Selasa, 31 Mac 2009

WACANA

Konsep wacana

Wacana ialah satuan bahasa yang terlengkap dalam hierarki gramatikal tertinggi atau terbesar dan bukanlah kata atau kalimat sebagaimana yang dianggap oleh beberapa kalangan dewasa ini, melainkan wacana. (Harimurti Kridalaksana

Wacana ialah unit bahasa yang melepasi batas ayat kerana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku, atau sebagainya yang memperlihatkan kesatuan dan hubungannya di antara butir-butir fikiran dan juga perkembangan akaliah yang ada di dalamnya. (Asmah Haji Omar, 1980)

Wacana terhad pada sesuatu bidang yang khusus; boleh muncul dalam bentuk sejumlah ayat (ayat yang mengandungi hubungan fikiran), paragraf, bahagian, cerpen, drama ... (Awang Sariyan, 1984)

Wacana ialah satuan bahasa terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi yang tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis. (Tarigan, 1987)

Wacana ialah rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuklah makna yang serasi antara kalimat itu. (Anton M. Moeliono, 1988)

Wacana ialah rakaman kebahasaan yang menyentuh peristiwa komunikasi. (Samsuri, 1992)

Wacana berhubung kait dengan makna yang terbawa oleh ayat, perenggan atau keseluruhan karangan. Dalam hubungan ini, makna yang dimaksudkan merujuk kepada makna dasar dan makna pragmatis. (Roselan Baki, 1994).

Wacana ialah keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan ucapan, pertuturan, percakapan; kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (spt. Pidato, khutbah) atau tulisan (spt. surat, artikel, novel, cerpen). KD3

Unsur Wacana

Unsur bahasa (linguistik)

Unsur bukan bahasa (bukan linguistik)

Unsur bahasa

Fonologi dan fonemik – melibatkan aspek hentian atau kesenyapan bunyi, intonasi, tekanan, nada.

Morfologi dan sintaksis – melibatkan aspek perujukan, pengguguran, pautan leksikal, penggantian dan kata hubung.

Semantik – melibatkan hubungan sebab-akibat, sebab-tujuan, sebab-hasil, latar-kesimpulan, perbandingan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan