Selasa, 31 Mac 2009

LARAS BAHASA

Konsep Laras bahasa

– gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa.
– variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi atau jenis bahasa yang ada pada tiap-tiap pengguna bahasa.

– Ure dan Ellis, 1977: jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan.

– Halliday, 1968: variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Laras berubah-ubah mengikut situasi. Apabila kita mengamati perlakuan bahasa yang wujud dalam berbagai-bagai konteks, kita dapati kelainan dan jenis-jenis bahasa yang digunakan disesuaikan dengan situasi yang berlainan.

 Jumlah laras seseorang itu menggambarkan keseluruhan pengalaman bahasanya dan peranan yang dimainkan olehnya dalam masyarakat. Semakin besar jumlah peranannya, semakin banyak laras bahasa yang dikuasainya.

 Jumlah laras yang wujud dalam masyarakat bahasa menggambarkan pengalaman bahasa masyarakat itu kerana kemunculan laras bahasa selari dengan kewujudan situasi-situasi penggunaan bahasa.

 Laras berubah selaras dengan perubahan sosial dan kebudayaan yang berlaku dalam masyarakat. Ferguson, 1968: satu ukuran bagi menentukan taraf kemajuan ialah menerusi jumlah laras yang wujud dalam bahasa berkenaan.

Ciri Laras Bahasa

 Ciri keperihalan
 Ciri linguistik

Ciri keperihalan

 Situasi luaran

 Latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.

 Ruang lingkup yang luas meliputi: struktur sosial dan keseluruhan cara hidup.

 Laras bahasa Melayu lama hendaklah dikaitkan dengan situasi istana dan tradisi sastera lisan.

 Laras ucapan rasmi hendaklah mengambil kira bentuk sapaan, teknik berucap, dan bentuk penutup ucapan yang sesuai.

Situasi persekitaran

 Aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa:
(i) Cara penyampaian
(ii) Hubungan sosial dan peribadi antara pengguna bahasa
(iii) Bahan yang diperkatakan
(iv) Fungsi sosial perlakuan bahasa.
4.2.2 Ciri linguistik

 Unsur-unsur sistem bahasa yang melibatkan aspek bunyi, perkataan, frasa, dan ayat. Tiap-tiap laras dapat dikenali melalui penggunaan ciri-ciri linguistik tertentu.

Jenis dan format laras

 Sesetengah laras mempunyai format tersendiri sekaligus membezakan laras berkenaan. Antara laras yang mempunyai format tersendiri ialah laras undang-undang (akta), laras ucapan, laras iklan (tender) dan laras laporan berita dalam akhbar.

Laras-laras lain:
- laras sukan
- laras sains (kepelbagaian laras sains)
- laras sastera
- laras agama
- laras ekonomi
- laras undang-undang

Kesimpulan

Laras perlu dipelajari sebagai satu kemahiran. Laras dalam bahasa Melayu moden terutama laras formal dan rasmi merupakan laras khusus yang amat penting bagi mereka yang amat visible dari segi penggunaan bahasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan