Isnin, 30 Mac 2009

Contoh Surat Jemputan

Ketua Program,
Program Pengurusan Majlis Rasmi,
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN),
Bukit Kiara,
Jalan Bukit Kiara,
50480 Kuala Lumpur.
(U.P. Puan Rosita binti Rahim)

Tuan,

MEMOHON PENCERAMAH KURSUS PROTOKOL DAN PENGACARAAN MAJLIS

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pulau Pinang akan menganjurkan kursus yang tersebut seperti butiran yang berikut:

Tarikh : 14 MAC 2009
Tempat : IPGM Kampus Pulau Pinang
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Peserta : Guru-guru sekolah dan pensyarah IPGM
( Lebih kurang 80 orang)

3. Sehubungan itu saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini dengan membenarkan seorang penceramah dari INTAN untuk tujuan yang tersebut.

4. Kerjasama daripada tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

‘Cintailah Bahasa Kita’



Saya yang menurut perintah,

………………………………..
( RIJENG JAHET )

1 ulasan: