Ahad, 1 Ogos 2010

FUNGSI BAHASA MELAYU

•Sebagai Bahasa Kebangsaan
•Sebagai Bahasa Rasmi
•Sebagai Bahasa Perpaduan
•Sebagai Bahasa Pengantar
•Sebagai Bahasa Ilmu
•Sebagai Bahasa Komunikasi

BAHASA KEBANGSAAN

•Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik.

•Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diangkat menjadi bahasa utama sesebuah negara yang berdaulat dan lazimnya digunakan sebagai bahasa rasmi negara tersebut.

•Bahasa tersebut merupakan lambang jati diri negara dan kewarganegaraan, bukti tentang kedaulatannya yang membolehkan sesebuah negara berdiri sama tinggi dan
duduk sama rendah dengan negara berdaulat yang lain.

•Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik dan undang-undang dan ditetapkan di dalam sesebuah kerajaan.

•Bahasa kebangsaan boleh menjadi bahasa rasmi tetapi tidak semestinya. Bahasa kebangsaan juga mungkin berbeza dengan bahasa yang umum digunakan rakyat
sesebuah negara.

•Semua negara yang berdaulat mempunyai bahasa kebangsaan sendiri. Misalnya, Bahasa Melayu diMalaysia, Bahasa Inggeris di United Kingdom, Bahasa Perancis di Perancis, Bahasa Jepun di Jepun, danBahasa Jerman di Jerman.

•Sesetengah negara mempunyai lebih dari satu bahasa kebangsaan.

•Contoh negara Kanada yang menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris sebagai bahasa kebangsaannya.

BAHASA RASMI

•Bahasa yang digunakan dalam perhubungan rasmi, seperti dalam ucapan rasmi dan surat-menyurat.

•Biasanya, bahasa kebangsaan sesebuah negara turut berfungsi sebagai bahasa rasmi.

•Tetapi di Singapura, walaupun bahasa kebangsaannya ialah Bahasa Melayu, tiga bahasa lain turut diisytiharkan sebagai bahasa rasmi, menjadikan jumlah bahasa rasminya empat iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

BAHASA PENGANTAR

•Bahasa Melayu sekian lama telah menjadi bahasa pengantar di sekolah, maktab, politeknik dan universiti.

•Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi menentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu
pengetahuan.

•Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima pendidikan dalam Bahasa Melayu. Ratusan tesis dan disertasi pada peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran ditulis dalam Bahasa Melayu,dan puluhan, malahan ratusan, profesor telah menyampaikan syarahan perdana tentang pelbagai ilmu
dalam Bahasa Melayu.

•Semua perkara ini tidak terhad kepada orang Melayu sahaja, tetapi melibatkan semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia.

•Tidak syak lagi bahawa Bahasa Melayu telah membuktikan kejayaan dan keupayaan sebagai bahasa ilmu, bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang.

BAHASA PERPADUAN

Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan merupakan senjata paling ampuh dalam merealisaikan konsep 1 Malaysia. Perpaduan atau solidariti dapat ditafsirkan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Kamus Dewan (1994) mendefinisikan perpaduan sebagai penggabungan, pelaburan penyesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Oleh itu, dapatlah diertikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan ialah bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan satu kelompok manusia yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam sesebuah negara.

BAHASA ILMU

•Bahasa Melayu tetap mempunyai peranan sebagai bahasa ilmu dalam dunia abad ke-21. Namun, kejayaan Bahasa Melayu dalam tugas ini amat bergantung pada
kesediaan pengamal Bahasa Melayu untuk menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu.

•Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan moden akan tetap kekal walaupun tidak dinafikan bahawa di negara ini, Bahasa Inggeris turut berfungsi sebagai bahasa untuk menimba ilmu.

•Keadaan ini tidak bercanggah kerana sudah menjadi dasar pendidikan negara untuk menghasilkan pelajar yang dwibahasa sifatnya

Itulah sebabnya Bahasa Inggeris diperkenalkan sebagai mata pelajaran sejak tahun satu sekolah rendah supaya pelajar menerima pendidikan Bahasa Inggeris selama 11 tahun dan sepatutnya telah menguasai bahasa tersebut dengan baik.

•Jika rasa megah terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidak ada dan jika semua pihak lebih selesa menggunakan Bahasa Inggeris, lama-kelamaan fungsi
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan berkurangan.

•Tetapi, kerana orang Melayu memang optimistik sifatnya, berdasarkan kejayaan Bahasa Melayu dalam 30 tahun yang lalu, potensi yang ada bagi Bahasa
Melayu untuk kekal sebagai bahasa ilmu amat cerah.

BAHASA KOMUNIKASI

•Bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi atau bahasa perhubungan di antara rakyat jelata kerana bahasa itu dapat dipelajari dengan senang dan telah
sekian lama menjadi lingua franca penduduk kawasan ini.

•Rakyat jelata yang dimaksudkan ialah masyarakat biasa, bukan golongan elit yang, oleh sebab sifat dwibahasa mereka, lebih selesa menggunakan bahasa campuran (Melayu-Inggeris).

•Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa perhubungan rakyat jelata.

•Maka, fungsi pembinaan jati diri akan tetap dimainkan oleh bahasa itu kerana pembinaan jati diri mempunyai ikatan yang erat dengan emosi


3 ulasan:

  1. Terima kasih. Info yang membina dan membantu dalam pembinaan tugasan saya.

    BalasPadam