Selasa, 31 Mac 2009
LARAS BAHASA
– gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa.
– variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi atau jenis bahasa yang ada pada tiap-tiap pengguna bahasa.
– Ure dan Ellis, 1977: jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan.
– Halliday, 1968: variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Laras berubah-ubah mengikut situasi. Apabila kita mengamati perlakuan bahasa yang wujud dalam berbagai-bagai konteks, kita dapati kelainan dan jenis-jenis bahasa yang digunakan disesuaikan dengan situasi yang berlainan.
Jumlah laras seseorang itu menggambarkan keseluruhan pengalaman bahasanya dan peranan yang dimainkan olehnya dalam masyarakat. Semakin besar jumlah peranannya, semakin banyak laras bahasa yang dikuasainya.
Jumlah laras yang wujud dalam masyarakat bahasa menggambarkan pengalaman bahasa masyarakat itu kerana kemunculan laras bahasa selari dengan kewujudan situasi-situasi penggunaan bahasa.
Laras berubah selaras dengan perubahan sosial dan kebudayaan yang berlaku dalam masyarakat. Ferguson, 1968: satu ukuran bagi menentukan taraf kemajuan ialah menerusi jumlah laras yang wujud dalam bahasa berkenaan.
Ciri Laras Bahasa
Ciri keperihalan
Ciri linguistik
Ciri keperihalan
Situasi luaran
Latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.
Ruang lingkup yang luas meliputi: struktur sosial dan keseluruhan cara hidup.
Laras bahasa Melayu lama hendaklah dikaitkan dengan situasi istana dan tradisi sastera lisan.
Laras ucapan rasmi hendaklah mengambil kira bentuk sapaan, teknik berucap, dan bentuk penutup ucapan yang sesuai.
Situasi persekitaran
Aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa:
(i) Cara penyampaian
(ii) Hubungan sosial dan peribadi antara pengguna bahasa
(iii) Bahan yang diperkatakan
(iv) Fungsi sosial perlakuan bahasa.
4.2.2 Ciri linguistik
Unsur-unsur sistem bahasa yang melibatkan aspek bunyi, perkataan, frasa, dan ayat. Tiap-tiap laras dapat dikenali melalui penggunaan ciri-ciri linguistik tertentu.
Jenis dan format laras
Sesetengah laras mempunyai format tersendiri sekaligus membezakan laras berkenaan. Antara laras yang mempunyai format tersendiri ialah laras undang-undang (akta), laras ucapan, laras iklan (tender) dan laras laporan berita dalam akhbar.
Laras-laras lain:
- laras sukan
- laras sains (kepelbagaian laras sains)
- laras sastera
- laras agama
- laras ekonomi
- laras undang-undang
Kesimpulan
Laras perlu dipelajari sebagai satu kemahiran. Laras dalam bahasa Melayu moden terutama laras formal dan rasmi merupakan laras khusus yang amat penting bagi mereka yang amat visible dari segi penggunaan bahasa.
WACANA
Konsep wacana
Wacana ialah satuan bahasa yang terlengkap dalam hierarki gramatikal tertinggi atau terbesar dan bukanlah kata atau kalimat sebagaimana yang dianggap oleh beberapa kalangan dewasa ini, melainkan wacana. (Harimurti Kridalaksana
Wacana ialah unit bahasa yang melepasi batas ayat kerana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku, atau sebagainya yang memperlihatkan kesatuan dan hubungannya di antara butir-butir fikiran dan juga perkembangan akaliah yang ada di dalamnya. (Asmah Haji Omar, 1980)
Wacana terhad pada sesuatu bidang yang khusus; boleh muncul dalam bentuk sejumlah ayat (ayat yang mengandungi hubungan fikiran), paragraf, bahagian, cerpen, drama ... (Awang Sariyan, 1984)
Wacana ialah satuan bahasa terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi yang tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis. (Tarigan, 1987)
Wacana ialah rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuklah makna yang serasi antara kalimat itu. (Anton M. Moeliono, 1988)
Wacana ialah rakaman kebahasaan yang menyentuh peristiwa komunikasi. (Samsuri, 1992)
Wacana berhubung kait dengan makna yang terbawa oleh ayat, perenggan atau keseluruhan karangan. Dalam hubungan ini, makna yang dimaksudkan merujuk kepada makna dasar dan makna pragmatis. (Roselan Baki, 1994).
Wacana ialah keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan ucapan, pertuturan, percakapan; kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (spt. Pidato, khutbah) atau tulisan (spt. surat, artikel, novel, cerpen). KD3
Unsur Wacana
Unsur bahasa (linguistik)
Unsur bukan bahasa (bukan linguistik)
Unsur bahasa
Fonologi dan fonemik – melibatkan aspek hentian atau kesenyapan bunyi, intonasi, tekanan, nada.
Morfologi dan sintaksis – melibatkan aspek perujukan, pengguguran, pautan leksikal, penggantian dan kata hubung.
Semantik – melibatkan hubungan sebab-akibat, sebab-tujuan, sebab-hasil, latar-kesimpulan, perbandingan.
Kebudayaan Melayu
Pandangan hidup adalah suatu konsep yang dimiliki oleh masyarakat atau komunitas tertentu, bertujuan untuk menanggapi dan menerangkan segala permasalahan yang berkaitan dengan Tuhan, manusia dan alam. Setiap masyarakat selalu memiliki pandangan hidup tersebut, begitu pula dengan masyarakat Melayu. Di sini akan dijelaskan mengenai pandangan hidup orang Melayu berkenaan hubungan manusia dengan Tuhan, dengan alam dan hubungan sesama manusia. Secara khusus, pandangan tentang manusia akan diperinci lagi menjadi tiga bagian, yaitu tentang keluarga, pemimpin dan masyarakat. Dalam praktiknya, salah satu bentuk pandangan hidup berkaitan dengan hubungan sesama manusia ini adalah banyaknya pantangan dan larangan dalam kehidupan masyarakat Melayu.
1. Tentang Tuhan.
2. Tentang Alam.
3. Tentang Manusia.
4. Tentang Keluarga.
5. Tentang Masyarakat.
6. Tentang Pemimpin.
7. Tentang Pantangan dan Larangan.
8. Tentang Makhluk Halus
Tentang Tuhan
Pandangan orang Melayu terhadap agama Islam sangat kental, sehingga muncul konsep bahwa Melayu identik dengan Islam. Bagi orang Melayu, konsep tersebut bukanlah sebatas slogan karena hal tersebut benar-benar diaktualisasikan dalam kehidupan sehari-hari. Bila ada orang Melayu yang murtad (keluar dari agama Islam), maka ia tidak lagi dikatakan sebagai orang Melayu. Sebaliknya, bila ada orang Cina yang hidup di tengah masyarakat Melayu masuk Islam, maka dia dikatakan masuk Melayu.
Oleh sebab Melayu sinonim dengan Islam, maka Tuhan yang patut disembah adalah Allah. Proses ini pada akhirnya menjadi suatu kebiasaan yang melekat dalam kebudayaan Melayu, sehingga menjadi suatu sistem yang tidak dapat dipisahkan bagi orang Melayu, Islam, dan Allah. Maka terjadilah proses timbal balik antara Melayu dan Islam dengan segala dimensinya sebagai sebuah sistem yang saling mengisi.
Budaya Melayu memiliki nilai-nilai luhur yang sudah teruji kehandalannya, dan selama ratusan tahun yang silam dijadikan jatidiri masyarakatnya. Nilai-nilai inilah yang diyakini dapat mengangkat marwah, harkat, dan martabat kemelayuan dalam erti luas dan mampu menghadapi cabaran atau tantangan zaman. Dalam adat resam Melayu, nilai-nilai dimaksud disimpulkan ke dalam ungkapan-ungkapan adat, yang disebut sebagai Sifat yang Duapuluh Lima atau Pakaian yang Duapuluh Lima. Orang tua-tua Melayu percaya, siapapun yang menjadikan sifat ini sebagai jatidiri-nya atau sebagai pakaian hidup-nya, tentulah akan menjadi orang, yakni menjadi manusia yang sempurna lahiriah dan batiniah. Salah satu dari 25 sifat tersebut menjelaskan tentang pandangan orang Melayu terhadap Tuhan, yaitu:
Sifat tahu asal mula jadi, tahu berpegang pada Yang Satu
Yakni sifat yang menyadari dirinya sebagai manusia (makhluk) yang diciptakan oleh Allah, dan menyadari dirinya sebagai hamba Allah. Kesadaran ini mendorongÂnya untuk bertaqwa kepada Allah, mematuhi semua peÂrintah Allah, menjauhi semua laranganNya, dan berusaha untuk menjadikan dirinya sebagai hamba Allah yang saleh agar mendapatkan kesejahteraan di dunia dan sejahtera pula di akhirat. Dengan kesadaran ini akan meningkatkan kualitas keimanan dan ketaqwaannya, akan menjadikan dirinya sebagai manusia yang berguna bagi sesama makhluk Allah, dan bertanggungjawab terhadap pelestariÂan alam ciptaan Allah. Di dalam ungkapan disebutkan:
Tahu asal mula kejadianTahu berpegang pada Yang SatuHamba tahu akan TuhannyaMakhluk tahu akan Khaliknya
Yang agama berkokohanYang iman berteguhanYang sujud berkekalanYang amal berkepanjangan
Sesama manusia ia bergunaSesama makhluk ianya elokDi dunia ia bertuahDi akhirat beroleh berkah
Budaya Melayu adalah budaya yang menyatu dengan ajaran agama Islam. Nilai keislaman menjadi acuan dasar budaya Melayu. Karenanya, budaya Melayu tidak dapat dipisahkan dari Islam, sebagaimana tercermin dari ungkapan adat: Adat bersendikan syarak, syarak bersendikan Kitabullah; Syarak mengata adat memakai, syah kata syarak, benar kata adat; Bila bertikai adat dengan syarak, tegakkan syarak, dan sebagaiÂnya. Bagi orang Melayu, agama Islam adalah aturannya.
Budaya Melayu
Manusia adalah satu-satunya makhluk yang berbudaya. Kebudayaan bisa didefinisikan sebagai sistem terintegrasi di masyarakat yang berkaitan dengan nilai, kepercayaan, perilaku, dan `artifak。Dalam perjalanan sejarah manusia, kebudayaan inilah yang membedakan antara manusia atau komunitas yang satu dengan lainnya. Kebudayaan Melayu yang dibahas dalam portal ini tidak terlepas dari unsur-unsur yang telah didefinisikan diatas. Secara rinci, hal itu menyangkut unsur-unsur kebudayaan yang universal, yaitu pandangan hidup, kesenian, sastra, kuliner, upacara adat, peralatan (teknologi), busana, artifak, bahasa, bangunan, pengobatan tradisional dan hukum adat Melayu.
1. Pandangan Hidup Melayu.
2. Bahasa Melayu.
3. Kesenian Melayu.
4. Sastra Melayu.
5. Kuliner Melayu.
6. Upacara Adat.
7. Peralatan.
8. Busana Melayu.
9. Artefak Melayu.
10. Bangunan Melayu.
11. Pengobatan Tradisional Melayu.
12. Hukum Adat Melayu.
Kesesuaian pakaian
Perkara seperti berikut harus diberi perhatian :-
· Elakkan daripada memakai kain berkilat / berkilau pada siang hari.
· Elakkan daripada memakai satu warna sahaja.
· Jangan melebihi empat warna pada satu masa
· Pilihan warna kain hendaklah berasaskan kepada warna kulit dan bentuk badan.
· Jangan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak sesuai.
· Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap tetapi tidak jarang.
· Bila menggunakan alat solek, jangan keterlaluan.
· Gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat.
· Rambut hendaklah tersisir rapi.
· Semua bahagian rambut tertutup dan diikat kemas jika memakai tudung.
· Jika memakai mini telengkong, warna tudung hendaklah bertentangan dengan warna baju.
· Bila gunakan sarung kaki pilih warna ‘skin colour’
· Corak fabrik tidak lebih dari empat warna.
· Hindarkan daripada memakai anting-anting labuh, rantai tangan yang berloceng yang akan membuat bunyi apabila anda berjalan.
· Jauhi daripada memakai baju yang banyak rupol (frills) ataupun berbunga besar.
· Perhiasan hendaklah yang minima dan bukan menjolok mata.
· Jangan memakai gelang tangan dan jam tangan ditangan yang sama.
b) Kesesuaian Pakaian Lelaki
· Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher.
· Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher (kecuali butang kolar).
· Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang.
· Memakai tali leher hanya dengan kemeja lengan panjang
· Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala tali pinggang.
· Sesuaikan warna tali leher dengan baju.
· Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak.
· Badan kurus dan gempal hendaklah memakai singlet
· Sesuaikan warna stoking dengan seluar.
· Kasut hendaklah bersih dan berkilat.
· Stoking putih tidak sesuai dalam majlis.
· Gunakan ‘cologne’ dan deodoron yang kembut. Jika bergaul dengan orang ramai sapukan ‘cologne’ di kedua belah bahu.
· Pakai singlet jika memakai bush-jacket tetapi jangan sampai kelihatan singlet tersebut.
· Seluar dan bush-jacket hendaklah sama warna dan bahan (material)
· Baju berwarna putih sebagai pilihan pertama.Lain-lain warna tanpa corak (light and plain) sebagai pilihan kedua.
· Baju hendaklah sentiasa dimasukkan dalam seluar.
· Elakkan dari memakai baju ketat yang boleh menyulitkan pergerakan badan dan tangan.
· Jangan memakai baju, seluar dan stoking corak/jenis berjalur keseluruhannya.
· Seluar jangan terlalu labuh hingga memecah lantai ataupun singkat hingga kelihatan tergantung. Jangan memakai seluar yang ketat (drainpipe).
· Stokin berwarna putih tidak sesuai dengan pakaian pejabat melainkan berpakaian putih / berpakaian sukan.
· Kasut bersukan walaupun mahal, tidak ada tempat dalam urusan rasmi
Isnin, 30 Mac 2009
Contoh Surat Jemputan
Program Pengurusan Majlis Rasmi,
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN),
Bukit Kiara,
Jalan Bukit Kiara,
50480 Kuala Lumpur.
(U.P. Puan Rosita binti Rahim)
Tuan,
MEMOHON PENCERAMAH KURSUS PROTOKOL DAN PENGACARAAN MAJLIS
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pulau Pinang akan menganjurkan kursus yang tersebut seperti butiran yang berikut:
Tarikh : 14 MAC 2009
Tempat : IPGM Kampus Pulau Pinang
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Peserta : Guru-guru sekolah dan pensyarah IPGM
( Lebih kurang 80 orang)
3. Sehubungan itu saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini dengan membenarkan seorang penceramah dari INTAN untuk tujuan yang tersebut.
4. Kerjasama daripada tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
‘Cintailah Bahasa Kita’
Saya yang menurut perintah,
………………………………..
( RIJENG JAHET )
Contoh Teks Ucapan
Draf Teks Ucapan
Pengarah Institut Perguruan Persekutuan
Pulau Pinang
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Bersyukur kita kepada Tuhan kerana pada hari yang berbahagia dan penuh bersejarah ini, kita dapat bersama-sama meraikan majlis konvokesyen dan penyampaian diploma Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang kali yang ke 36 pada tahun ini. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke majlis yang meriah dan penuh tradisi yang saban tahun kita raikan ini. Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan bakal meninggalkan kenangan yang manis untuk dibawa pulang ke tempat masing-masing.
Tidak lupa juga sekalung penghargaan dan terima kasih saya tujukan kepada seluruh warga Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis yang besar seumpama ini. Sesungguhnya majlis seumpama ini dianjurkan khusus untuk memperingati, mengiktiraf dan menghargai kejayaan para pelatih yang pernah bernaung dan berpayung di bawah bumbung Institut ini. Sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab melahirkan modal insan yang bermutu tinggi, kami telah berusaha untuk memastikan para lulusan yang dilahirkan berkualiti dan mempunyai nilai tambah seperti kemampuan berkomunikasi, kompetitif atau berdaya saing, berpengetahuan global, kreatif, mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, berketerampilan, idealistik dan dinamik.
Lantaran itu, latihan pedagogi yang diterima oleh guru pelatih serta sesi praktikum dengan guru pembimbing di sekolah telah dimantapkan kerana selepas pentauliahan ini, guru-guru akan bersendirian dengan murid mereka dalam kelas masing-masing. Sebagai guru pelatih yang dilatih menerusi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia, seharusnya anda semua dapat memanfaatkan segala pengetahuan dan kemahiran pedagogi yang diperoleh bagi menjana satu pembaharuan dan perubahan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah. Oleh yang demikian , seorang guru mesti berkemahiran mengajar sambil menerapkan etika, nilai dan moral dari semasa ke semasa dalam menangani masalah pengajaran dan pembelajaran masa kini.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Sesungguhnya, profesion perguruan yang amat murni ini tidak pernah gagal menyumbang khidmat dan baktinya. Sebagai ahli kepada keluarga besar warga pendidik, setiap daripada kita yang bergelar guru pada hari ini perlu bermuhasabah diri untuk menilai apakah tahap komitmen kita dalam melaksanakan tanggungjawab. Perlu juga ditanya sejauh manakah iltizam kita dalam menjunjung imej dan kedudukan profesion ini, dan seterusnya adakah sumbangan kita memadai untuk menjadi sebahagian daripada sejarah yang sedang dan akan dicipta oleh profesion keguruan pada era ini. Hal ini menuntut anjakan paradigma warga pendidik dalam bidang penerokaan ilmu dalam usaha mengarusperdanakan dunia pendidikan.
Perkembangan dalam dunia globalisasi mutakhir ini, secara tidak langsung memperlihatkan betapa cepatnya perubahan setiap detik masa iaitu masa sekarang dan seterusnya masa akan datang. Kecekapan dan keberkesanan penggunaan pendekatan yang inovatif perlu dikaitkan dengan kesedaran kos, masa, tenaga pengajar dan penggunanya.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sebagai warga pendidik, kita harus sedar bahawa agenda untuk membangunkan negara menjadi mercu tanda yang semestinya kita julang setiap masa dan ketika. Peredaran masa membawa bersama-sama pelbagai tuntutan dan cabaran baru yang perlu sentiasa dipastikan kesediaannya memenuhi tuntutan zaman dan mendepani cabaran masa depan. Sesungguhnya, kerajaan dan seluruh anggota masyarakat meletakkan harapan yang tinggi kepada kita untuk memastikan anak-anak bangsa didik sehabis baik untuk menyediakan generasi masa depan yang akan memimpin negara menuju kegemilangan.
Akhir kata, saya menyeru para lulusan sekalian untuk bersama-sama menghadapi cabaran dalam melaksanakan tanggungjawab di sekolah. Tahniah sekali lagi saya ucapkan di atas kecemerlangan yang telah anda pamerkan sewaktu berada di Institut yang penuh nostalgia ini. Selamat bertugas dengan penuh komited dan selamat maju jaya walau di mana pun anda berada.
Sekian, terima kasih.
Rijeng Jahet
Pengarah
Institut Perguruan Persekutuan
Pulau Pinang
Pengurusan Minit Mesyuarat Berkualiti
Membantu pihak pengurusan dan urusetia jawatankuasa kerajaan menjalankan tanggungjawab yang ditugaskan dengan lebih cekap dan berkesan.
TANGGUNGJAWAB URUSETIA
1) Tindakan pra mesyuarat
2) Tindakan semasa mesyuarat
3) Tindakan selepas mesyuarat
** surat panggilan mesyuarat diedarkan 10 hari sebelum mesyuarat
AGENDA
1) Ucapan pengerusi
2) Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat
3) Perkara berbangkit
4)Hal-hal lain
5) Penutup
Tindakan Pra Mesyuarat
-Menentukan bilik mesyuarat bersedia
-Tempat duduk mencukupi
-Alat pembesar suara
-Overhead projector
-menentukan tempahan makan/minum telah dibuat
-Menentukan kehadiran
Tindakan Semasa Mesyuarat
-Catatan minit mesyuarat
i) senarai kehadiran mesyuarat
ii) perkara penting yang dibincangkan
iii) keputusan yang dibuat
iv) tindakan susulan yang perlu diambil
Tindakan Semasa Mesyuarat
- Penyediaan minit
i) Draf minit untuk kelulusan pengerusi ( 3 hari )
ii) Minit yang telah diluluskan oleh pengerusi mesyuarat hendaklah diedarkan kepada ahli2 j/k
** Peranan setiausaha
1) Notis 10 hari sebelum mesyuarat
2) Tentukan alatan mesyuarat
3) Buat tempahan bilik
4) Beri minit
5) Pastikan agenda mesyuarat sertta dokumen untuk edaran
6) Jelaskan agenda, isu, kertas kerja untuk perbincangan kepada pengerusi
7) Siapkan check list isu2 penting untuk panduan pengerusi
8) Datang awal untuk memastikan semua tersusun
MESYUARAT BERKUALITI
1) Objektif jelas
2) mempunyai agenda
3) Pemilihan ahli
4) Kesesuaian, masa, tempat dan tarikh
5) Surat jemputan awal
6) Memastikan persediaan - bahan rujukan
- kemudahan fizikal
7) Perbincangan pra mesyuarat
8) Pengurusan masa
9) Keberkesanan peserta - pengerusi
- setiausaha
- ahli
10) perbincangan positif
11) Mencapai objektif
12) Penyediaan minit
13) Susulan berkesan
Ahad, 22 Mac 2009
PERKIM BUKIT MERTAJAM
Namun begitu, badan kebajikan ini tidak begitu menyerlah dari aspek menabur jasa dan bakti kepada golongan yang memerlukan. Kalau ada pun hanya bermusim. Fokus persatuan lebih kepada bagaimana hendak mengisi masa terluang ahli. Bagus juga daripada tiada aktiviti langsung. Namun, aktiviti yang dominannya ialah melancong ke serata destinasi baik di dalam negara maupun di luar negara. Aktiviti yang bercorak kerohanian ataupun kebajikan kurang mendapat tempat. Alasan yang diberikan ialah, aktiviti melancong lebih mendapat sambutan berbanding dengan aktiviti lain.
Jika begini keadaannya, terpaksalah memainkan peranan yang lebih menyerlah bagi menerapkan aktiviti kerohanian dan kebajikan dalam kalangan ahli. Hari ini, diadakan mesyuarat JK bagi membincangkan mesyuarat agong yang bakal berlangsung pada 26 April 2009. Dalam mesyuarat agung nanti dicadangkan supaya ceramah tentang kesihatan turut diselitkan. Sekurang-kurangnya golongan warga emas yang mendomonasi pertubuhan ini dapat memperoleh input tentang penjagaan kesihatan.
Begitu juga dengan program lawatan yang bakal diadakan tidak lama lagi. Dicadangkan juga supaya diadakan lawatan ke kilang HPA (Radix) yang beroperasi di Perlis dan berpejabat di Sg Petani. Sekurang-kurangnya lawatan tersebut memberi pendedahan tentang produk yang dihasilkan oleh syarikat bumiputra yang kian membangun itu. Selepas lawatan ke kilang Radix bolehlah rombongan tersebut membeli belah di Padang Besar sebagaimana yang mereka inginkan.
Selepas ini akan menyiapkan kertas kerja untuk dimajukan ke Perkim Kebangsaan bagi menganjurkan beberapa program yang boleh membangunkan syiar Islam dan pembangunan ummah. Belanja pengurusan akan ditanggung sepenuhnya oleh pusat. Hanya menyiapkan kertas cadangan dan menyediakan beberapa program yang berkesan. Harap ada masa, ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan tersebut.
Sabtu, 21 Mac 2009
Kek Lapis Sarawak
Bahan-Bahan: | |
10 biji telur 200gm gula halus 250 gm tepung HongKong 1 sudu makan ovalette 4 sudu makan susu pekat | 450gm mentega 1 tin kaya sederhana 20gm cooking coklat (dicairkan) 1 sudu makan Nescafe 1 sudu teh perasa oren sunquick |
Cara: | |
Pukul telur, gula dan ovalett hingga kembang. Mentega, susu dan kaya dipukul sampai putih dan campurkan kedua adunan. Masukkan tepung dan gaul rata. Bahagi kepada dua bahagian:- i) masukkan cooking coklat yang dicairkan dan Nescafe ii) Perisa Sunquick Lapiskan bahagian sunquick dan bakar guna api atas sahaja. Bila masak tekan mengguna acuan ziq-zaq. Lapiskan dengan bahagian coklat dan bakar. Tekan dengan acuan ziq-zaq lagi apabila masak. Buat begitu untuk setiap lapisan sampai habis. Lapisan akhir sila guna api atas dan bawah. |
Atasi Stress
Banyak perkara atau masalah yang sering berlegar di dalam minda dan fikiran seseorang membuatkan seseorang itu akhirnya merasakan satu himpitan masalah yang akhirnya menjadikan tekanan pada seseorang.
Apatah lagi pada waktu malam yang sepatutnya setiap insan perlu mendapatkan tidur yang secukupnya tetapi masalah berlegar-legar secara sengaja atau ianya berputar sendiri di dalam kotak pemikiran sehinggakan mereka merasakan terganggu hendak tidur. Kadang-kadang masalah di tempat kerja terbawa-bawa hingga ke tempat pembaringan.
Sepatutnya apabila masuk waktu tidur, anda perlu dapat melelapkan mata dengan aman tetapi seringkali pada ketika itu bebanan masalah anda menghimpit perasaan sehinggakan ada sesetengahnya menghidap insomania (penyakit sukar tidur) dan ada pula yang terpaksa menelan pil tidur yang mana amalan ini hanya mengundang kemudaratan pada sistem biologi badan. Semua orang sedia maklum bahawa untuk memperolehi kesihatan yang baik maka tidur yang cukup amat diperlukan.
Jadi apakah yang perlu anda lakukan supaya anda dapat mengatasi masalah tersebut?
Sebelum masuk tidur amalan yang perlu dan boleh anda lakukan ialah :
1) Memberus gigi.
2) Mengambil air sembahyang
3) Minum segelas air masak atau bercampur madu/susu
4) Membaca Al-Quraan dan berzikir
5) Menulis segala permasalahan anda pada hari itu di dalam sebuah buku dan katakan dengan tegas : Segala masalah yang aku tanggung telah aku curahkan di dalam buku ini. Tiada yang tertinggal lagi di dalam minda aku. Jadi apabila aku tutup buku ini semua masalah aku ditanggung oleh buku ini dan sewaktu aku tidur dengan izin Allah minda bawah sedar aku akan mencari cara yang bijaksana untuk penyelesaian. Jadi aku dengan tegas tidak perlu memikirkan lagi masalah ini. Aku mesti dapat rehat yang secukupnnya. Beritahu pada minda anda betap leganya perasaan anda.
Dengan cara ini segala bebanan masalah anda telah anda curahkan pada sebuah buku .Minda anda akan tenang dan anda tidak perlu risau lagi memikirkannya> Serahkan diri anda pada Allah dengan membaca doa tidur yang bermaksud " Dengan nama Allah aku hidup dan mati'
Atau anda boleh juga membayangkan satu butang PADAM (DELETE) dalam bayangan minda dan padamkan segala memori yang anda tidak suka.Inilah kemampuan minda bawah sedar anda boleh melakukan sesuatu yang tidak pernah anda fikirkan.
Atau anda boleh memasukkan imej positf, suara dalaman positf dan rasakan perasaan positif sehingga anda rasakan ianya benar-benar berlaku pada diri anda kerana ini juga merupakan harapan dan doa anda supaya sesuatu yang baik akan berlaku. InsyaAllah minda bawah sedar anda akan menolak semua kebimbangan yang wujud dalam diri anda dan dapat menunjukkan jalan penyelesaian yang tidak pernah anda terfikirkan. Oleh itu perbanyakkan menyebut Ya Alim 77 kali kerana Allah maha mengetahui dan akan mengilhamkan pada anda suatu penyelesaian yang menakjubkan.
Kesimpulannya apa sahaja permasalahan anda jangan biarkan ianya berlegar di dalam kepala maka tuliskanlah supaya minda anda dapat melihat dengan jelas apa sebenarnya masalah anda!
Jumaat, 20 Mac 2009
Senario Politik Negara
Makin lama makin terasa akan kebejatan politik itu. Kerakusan manusia yang berlumba-lumba untuk menjadi orang yang berkuasa dan menguasai segala kian menyerlah. Politik di tangan orang korperat juga dilihat telah mencetuskan banyak fenomena yang tidak diduga. Wang dilihat sudah mendominasi segalanya. Hal ini sangat berbeza ketika politik di tangan golongan cendekia yang matlamatnya untuk pembangunan dan kesejahteraan ummah. Tidak ada usaha untuk membolot kekayaan negara bagi pihak kroni dan proksi masing-masing.
Kini, politik kian dicemari dengan pelbagai isu, skandal dan kemelut yang menakutkan. Krisis perebutan kuasa dilihat sudah berada pada tahap yang sangat kritikal. saluran media menjadi medan pihak-pihak tertentu untuk melancarkan 'perang' terhadap pihak lawan. Fakta dan auta sudah tidak dapat dikenal pasti lagi. Sesiapa yang mudah digula-gulakan sudah pasti menjadi mangsa terhadap kebejatan politik ini. Tiada lagi yang 'bersih'apatah lagi yang 'cekap' dan 'beramanah'. Semua itu hanyalah fatamorgana yang tidak ada akhirannya. Berdoalah semoga Allah masih sayangkan kita dan memberi ruang dan peluang untuk menghirup udara segar dalam Malaysia yang tercinta ini.
Khamis, 12 Mac 2009
Sikap Pengguna Jalan Raya di Malaysia
Sewaktu saya pulang dari tempat kerja menuju ke rumah semalam, telah berlaku kemalangan kecil. Sebuah kereta Iswara Aeroback dengan nombor pendaftaran PEF 4723 telah melanggar kereta saya dari belakang sewaktu menghampiri persimpangan lampu isyarat di Jalan Bukit Minyak menghala ke Alma. Kebetulan waktu itu jalan memang sesak. Jadi tidak dapatlah saya memberhentikan kereta atau turun dari kereta untuk melihat kerosakan. Saya meneruskan perjalanan dengan harapan kereta tersebut akan mengekori saya untuk menyelesaikan hal tersebut.
Malangnya, apa yang diharapkan tidak berlaku. Pemandu kereta tersebut memberi isyarat memotong ke kiri lalu memecut lari. Apa yang boleh saya lakukan ialah membuat laporan di Balai Polis Trafik Bukit Mertajam. Hal ini tidak mudah dilakukan kerana saya bukanlah suka berurusan dengan pejabat kerajaan. Dua kali berulang alik ke balai polis belum lagi berjaya menyelesaikan masalah. Pihak polis juga sangat sibuk menguruskan kes-kes yang lebih kritikal berbanding dengan kes saya yang sangat kecil ini. Saya terpaksa ke sana lagi untuk mendapatkan laporan siasatan yang lengkap.
Kalaulah pemandu tersebut lebih berhati-hati sudah pasti tidak menyusahkan semua orang. Kalau dia pemandu yang beradap, sudah pasti dia memohon maaf dari saya sebaik sahaja kemalangan itu berlaku. Saya juga tidak perlu membuang masa berjam-jam di balai polis. Pihak polis juga tidak perlu menceritakan betapa teruknya tugas mereka yang menguruskan hal-hal trafik yang tidak pernah ada surutnya.
Selasa, 10 Mac 2009
Audit ISO
Alhamdulillah, kali ini terlepas. Mungkin hari ini banyak berada di dalam bilik darjah sampai terlepas dari pandangan mata mereka. Lagipun setakat ini, segala persediaan telah dibuat sejak awal tahun lagi. Itulah kebaikannya kalau kerja-kerja disiapkan dalam masa yang ditentukan. Cuma kadang-kadang ada juga tabiat menangguhkan kerja....last minute baru nak pulun.
Sabtu, 7 Mac 2009
Menjejaki Rahsia Jalan-jalan di Georgetown
Pulau Pinang, atau Pulau Mutiara adalah di antara nama-nama yang dikenali bagi pulau ini.Ibu negerinya Georgetown menyimpan pelbagai rahsia warisan yang diimbas melalui rekabentuk lama rumah kedai serta banglonya. Daya tarikan utama bandaraya ini terletak pada kemampuannya mengekalkan corak hidup serta masyarakat tradisinya.kesan menarik tinggalan sejarah di Georgetown boleh disaksikan oleh para pengunjung sekiranya mereka mengelilingi bandaraya ini secara berjalan kaki atau dengan menaiki beca.
Di samping Kota Cornwallis serta beberapa tugu keagamaan yang terdapat di sepanjang Jalan Masjid Kapitan Keling yang sering dimasukkan dalam acara pakej lawatan bandaraya, beberapa lokasi istimewa dan menarik turut menjadi acara bersiar-siar untuk menjejaki warisan budaya bandaraya ini.Lokasi-lokasi tersebut khususnya yang terletak di Lebuh Acheh dan di Lebuh Armenian membolehkan kita mengamati dan mendalami sejarah berbilang budaya masyaraat Pulau Pinang.
Jumaat, 6 Mac 2009
Menulis Laporan
Format laporan hendaklah mengandungi:
1) Tajuk laporan
- ditulis pada huruf besar pada setiap awal kata kecuali kata hubung dan kata sendi ( dan/atau/dengan dll)
- berikan garis di bawahnya.
2) Isi
- dimulakan dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.
3) Pengakuan pelapor
- ditulis di sebelah kiri laporan selepas perenggan akhir dengan melangkau tiga baris kosong dan diakhiri dengan tanda koma.(,)
- huruf pertama pada kata pertama mestilah huruf besar.
4) Tarikh
- ditulis di sebelah kanan setentang dengan pengakuan pelapor.
5) Tandatangan pelapor
- ditulis di sudut kiri.
6) Nama pelapor dan persatuan
- ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan diakhiri dengan tanda nokhtah.
Khamis, 5 Mac 2009
Learning Disabilities
Antara masalah pembelalajaran yang dihadapi termasuklah :
a) Dyscaculia iaitu kesulitan untuk menguasai kemahiran asas matematik seperti kemahiran mengira, memahami operasi tambah, tolak, darab dan bahagi atau pun bermasalah untuk mengenal simbol matematik.
b) Dyslexia iaitu kesulitan memahami deko dan ketidakupayaan untuk membaca perkataan
tunggal (diffulties in decoding and the ability to read single words)
c) Dysgraphia iaitu bermasalah dalam menjalankan aktiviti menulis ( difficulty with the physical activity of writing)
d) ADD/ADHD iaitu Attention Deficit Disorder/ Attention Deficit and Hyperactivity Disorder. Dengan kata lain masalah hendak mengendalikan murid yang tidak boleh menumpukan perhatian, (in attention, hyperactivity, impulsivity, behavioural difficulties and anxiety)
Dalam mengejar arus perdana ini, kehadiran murid-murid yang sebegini sudah pasti mencacatkan misi negara / untuk mencapai taraf masyarakat maju kerana golongan sebegini jika tidak ditangani pada peringkat awal, akan menjadi kudis dalam masyarakat.
Selasa, 3 Mac 2009
Etiket dan Protokol
Kita juga tidak dapat lari daripada terlibat dalam pengucapan umum. Aspek kesediaan diri dan personaliti merupakan hal yang tidak boleh dipandang enteng. Ada orang petah berbicara di luar majlis tetapi gugup dan gagap apabila berucap di hadapan khalayak. Apa yang penting ialah persediaan diri, baik dari aspek penampilan dan juga perkara-perkara yang hendak disampaikan. Strategi pengucapan juga merupakan seni yang perlu dipelajari dan dipraktikkan. Kata orang, pengalaman merupakan guru yang terbaik buat kita.
Isnin, 2 Mac 2009
Pelajar KPLI di IPGM
Kini ada ura-ura KPLI ini akan ditambahkan lagi jumlah waktu pembelajarannya menjadikanya 18 bulan. Mestilah ada rungutan dalam kalangan pelajar kerana mereka tidak sabar-sabar hendak menempuh alam pekerjaan. Ada yang mengatakan golongan ini sangat terdesak hendak memperoleh pekerjaan. Bukan masuk kerana minat atau bakat. Mungkin ada kebenarannya. Yalah....guru yang sedia ada inipun bukannya ramai yang berminat hendak jadi guru. Sebab itulah ada gelaran 'guru 25 haribulan'.
Ahad, 1 Mac 2009
Menonton Filem Geng
Industri filem Malaysia sering dikecam sebagaimana industri bola sepaknya juga. Tidak tahu di manakah silapnya...industri ini semakin malap seolah-olah bakal tiba di penghujung usia. Adakah disebabkan kurangnya semangat patriotisme rakyat Malaysia yang ghairah menyanjung produk luar atau sememangnya industri ini yang tidak mampu bersaing dengan arus globalisasi. Mungkinkah juga faktor promosi menjadi punca.