Hari ini semua pensyarah IPGM Kampus Pulau Pinang sibuk dengan audit. Nampak kelam kabut saja. Ada yang mengelek fail ke hulu ke hilir. Ada yang sibuk mencari @ meminjam @ menanya bahan-bahan yang belum lengkap. Masing-masing dok berdebar-debar takut diaudit oleh auditor yang datang khusus dari Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, kali ini terlepas. Mungkin hari ini banyak berada di dalam bilik darjah sampai terlepas dari pandangan mata mereka. Lagipun setakat ini, segala persediaan telah dibuat sejak awal tahun lagi. Itulah kebaikannya kalau kerja-kerja disiapkan dalam masa yang ditentukan. Cuma kadang-kadang ada juga tabiat menangguhkan kerja....last minute baru nak pulun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan