Sejak memiliki kenderaan sendiri dan bertugas pula di Pulau Pinang, banyak jalan-jalan di Georgetown telah diterokai. Tidak kiralah ketika bertugas atau membeli belah di sana. Kadang-kadang sengaja mencari tempat-tempat makan yang sedia menanti kedatangan pengunjung.Kerap kali juga sesat dan hilang arah apabila menelusuri jalan-jalan yang bersimpang-siur di sana.
Pulau Pinang, atau Pulau Mutiara adalah di antara nama-nama yang dikenali bagi pulau ini.Ibu negerinya Georgetown menyimpan pelbagai rahsia warisan yang diimbas melalui rekabentuk lama rumah kedai serta banglonya. Daya tarikan utama bandaraya ini terletak pada kemampuannya mengekalkan corak hidup serta masyarakat tradisinya.kesan menarik tinggalan sejarah di Georgetown boleh disaksikan oleh para pengunjung sekiranya mereka mengelilingi bandaraya ini secara berjalan kaki atau dengan menaiki beca.
Di samping Kota Cornwallis serta beberapa tugu keagamaan yang terdapat di sepanjang Jalan Masjid Kapitan Keling yang sering dimasukkan dalam acara pakej lawatan bandaraya, beberapa lokasi istimewa dan menarik turut menjadi acara bersiar-siar untuk menjejaki warisan budaya bandaraya ini.Lokasi-lokasi tersebut khususnya yang terletak di Lebuh Acheh dan di Lebuh Armenian membolehkan kita mengamati dan mendalami sejarah berbilang budaya masyaraat Pulau Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan