Isnin, 3 Mei 2010

Kulinari: Mengapa makan di luar?


Saya dan keluarga kerap juga makan di luar, tambahan lagi jika tidak sempat menyediakan makanan di rumah. Biasanya kami akan ke tempat2 baru yang belum pernah dicuba. Kalau dihitung, tempat2 seperti KFC, Rasamas, MD, Secret Receipe, Chicken Rice Shop, Nandos, Manhattan Fish, Laksa Shack, Pizza Hut, Noodle Station, Kopitiam, Subway dan beberapa restoran segera lagi telah kami jengah. Semua tempat makan tersebut bukan sahaja mengenakan caj bagi item yang dijual bahkan turut mengenakan caj bagi servis dan government tax juga. Jadi tidak hairanlah kalau makanan di sana mahal-mahal belaka. Disebabkan minat makan yang mendalam, maka direlakan jua walaupun mahal.
Namun begitu, jika kita berpeluang memasak makanan tersebut, kos bagi menyediakannya amat murah. Memanglah kadangkala rasanya kurang memuaskan berbanding makan di restoran ternama tapi dari segi kos, nyata amat menjimatkan. Suatu ketika dahulu, anak2 amat menggemari sup cendawan yang dijual di Pizza Hut. Parahlah kalau selalu ke sana. Saya pun bertanyakan resepi sup cendawan daripada kawan-kawan. Alhamdulillah menjadi pula dan rasanya jua tidak jauh bezanya dengan sup sebenar di Pizza Hut. Pernah juga saya memasak pizza mengikut resepi yang diberi. Walaupun tidak selembut pizza yang dijual tapi, berbaloi juga dan yang paling penting jimat kos.
Beberapa resepi lain seperti spaghetti dan nasi ayam juga memang mudah disediakan Cari saja resepi di internet, memang banyak pilihan. Walaupun kadang2 kali pertama kurang menjadi, tapi jangan mudah putus asa. Saya pernah mencuba resepi kek keju dan chicken cop. Walaupun kurang sedap tapi anak-anak makan juga sampai habis. Semalam kami ke Restoran Subway di Gelugor, P.Pinang. Saya sudah dua kali ke sana bersama-sama kawan2. Kali ini bawa anak2lah pula. Kami memilih jenis dan saiz roti, intinya, salad dan sos yang hendak dimakan. Selepas dikira, harga bagi dua set roti yang panjangnya 6 inci beserta minuman ringan sudah berjumlah RM27. Anak-anak memang berselera makan sampai tidak cukup.
Lalu saya mengambil keputusan untuk singgah di pasaraya Tesco dan membeli barang-barang yang diperlukan untuk menyediakan roti ala-ala subway tersebut. Harga roti baru RM0.90 sebiji manakala barang-barang lain seperti mayonis, sos cili dan sayur-sayuran berharga tidak sampai RM15. Akhirnya saya membawa balik barang-barang tersebut untuk disediakan di rumah. Dengan harga tidak sampai RM15, kami dapat menikmati sandwich ala-ala subway sampai kenyang. Jadi, kenapa harus menghabiskan duit di luar kalau kita juga boleh memasak sedap-sedap. (Motivasi untuk diri sendiri sebenarnya…)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan