Jumaat, 27 Ogos 2010

Menu kegemaran ramai di bulan puasa

























Apabila tibanya bulan puasa, selera makan kita pun kadang-kadang berubah. Biasanya kita mencari kelainan dalam menyediakan juadah ketika berbuka. Makanan yang biasa kita makan pada bulan puasa biasanya kurang diambil ketika hari-hari biasa. Agaknya sebab itu ada orang berkata, apabila tiba bulan puasa habislah semua keladi, batang pisang dan daun-daun kayu dikutip orang. Itik juga terpaksa bekerja keras untuk menghasilkan telur kerana telur masin mendapat pasaran di luar jangkaan. Nasib baik puasa hanya sebulan sekali. Antara makanan yang menjadi pembuka selera ketika berbuka (terutamanya di utara) ialah:

1) Kurma ( yang ini sunat dimakan)
2) Sayur keladi ( rasanya seperti asam pedas. Memang mampu membuka selera)
3) Telur masin ( memang sedap dimakan dengan nasi yang panas-panas.)
4) Nasi ulam ( hanya bulan puasa sahaja ada dijual. Pelbagai ramuan ulam-ulaman digaul dengan nasi yang masih panas. Ditambah pula dengan ikan masin dan telur masin)
5)Murtabak (orang P.Pinang memang sinonim dengan makanan ini)
6) Gulai kawah ( akhir-akhir ini mendapat sambutan ramai.Bahan2nya ialah batang pisang dan daging di samping rempah ratus untuk menyediakan kari)
7) Minuman pelbagai warna juga menjadi pilihan ketika berbuka.
8) Agar-agar pelbagai warna dan rasa. Kalau malas hendak masak, boleh beli saja di bazar2.
9) Ikan gelama masam ( memang menyelerakan terutamanya jika digoreng bersama-sama bawang dan cili kering. Baunya pun sudah menyelerakan)
10) Acar buah ( rasanya yang masam-masam manis juga mampu menambat selera makan kita)

Ahakss...nampaknya hari ini fokus utama ialah makanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan