanlah kanak-kanak yang dirangsang dengan baik mempunyai minat untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun lagi.

2. Memberi rangsangan yang sesuai

a. Bermain permainan yang mendidik

Ibu bapa yang penyayang sering membelikan bermacam-macam permainan kepada anak-anak mereka. Bagaimanapun, tidak ramai yang membelikan anak-anak mereka permainan-permainan yang sesuai dan membina kematangan berfikir dan psikomotor mereka. Biasanya , pistol dan senapang sahaja yang dibelikan kepada anak lelakinya ataupun anak patung sahaja yang dihadiahkan kepada anak perempuannya. Jarang sekali ibu bapa yang prihatin membeli permainan yang merangsang minda atau permainan yang melatih koordinasi mata dan tangannya. Sebenarnya permainan seperti Lasy, lego, atau permainan membina blok sangat penting untuk melatih koordinasi mata tangan dan melatih memberi tumpuan. Bahkan bermain sambut bola atau menangkap bola yang sedang bergerak juga amat berguna. Dua kemahiran ini, koordinasi mata-tangan dan memberi tumpuan, sangat berguna apabila anak kecil anda belajar membaca nanti.

b. Mewujudkan budaya membaca di rumah

Budaya yang baik di rumah sebenarnya dapat merangsang minat membaca. Pastikan setiap ahli keluarga mempunyai masa untuk membaca bersama, selain membaca al-Quran, supaya anak kecil anda dapat menghayati suasana tersebut. Ada sesetengah keluarga mewujudkan perpustakaan mini di rumah di mana-mana sudut tertentu. Selain membaca surat khabar , majalah dan buku-buku, ibu bapa haruslah bercerita dan berbual mengenai apa yang dibaca atau dilihatnya. Ini akan menarik minat anak-anak untuk mengetahui apa yang berlaku dan secara tidak langsung menimbulkan perasaan ingin membaca apa yang ditulis mengenai gambar atau tajuk berita.


 

Bahasa Melayu Kontekstual

Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal

 

Bil

Pola

Ejaan betul

Ejaan salah

1

a           e(t)

aneh, awet, kaget, Raden, pamer, panel, balet

anih, awit, kagit, Radin, pamir, panil, balit

2

a           o

calon, lancong, lapor, perabot, lakon, atom, faktor, keraton, kontraktor

calun, lancung, lapur, perabut, lakun, atum, faktur, keratun, kontraktur

3

e(p)       e(t)

gembleng, setem

gembling, setim

4

e(p)       o

jempol, gabenor, canselor

jempul, gabenur, canselur

5

i            e(t)

parlimen, tiket, simen, wisel

parliman, tikit, simin, wisil

6

i            o

pilon, diftong, simbol

pilun, diftung, simbul

7

u           e(t)

tulen, ulet, subjek

tulin, ulit, subjik

8

u           o

kupon, konduktor, buron

kupun, konduktur, burun

9

a          e(p)

pakem, teater

pakim, teatir

10

e(t)        i

resit, objektif, hipotesis

reset, objektef, hipoteses

11

e(t)       u

petroleum

petroleom

12

e(p)      e(p)

dendem, pepet

dendim, pepit

13

i           e(p)

iseng, filem, partikel

ising, filim, partikil

14

o           i

fosil, polis, hipokrit

fosel, pulis, hipokret

15

o          u

bonus, forum, fokus

bonos, furum, fokas

16

u          e(p)

skuter

sekuter, skutar