Selasa, 10 Ogos 2010

INSTITUSI BAHASA MELAYU

Empat buah institusi berperanan penting dalam perkembangan Bahasa Melayu moden zaman pra-merdeka :

  • 1. Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa

(PBmPB)

  • 2. Pertubuhan Guru-guru Melayu
  • 3. Pejabat Karang Mengarang
  • 4. Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)

1. PAKATAN BELAJAR MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA

  • Salah sebuah badan pembinaan dan pengembangan BM sebelum merdeka
  • Ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1888
  • Sebagai usaha memajukan BM secara berkumpulan
  • Pengasas persatuan ini ialah Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi
  • Tujuan:
  • 1. mengendalikan perbincangan tentang Bahasa Melayu
  • 2.mewujudkan perpustakaan
  • Meliputi pelbagai aspek ilmu BM seperti persoalan ejaan dan perkataan, hasilnya beberapa keterangan telah diambil
  • Abad ke-19,kegiatan PBmPB agak lembap
  • 1934,persatuan ini dihidupkan semula oleh Dato’ Awang Omar dan Mejar Musa Yusof
  • Dikurniakan gelaran “Diraja” oleh D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar
  • Matlamat:
  • 1-memelihara,memperlengkapkan dan mempermoden
  • BM dan memelihara tulisan jawi
  • 2-menstandardkan ejaan dan perkataan
  • 3-mencipta perkataan baru
  • 4-mengembangkan pengetahuan melalui ceramah-

ceramah dan penyelidikan

  • 5-mengeluarkan “Peredar” atau jurnal 6 bulan sekali
  • 6-mengadakan perpustakaan
  • Kegiatan :
  • 1-mengeluarkan buku-buku adat Melayu
  • 2-membeli karangan daripada PASPAM
  • 3-mengaturkan tarikh-tarikh negeri Melayu
  • 4-mengeluarkan kamus Melayu
  • 5-mengadakan peraduan karang-mengarang
  • 6-mengeluarkan buku tahunan PASPAM
  • 7-menentukan suatu ejaan yang tetap bagi ahli-ahli PASPAM
  • 8-mereka perkataan Melayu baharu daripada perkataan Inggeris yang digunakan oleh orang Melayu

  • PEJABAT KARANG MENGARANG
  • Ditubuhkan di Maktab Perguruan Sultan Idris pada 1924
  • Zainal Abidin (Za’ba) bertanggungjawab atas segala urusan
  • ditubuhkan bagi memenuhi keperluan buku teks untuk sekolah-sekolah Melayu
  • Tujuan penubuhan :
  • 1-mengeluarkan sebanyak mungkin buku-buku sekolah Melayu
  • 2-mengeluarkan bahan bacaan untuk masyarakat Melayu
  • 3-menerbitkan jurnal bergambar
  • 4-mengadakan perpustakaan bergerak ke kampung- kampung

  • ANGKATAN SASTERAWAN 50
  • Ditubuhkan di Singapura pada 6 Ogos 1950
  • Tokoh penting:
  • 1.Mohd Arif Ahmad(MAS)
  • 2.Hamzah
  • 3.Rosmera
  • 5.Jymy Asmara
  • 6.Masuri S.N.
  • 7.Keris Mas
  • 8.Asraf
  • Mmatlamat:
  • 1. memperluas dan meningkatkan kesusasteraan dan kebudayaan Melayu
  • 2. melindungi hak ahli dan para pengarang
  • 3. mengadakan pembaharuan dalam sastera dengan tidak membunuh yang lama
  • PERTUBUHAN GURU-GURU MELAYU
  • Beberapa persatuan guru Melayu ditubuhkan
  • Antaranya Persatuan Guru Melayu PP dan Seberang Perai
  • Pada 1946 persatuan2 ini bergabung,menubuhkan
  • Kesatuan Persatuan Guru-guru Melayu Persekutuan Tanah Melayu
  • 1968 menukar nama kepada Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat(KGMMB)
  • Pembentukan dasar pelajaran negara berdasarkan kepentingan orang Melayu dan berbahasa pengantar Melayu
  • 2. Mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan tunggal di TM
  • 3. Memajukan bahasa Melayu sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa utama TM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan