"Kanak-kanak yang lambat dapat bercakap berpunca, di antaranya, daripada kurangnya komunikasi di antara ibu bapa dengan mereka pada usia kecil. Kesannya, anak-anak ini akan belajar berbahasa dengan bahasa rakan mereka atau bahasa yang dipertontonkan melalui program-program TV"
Kepentingan membaca awal
“Budak 4 tahun boleh membaca? Hairan. Macamana pulak tu?” Itulah yang ibu saya katakan apabila membaca akhbar pada tahun 70-an dahulu yang telah menceritakan bagaimana seorang kanak-kanak lelaki telah dapat membaca
Tetapi hari ini, membaca merupakan antara kemahiran asas yang paling penting yang harus dikuasai oleh anak-anak pada usia muda. Jelas pada hari ini, perkembangan dalam dunia pendidikan dan ilmu sangat berbeza. Kalau 30 tahun dulu kanak-kanak pada usia 5 dan 6 tahun masih leka dengan permainan anak patung dan aktiviti mengailnya, hari ini tidak lagi begitu. Kalau dulu ibu bapa berpuashati anak dapat membaca apabila telah memasuki darjah 2 dan 3, kini tidak lagi mampu senyum sendiri. Segalanya berubah sekarang. Cabaran dan perkembangan dunia ilmu sekarang semakin mencabar dan ‘demanding’. Oleh itu ibu bapa harus sedar bahawa menyediakan anak-anak dengan kemahiran yang asas yang sesuai untuk menghadapi zaman mereka sangat penting. Dan salah satu kemahiran asas tersebut ialah membaca.
‘Literasi bukanlah satu anugerah, tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak’. Begitulah bunyi ungkapan yang sering disebut di mana-mana kursus membaca. Membaca dan menulis bukanlah lahir bersama lahirnya anak-anak adam ini. Tidak ada bayi yang baru lahir dapat membaca apatahlagi menulis. Tetapi ia merupakan satu hak yang harus ditunaikan oleh ibu bapanya. Lihat sajalah apa jadi kepada remaja yang tidak dapat membaca dan menulis pada hari ini. Walaupun tidak semuanya, tetapi antara salah satu punca kegagalan dan keruntuhan akhlak mereka berpunca daripada kegagalan membaca dan menulis. Oleh itu ibu bapanya orang pertama yang harus dipersalahkan. Apa tidaknya.
Bagaimana caranya?
1. Tanam minat membaca sejak lahir lagi melalui:
a. Penggunaan bahasa yang baik
Anak-anak yang baru lahir memang lumrahnya mula melihat sekelilingnya dengan penuh minat. Antara perkara utama yang dipelajarinya ialah bahasa dan ucapan orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu ibu bapa haruslah bercakap dengan anak-anak mereka! Dalam satu kajian yang dibuat di
b. Bercerita
Kanak-kanak sangat sukakan cerita. Mendengar cerita adalah antara aktiviti di rumah yang dapat menanam minat kepada buku. Saya masih teringat bagaimana seorang nenek membacakan sebuah buku cerita kepada cucunya yang baru berusia 6 bulan di atas keretapi bawah tanah di
2. Memberi rangsangan yang sesuai
a. Bermain permainan yang mendidik
Ibu bapa yang penyayang sering membelikan bermacam-macam permainan kepada anak-anak mereka. Bagaimanapun, tidak ramai yang membelikan anak-anak mereka permainan-permainan yang sesuai dan membina kematangan berfikir dan psikomotor mereka. Biasanya , pistol dan senapang sahaja yang dibelikan kepada anak lelakinya ataupun anak patung sahaja yang dihadiahkan kepada anak perempuannya. Jarang sekali ibu bapa yang prihatin membeli permainan yang merangsang minda atau permainan yang melatih koordinasi mata dan tangannya. Sebenarnya permainan seperti Lasy, lego, atau permainan membina blok sangat penting untuk melatih koordinasi mata tangan dan melatih memberi tumpuan. Bahkan bermain sambut bola atau menangkap bola yang sedang bergerak juga amat berguna. Dua kemahiran ini, koordinasi mata-tangan dan memberi tumpuan, sangat berguna apabila anak kecil anda belajar membaca nanti.
b. Mewujudkan budaya membaca di rumah
Budaya yang baik di rumah sebenarnya dapat merangsang minat membaca. Pastikan setiap ahli keluarga mempunyai masa untuk membaca bersama, selain membaca al-Quran, supaya anak kecil anda dapat menghayati suasana tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan