Khamis, 5 Mac 2009

Learning Disabilities

Semalam menghadiri kursus berkaitan masalah pembelajaran murid-murid. Walaupun nampaknya seperti mudah, tetapi masalah tersebut memerlukan kemahiran, kepakaran dan kesabaran untuk ditangani. Banyak input yang diperoleh menerusi kursus yang disampaikan oleh Silviana Bonadel ini. Pejabat beliau ialah berdekatan dengan kompleks membeli belah GAMA berdekatan KOMTAR. Banyak ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka yang bermasalah untuk dirujuk kepada beliau.

Antara masalah pembelalajaran yang dihadapi termasuklah :

a) Dyscaculia iaitu kesulitan untuk menguasai kemahiran asas matematik seperti kemahiran mengira, memahami operasi tambah, tolak, darab dan bahagi atau pun bermasalah untuk mengenal simbol matematik.

b) Dyslexia iaitu kesulitan memahami deko dan ketidakupayaan untuk membaca perkataan
tunggal (diffulties in decoding and the ability to read single words)

c) Dysgraphia iaitu bermasalah dalam menjalankan aktiviti menulis ( difficulty with the physical activity of writing)

d) ADD/ADHD iaitu Attention Deficit Disorder/ Attention Deficit and Hyperactivity Disorder. Dengan kata lain masalah hendak mengendalikan murid yang tidak boleh menumpukan perhatian, (in attention, hyperactivity, impulsivity, behavioural difficulties and anxiety)

Dalam mengejar arus perdana ini, kehadiran murid-murid yang sebegini sudah pasti mencacatkan misi negara / untuk mencapai taraf masyarakat maju kerana golongan sebegini jika tidak ditangani pada peringkat awal, akan menjadi kudis dalam masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan