HARI PERTAMA (06/04/2009)
Bertolak ke Kota Kinabalu dengan pesawat Malaysia Airlines MH80 pada jam 9.00 pagi. Dari Kota Kinabalu, rombongan menuju pula ke Keningau dengan menaiki bas IPGM Kampus Keningau.Sepanjang perjalanan ke Keningau, bas melalui kawasan pergunungan yang indahnya memukau pemandangan. Air sungainya yang jernih dengan jeram dan batu-batu yang memutih menggamit pengunjung untuk singgah di sana. Bas singgah sebentar di Gunung Emas iaitu sebuah kawasan rehat yang suhunya sungguh dingin. Terasa seolah-olah berada di Tanah Rata,CH. Perjalanan sejauh 118km mengambil masa kira-kira 3 jam dengan melalui daerah Penampang dan Tambunan sebelum sampai di Bandar Keningau. Kami disambut oleh En Bahaman Ismail pensyarah dari IPGM Keningau yang bertindak selaku pengiring sepanjang lawatan ke daerah Nabawan. Rombongan berhenti rehat dan bermalam di Hotel Juta, Keningau.
HARI KEDUA (07/04/2009)
Seawal jam 7.00 pagi, kami telah bertolak ke Nabawan dengan menaiki kenderaan pacuan 4 roda. Singgah di IPGM Kampus Keningau untuk mengambil jaket keselamatan dan baju hujan. Kenderaan berhenti di Balai Polis Nabawan untuk memaklumkan perjalanan kami. Eksplorasi diteruskan hingga ke Kuala Salong dan tiba di destinasi setelah hampir 3 jam perjalanan. Bertolak dari Kuala Salong ke SK Longongon dengan menaiki bot. Air sungai yang sedang penuh memudahkan lagi perjalanan kerana kami tidak perlu menolak bot ketika melalui jeram-jeram yang banyak di situ. Difahamkan bahawa terdapat 17 jeram sepanjang laluan ke sana. Perjalanan tidak sampai 1 jam dan setibanya di sana, kami disambut oleh Guru Besar SK Longongon iaitu En Sahlan. Aktiviti yang dilaksanakan di sana termasuklah soal selidik, taklimat kepada guru-guru dan penyerahan cenderamata kepada murid-murid KIA2M. Pada waktu petang kami berpeluang melawat kawasan persekitaran. Kemudahan yang disediakan termasuklah klinik kesihatan, pondok telefon awam, kedai runcit dan kediaman guru yang agak kondusif. Di sini tidak terdapat talian untuk telefon bimbit malahan kemudahan elektrik juga menggunakan generator. Kemudahan asrama untuk murid-murid juga disediakan. Kami bermalam di rumah guru yang disediakan.

HARI KETIGA (08/04/2009)
Selepas sarapan di kantin sekolah, kami bertolak pula ke SK Pensiangan dengan menaiki bot. Perjalanan agak lambat kerana bot terpaksa melawan arus. Arus yang deras juga turut menguji kepakaran jurumudi yang rata-ratanya amat muda. Masing-masing gementar kerana bahaya sentiasa mengintai peluang jika tidak berhati-hati. Setibanya di SK Pekan Pensiangan, rombongan disambut oleh En Banas Ukom iaitu Guru Besarnya yang telah bersiap sedia menanti kedatangan tetamu. Kesemua guru di sekolah ini terdiri daripada kaum lelaki. Kemudahan rumah guru yang disediakan amat terhad dan guru-gurunya pula terpaksa berkongsi beramai-ramai. Keadaan bilik darjah dan bilik gurunya yang daif amat meruntun kalbu. Kami meneruskan aktiviti sebagaimana yang telah diprogramkan. Nampaknya guru-guru menerima kedatangan kami dengan tangan terbuka. Sebelum pulang, kami telah disajikan dengan jamuan tengah hari yang dimasak sendiri. Ikan sungai yang dipancing sendiri oleh guru-guru sungguh menyelerakan apabila dimakan pula dengan nasi beras padi bukit yang masih panas-panas.
Tanpa diduga, kami telah merancang untuk ke SK Salinatan yang terletak tidak berapa jauh dari SK Pekan Pensiangan. Setelah berunding beberapa ketika tentang bayaran, kami pun bertolak ke sana. Kami menjadi tetamu yang tidak diundang di SK Salinatan. Kemudahan di sekolah tersebut jauh lebih baik berbanding dengan sekolah-sekolah sebelumnya. Malahan terdapat sebuah taman herba dengan lanskap yang sungguh cantik dibina di situ. Difahamkan taman tersebut telah beberapa kali memenangani pertandingan peringkat negeri Sabah. Setelah melawat kawasan persekitaran kami bertolak pulang ke SK Longongon untuk mengambil beg dan peralatan lain sebelum bertolak pulang. Kami pulang ke Keningau dalam keadaan keletihan dan kelaparan.
HARI KEEMPAT (09/04/2009)
Setelah 'check out' dari hotel, kami bertolak ke IPGM Kampus Keningau dengan menaiki bas IPGM tersebut. Kami disambut oleh En Firdaus iaitu Ketua Jabatan Pengajian Melayu. Pihak institut juga turut memberi taklimat berkaitan pengurusan institut yang disampaikan oleh Pengetua dan KJ Peng Melayu. Setelah itu kami mengambil kesempatan untuk mengadakan lawatan muhibbah di sekitar institut serta berkenal-kenalan dengan staf di sana. Banyak juga input baru yang kami peroleh bakal dibawa pulang ke Pulau Pinang. Selesai lawatan, kami bertolak ke KK dengan menaiki bas yang disewa khas. Kali ini, kenderaan tersebut melalui kawasan Kimanis iaitu laluan alternatif ke KK. Jalan tersebut jauh lebih baik dan menjimatkan waktu perjalanan. Kota Kinabalu merupakan sebuah bandar yang terletak di tepi laut. Pemandangannya yang cantik menjadikannya sebuah destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan. Hasil lautnya yang murah dan mudah diperoleh juga turut menjadi daya tarikan para pelancong. Kami menginap di Hotel Promenade iaitu sebuah hotel yang terletak di tepi laut. Tempatnya yang strategik serta berdekatan dengan kawasan membeli belah berjaya menarik tumpuan kami untuk terus berada di situ. Pasar Filipina merupakan pilihan pertama untuk dijelajahi. Kristal, mutiara dan barang-barang kraf menjanjikan harga yang berpatutan di sini. Jika rajin dan pandai menawar, harganya dapat dirunding. Pada waktu malam pula perniagaan diteruskan di pasar malam dengan harga yang jauh lebih rendah.
HARI KELIMA (10/04/2009)
Kami bangun pagi-pagi lagi dan menghabiskan masa di pasar yang letaknya kira-kira 1 km dari hotel. Banyak pilihan yang boleh didapati di sana. Ada yang membeli beras Bario, kopi Tenom, udang kering Sandakan, ikan terubuk, udang dan lobster yang masih segar serta pelbagai lagi buah tangan untuk dibawa pulang. Kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur seterusnya ke Pulau Pinang pada jam 3.00 petang. Banyak input baru yang diperoleh dan akan didokumentasikan untuk menjadi bahan rujukan dan pengetahuan bagi pihak yang memerlukan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan