Khamis, 26 Ogos 2010

Semantik : Teori Analisis Komponen

Teori

Teori ini adalah berdasarkan kaedah yang digunakan oleh ahli antropologi dalam manentukan hubungan kekeluargaan.

Analisis komponen ialah satu teknik menganalisis makna dan pertalian yang terdapat antara satu perkataan dengan perkataan yang lain.

Makna-makna yang terkandung dalam setiap perkataan itu dapat dianalisis dan didefinisikan melalui komponen makna itu.

Misalnya perkataan 'anak', 'bapa' dan ' datuk' dapat dijelaskan dengan menganalisis komponen-komponen yang berkaitan..

'datuk' adalah lelaki, dewasa, ayah kepada...

'bapa' adalah lelaki, dewasa, anak kepada...

'anak' adalah lelaki/perempuan, dewasa/kanak-kanak/bayi, anak kepada...

Melalui teknik ini setiap konsep dipecahkan ke dalam komponen atau fitur yang kecil dipanggil fitur distingtif. (dperkenalkan oleh Jacobson (1938)

Bagi menghuraikan ststus seseorang manusia, kata kekerabatan diguna berdasarkan jantina, perbezaan genarasi dan darjah pertalian.

Teori ini deperbaharui oleh Katz dan Fodor (1963)

Teori ini menganalisis menggunakan kata-kata kekerabatan.

Contoh bagi set kata: man, woman,boy dan girl yang tergolong dalam medan makna manusia.

Teori ini menggunakan fitur yang ditandai dengan (+) dan (-) untuk menandakan ada atau tiada fitur pada perkataan itu.

2 ulasan: