Isnin, 2 Mac 2009

Pelajar KPLI di IPGM

Sebut saja pelajar KPLI, ada segelintir masyarakat pendidik yang mencebek bibir tanda tidak senang dengan kehadiran mereka. Golongan ini dikenali sebagai 'touch & go' kerana mereka hadir cuma beberapa bulan di IPGM kemudian berpraktikum selama 12 minggu lalu terus berposting di seluruh pelusok negara.Hendak menyalahkan mereka pun tidak adil rasanya.Akan jadilah seperti kisah bangau oh bangau.

Kini ada ura-ura KPLI ini akan ditambahkan lagi jumlah waktu pembelajarannya menjadikanya 18 bulan. Mestilah ada rungutan dalam kalangan pelajar kerana mereka tidak sabar-sabar hendak menempuh alam pekerjaan. Ada yang mengatakan golongan ini sangat terdesak hendak memperoleh pekerjaan. Bukan masuk kerana minat atau bakat. Mungkin ada kebenarannya. Yalah....guru yang sedia ada inipun bukannya ramai yang berminat hendak jadi guru. Sebab itulah ada gelaran 'guru 25 haribulan'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan