Khamis, 1 April 2010

Warga Emas

Pengenalan

Banyak faktor mendorong anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan atau membiarkan mereka bersendirian. Mereka memberi alasan tersendiri berbuat demikian walaupun ada yang mendakwa melakukannya demi kebaikan dan keselesaan ibu bapa. Ada anak yang mendakwa menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan bagi memastikan mereka mendapat layanan sempurna seperti makan dan minum terurus kerana anak sendiri tidak mempunyai banyak masa berbuat demikian.Tidak kurang anak yang menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan kerana tidak terdaya untuk merawat atau menjaga mereka yang sakit. Dengan menghantar ke rumah orang tua, masalah kesihatan ibu bapa akan dijaga dengan baik. Apa pun alasan mereka sama ada dengan niat baik atau sebaliknya, perbuatan itu tidak murni.

Punca Warga Tua Terbiar

Sifat individualisme dan mementingkan diri masyarakat kita di Malaysia. Tamadun manusia walau apa pun agamanya, meletakkan kedudukan yang tinggi kepada orang yang lebih tua, terutamanya kedua ibu-bapa. Tamadun itu semakin hari semakin ditelan arus pembangunan. Akibatnya anak-anak yang sudah berkeluarga bukan sahaja tidak lagi berminat tinggal dengan ibu bapa malah jumlah orang menghubungkaitkan di antara punca masalah sosial dengan cara penyelesaiannya.

Mengabaikan norma moral dalam penyelesaian masalah sosial. Memandangkan pelbagai masalah sosial yang timbul di negara barat, masyarakat harus mengekalkan nilai moral yang sedia ada tanpa terikut-ikut budaya barat. Nilai moral seperti menghormati orang tua merupakan suatu nilai luhur yang diamalkan oleh masyarakat kita. Kita mesti berpegang kepada nilai moral yang menjadi asas dalam menghuraikan permasalahan sosial seperti masalah warga tua terbiar dan lain-lain.

Banyak faktor menyebabkan orang tua diabaikan sehingga ada anak yang sanggup menghantar mereka ke rumah orang tua atau membiarkan mereka tinggal bersendirian. Kecacatan, nyanyuk, tidak bersefahaman di antara anak atau menantu dengan ibu bapa, kesibukan anak dengan tugas seharian dan masalah kewangan antara sebab berlakunya gejala ini dalam masyarakat hari ini.

Tidak sewajarnya kita meletakkan orang tua kita di rumah kebajikan kerana ia bermakna menderhaka dan mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak lebih-lebih lagi jika anak itu lelaki. Mereka juga memerlukan kasih sayang dan perhatian dari kita sepertimana kita memerlukan orang tua kita sewaktu kita masih kanak-kanak. Anak-anak harus bijak mengatur jadual harian untuk menggelakkan daripada meletakkan orang tua mereka di rumah kebajikan.

Seumpamanya jika orang tua mereka mempunyai anak yang ramai, mereka boleh bergilir-gilir menjaga orang tua mereka. Anak-anak mereka juga boleh menggajikan pembantu rumah untuk menjaga orang tua mereka jika mereka bertugas daripada menghantar orang tua mereka ke rumah kebajikan yang jauh dari pertalian keluarga. Bukankah perbelanjaan di rumah kebajikan tiada bezanya jika dibandingkan dengan menggajikan pembantu rumah? Dari satu aspek yang lain, punca pengabaian warga tua juga mungkin disebabkan oleh tindakan ibu bapa itu sendiri.

Pengabaian terhadap kedua ibu bapa juga mungkin disebabkan oleh pengalaman anak-anak itu sendiri di alam kanak-kanaknya. Mungkin semasa mereka kecil, kedua ibu bapa mereka bersifat bengis, suka mendera sama ada dari aspek fizikal atau mental, ditambah pula dengan kurangnya pendidikan agama. Maka, anak-anak akan bertindak balas dan menyimpan perasaan untuk membalas dendam terhadap kedua ibu bapanya yang dianggap kejam itu. Oleh itu, salah satu cara untuk memuaskan hati ialah dengan mengabaikan kebajikan dan kesihatan kedua ibu bapa mereka setelah ia uzur dan tidak berkeupayaan sebagaimana yang dialami oleh anak- anak mereka dulu. Perasaan dendam terhadap orang tua kita seharusnya diluputkan kerana pintu kemaafan itu terletak di telapak kaki ibu dan ayah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan