| | Bahan-Bahan: | 500 gm mee kuning (dicelur) 300 gm daging (dipotong) 300 gm daging ayam (dipotong) 300 gm udang 200 gm tauge Garam & minyak masak 2 sudu besar cili kisar 3 ulas bawang putih (ditumbuk) 5 ulas bawang merah (ditumbuk) 1 mangkuk stok ayam | 4 sudu besar sos tomato 4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus) 2 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tiram 1 biji limau kasturi 1 biji telur Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris) | Cara: | Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing. Masukkan stok ayam & biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan merenih perlahan-lahan. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2 minit. | Cadangan Hidangan: | Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan cili merah, limau kasturi & daun bawang. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan