Sabtu, 21 Ogos 2010

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa


Sudah beberapa hari Ramadhan berlalu. Baru teringat hendak mengucapkannya kepada semua. Nampaknya kesibukan membuatkan saya lupa seketika akan peristiwa2 penting yang sedang kita lalui. Apapun yang berlaku, kewajipan sebagai umat Islam tidak boleh kita lupakan. Di bulan yang mulia inilah seharusnya kita berlumba-lumba mengisi masa dengan melakukan sebanyak mungkin kebajikan, kebaikan dan ibadah kepada Allah. Amalan sedekah hendaklah diperbanyakkan kerana pahala yang dijanjikan adalah berlipat ganda. Moga keredaan Ilahi sentiasa bersama-sama kita. Insyaallah.
Kehadiran bulan Ramadhan merupakan satu rahmat daripada ALLAH. Ramadhan merupakan
bulan ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba-NYA. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya golongan yang benar-benar beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kehadiran bulan Ramadan ini seraya menyambut kedatangannya dengan penuh kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini.

Memandangkan Ramadhan ini masih lagi belum berakhir ada baiknya juga kita
bersama-sama mengulangkaji perkara-perkara yang disunnahkan sempena bulan
Ramadhan ini.Berikut beberapa artikel yang saya petik dari blog Minda Akob untuk kita kongsikan bersama-sama dengan dengan harapan dapat kita amalkan.

Keistimewaan Bulan Ramadhan
http://akob73.blogspot.com/2008/08/keistimewaan-bulan-ramadahan.html

Amalan-Amalan Sunnah Pada Bulan Ramadhan
http://akob73.blogspot.com/2008/08/amalan-amalan-sunnah-pada-bulan-ramadan.html

Bersahur Cara Rasulullah
http://akob73.blogspot.com/2008/08/bersahur-cara-rasulullah.html

Berbuka Puasa Cara Rasulullah
http://akob73.blogspot.com/2008/08/berbuka-puasa-mengikut-sunnah.html

Keutamaan Ibadah Puasa
http://akob73.blogspot.com/2008/09/keutamaan-ibadah-puasa.html

Solat Tarawih Menurut Cara Rasulullah
http://akob73.blogspot.com/2008/09/mengerjakan-solat-tarawih-menurut.html
Kemuliaan Malam Lailatul Qadar

http://akob73.blogspot.com/2008/09/kemuliaan-malam-lailatulqadar.html

Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar
http://akob73.blogspot.com/2008/09/tanda-tanda-lailatulqadar.html

Lailatul Qadar
http://akob73.blogspot.com/2008/09/lailatulqadar.html

Semoga ada manfaatnya dan sila sebarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan