Ahad, 22 Mac 2009

PERKIM BUKIT MERTAJAM

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) bukanlah satu nama yang asing di Malaysia. Cuma peranannya sahaja sekejab timbul dan sekejab tenggelam. Rasanya sudah lebih 15 tahun menjadi ahli Perkim Caw Bukit Mertajam. Daripada ahli biasa, kemudian menjadi ahli tidak aktif seterusnya duduk sebagai jawatankuasa dalam pertubuhan bukan kerajaan itu. Keseronokannya ada juga kerana berpeluang mengenali tokoh-tokoh tertentu yang disegani ramai. Kebanyakan mereka memegang status tertentu dalam masyarakat maupun politik. Keakraban itu membawa kepada ukhwah yang berpanjangan.

Namun begitu, badan kebajikan ini tidak begitu menyerlah dari aspek menabur jasa dan bakti kepada golongan yang memerlukan. Kalau ada pun hanya bermusim. Fokus persatuan lebih kepada bagaimana hendak mengisi masa terluang ahli. Bagus juga daripada tiada aktiviti langsung. Namun, aktiviti yang dominannya ialah melancong ke serata destinasi baik di dalam negara maupun di luar negara. Aktiviti yang bercorak kerohanian ataupun kebajikan kurang mendapat tempat. Alasan yang diberikan ialah, aktiviti melancong lebih mendapat sambutan berbanding dengan aktiviti lain.

Jika begini keadaannya, terpaksalah memainkan peranan yang lebih menyerlah bagi menerapkan aktiviti kerohanian dan kebajikan dalam kalangan ahli. Hari ini, diadakan mesyuarat JK bagi membincangkan mesyuarat agong yang bakal berlangsung pada 26 April 2009. Dalam mesyuarat agung nanti dicadangkan supaya ceramah tentang kesihatan turut diselitkan. Sekurang-kurangnya golongan warga emas yang mendomonasi pertubuhan ini dapat memperoleh input tentang penjagaan kesihatan.

Begitu juga dengan program lawatan yang bakal diadakan tidak lama lagi. Dicadangkan juga supaya diadakan lawatan ke kilang HPA (Radix) yang beroperasi di Perlis dan berpejabat di Sg Petani. Sekurang-kurangnya lawatan tersebut memberi pendedahan tentang produk yang dihasilkan oleh syarikat bumiputra yang kian membangun itu. Selepas lawatan ke kilang Radix bolehlah rombongan tersebut membeli belah di Padang Besar sebagaimana yang mereka inginkan.

Selepas ini akan menyiapkan kertas kerja untuk dimajukan ke Perkim Kebangsaan bagi menganjurkan beberapa program yang boleh membangunkan syiar Islam dan pembangunan ummah. Belanja pengurusan akan ditanggung sepenuhnya oleh pusat. Hanya menyiapkan kertas cadangan dan menyediakan beberapa program yang berkesan. Harap ada masa, ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan